Wednesday, February 22, 2012

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Tuesday, October 18, 2011

Chinese child got hit by car twice in China. 18 people ignoring it!



Chinese Kid was hit by a car. Driver recognise that the kid was insured, but decided to continue his way and hit the kid again with his back wheel.
18 people pass the kid and do not care what happen. A further car is coming on the road and hit the kid once more.
After 10 minutes someone carry the kid out of the road and the mother of it is coming.
This happend in a busy street in Guangzhou Foshan (see the small shop around there. Shop owner and passing people did not care at all)
The father who talks explains what the driver of the car told him. All he asked was his bank account and how much compensation he want.

Incredible how heartless people can be here in China.

Sunday, October 2, 2011

ISU HANTU BONCENG.USAH CEPAT MENGHALALKANNYA





             Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya dikatakan selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri. 
       
         Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga menyatakan bahawa pihak lembaga tiada masalah dengan Filem Hantu Bonceng. Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. "LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan. “

Malah penerbit filem itu juga menyatakan bahawa filem ini telah ditonton oleh empat ulamak sebelum filem ini diluluskan.Di dalam semua watak ini. Hanya “Zizan” sahaja sebagai watak utama telah memohon maaf kepada semua.
Permohonon Maaf Zizan


Jawapan Ahmad Idham kepada seorang pengkritik. Sumber http://ohartis.com/2011/09/video-adegan-hina-rasulullah-dalam-filem-hantu-bonceng-dan-alasan-ahmad-idham/

      Usaha Dewan Pemuda PAS sewajarnya dipuji kerana ketegasannya menarik perhatian khalayak masyarakat untuk sensitif terhadap isu mempersenda agama dalam hiburan. Namun begitu terdapat beberapa elemen yang terlepas pandang apabila diperhalusi isu ini khasnya didalam filem “Hantu Bonceng”.

         Kebanyakan pihak hanya menumpukan satu isu sahaja iaitu isu kalimah tauhid berbanding pelbagai mesej yang cuba disampaikan di dalam filem ini. Keadaan ini berlaku apabila media hanya menggaris besar hanya satu isu sahaja mengenai kontravensi dalam filem ini. 
    
       Apabila saya membaca blog Ketua Dewan Pemuda PAS. Jelas melihat beliau memperjuangkan isu ini dalam banyak sudut.Semua pihak wajar melihat isu ini daripada pelbagai sudut. Apa yang  dikesali ialah apabila pertemuan antara kedua pihak diakhiri dengan penerimaan penjelasan daripada penerbit dan penerbit berasa bangga. 

      Sepatutnya pertemuan ini wajar diakhiri dengan resolusi. Apakah tiada pendirian tegas untuk memastikan isu ini tidak akan timbul lagi sedangkan penerbit dan pengarah ini sudah acapkali mempersendakan agama didalam filem-filemnya. Terutama filem seramnya.

Untuk lebih memahami isu ini mari kita lihat beberapa mesej yang cuba disampaikan dalam filem ini. Samada kita sedar atau tidak.
a.      Menghalalkan tinggal serumah lelaki dan perempuan bukan mahram.

         Di dalam filem ini abang kepada kekasih “Zizan” tinggal berkesedudukan serumah dengan kekasihnya sehingga wanita itu hamil. Di dalam filem ini tiada satu mesej yang menyatakan bahawa perkara ini salah. Malah wanita ini pada akhir cerita ini sanggup menunggu kekasihnya yang cedera parah selepas kemalangan seolah-olah perkara ini tidak salah. Malah di dalam filem ini juga “Zizan” telah membantu adik kepada mangsa kemalangannya (yang menjadi hantu) tinggal serumah dengannya. 

         Babak-babak ini seolah-olah memberitahu kita bahawa tidak mengapa tinggal serumah kerana terdapat bilik yang berasingan. Malahan mereka tinggal bertiga . Mesej yang disampaikan seolah-olah tidak mengapa untuk tinggal serumah dengan mahram kerana niat kita untuk membantunya. Yang peliknya ketika ketika kekasih “Zizan” minta tolong daripada “Zizan” untuk menumpang dirumahnya kerana tidak lagi tinggal seruma dengan abangnya. Boleh pula pengarah mengarahkan “Zizan” untuk menyebut dialog bahawa tinggal serumah itu haram. Nanti timbul fitnah. TIDAKKAH INI MEMPERSENDAKAN AGAMA?.

b.      Saya kuat agama.

     Babak kekasih "kunyit" yang menyatakan bahawa dia kuat agama. Ketika itu wataknya memakai tudung. Malah ada ketikanya dia begitu memarahi watak kekasih kepada abang kekasih “Zizan” kerana telah hamil seolah-oleh mencipta watak bahawa kuat agama yang penting adalah dalaman. Tidak mengapa walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna. 

         Keadaan ini juga berlaku didalam filem gagal “Karipap-karipap cinta” Yang cuba menggambarkan walaupun bekas penuntul Al-Azhar, tetapi tidak mengapa untuk tidak menutup tudung/aurat dengan sempurna. 

          Saya tidak berniat untuk mengkritik mereka yang tidak bersedia untuk bertudung. Memang kita tidak tahu hati budi seseorang.  Namun demikian sekurang-kurang mereka yang memakai tudung dengan sempuran telah mematuhi perintah Allah SWT yang memerintahkan kita menutup aurat dengan sempurna.Dialog yang menyebut kuat agama tetapi tidak memenuhi syraiat yang telah diperintahkan jelas menyampaikan mesej yang mengelirukan umat Islam. TIDAKKAH INI MEMPERSENDAKAN AGAMA?.

c.       Bergurau-senda terlampau di tempat ibadah antara mahram.

         Pada babak yang lain watak “Kunyit” yang sedang membantu bergotong royong di surau dilihat sedang bergurau dengan kekasihnya secara melampau. Tanpa mengira sesentiviti surau sebagai temapt ibadah umat Islam. Mereka mengenyit mata sambil kunyit mempamerkan otot-otot tangannya kepada kekasihnya.Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh adegan ini?. 

          Mungkin ada yang berpendapat kita tak perlu terlalu sensitif dengan perkara yang dianggap mungkin kecil ini. Tetapi sekira kita tidak mula sensitif dengan  perkara yang dianggap kecil ini. Kelak perakara ini akan merebak dan parah.TIDAKKAH INI MEMPERSENDAKAN AGAMA?.

d.      Mengucapkan kalimah syukur selepas membonceng bersama kekasih bukan mahram.

          Penonton yang telah menyaksikan filem ini pasti tidak akan terlepas menonton adegan ini. Dalam adegan ini jelas memperlihatkan “Zizan” mengucapkan ucapan “Alhamdulillah” yang bermaksud “Segala Puji Bagi Allah”. Dialog di dalam adegan ini jelas diucap “Zizan” dengan sekuntum senyuman. Apakah penulis dialog dan pengarah filem serta penerbitnya tidak memahami maksud ayat ini?. 

          Ucapan yang kita pelajari sejak kecil yang tidak memerlukan kita mempunyai kelulusan tinggi dalam bidang agama ini pasti mudah kita fahami malah  penonton yang mahu mengkritik adegan ini juga tidak perlu mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai kelulusan yang tinggi. Kanak-kana pra-sekolah juga dapat memahami maksud “Alhamdulillah” ini dengan baik. Adakah kita perlu mengucap syukur setelah membuat perkara haram?. 

          Agama memang mudah. Namun jangan kita permudahkan agama dengan sesuka hati mengikut kehendak nafsu kita. Tidakkah mengucapkan ucapan ini merendahkan agama. TIDAKKAH INI MEMPERSENDAKAN AGAMA?.

e.      Menggunakan Bacaan Surah Al-Ikhlas untuk menumpaskan sihir nasi kangkang.

         Inilah kesalahan yang kerapkali digunakan oleh penerbit dan pengarah ini. Malah kebanyakan pembikin filem kerap menggunakan perkara ini untuk filem seram mereka. Namun yang lebih menyedihkan pada kali ini ialah apabila surah yang mulia ini digunakan untuk menewaskan sihir nasi kangkang. Tidakkah adegan ini menghina dengan jelas agama,al-Quran dan surah al-Ikhlas itu sendiri. 

          Adakah layak adegan sehina ini disama tarafkan dengan surah al-ikhlas yang kedudukan ayat ini ialah sama dengan satu pertiga isi al-Quran. Takutlah kita dengan perbuatan yang melampau dan zalim seperti ini. Kita tidak mahu seringkali ayatsuci al-Quran digambarkan sebagai alat penghalau hantu sahaja.

Penggunaan secara meluas aspek agama sebagai komedi wajar dibendung.

         Saya sebagai penulis ingin memohon kemaafan andai banyak ayat didalam tulisan ini kasar bunyinya. Namun kita tidak wajar melihat agama terus dilonggarkan lagi. Filem bercorak agama dan nasihat wajar tidak menjadikan agama sebagai bahan komedi. Jika mahu menjadikan filem agama menjadi komedi sekali pun. Biarlah senario kehidupan biasa dijadikan adegan lawak. Bukan kalimah agama,para ustaz dan ulamak, bukan pada ibdah, bukan syariat dijadikan bahan komedi. 
          
          Kita tidak mahu filem komedi agama negara menjadi seperti filem komedi negara barat yang terus menjadikan para paderi mereka atau orang agama mereka sebagai bahan lawak. Malah dalam salah satu cerita barat “Tuhan” juga dijadikan bahan lawak. Secara sedar atau tidak sedar ini semua adalah usaha secara halus untuk kita semua tidak menjadikan agama sebagai jalan kehidupan. 

          Ini semua adalah jarum halus untuk mengakarkan faham sekularisme dalam minda kita semua. Memisahkan agama daripada kehiudpan kita tanpa sedar. Meskipun pengarah itu membuat jaminan bahawa para ulamak juga telah menonton filem ini sebelum diluluskan. Namun ini bukanlah jaminan bahawa filem ini bebas daripada unsur persendakan agama.



Dua kesan besar yang akan didapati apabila filem dan drama ditafsir sesuka hati oleh para pembikin filem.

1. Salah faham mengenai ajaran Islam sebenar terutamanya dari segi aspek Tauhid, Fekah dan Tasauf. Ketiga-tiga ciri ini adalah asas yang paling asas dalam ajaran Islam. Apabila Iblis dimenangkan. Pergaualan bebas dibenarkan . Tarbiyah seperti zikir dianggap sebagai simbol ajaran sesat. Maka akan rosaklah ajaran Islam yang sebenar. Ini memandangkan kuasa media yang sangat besar.

2. Lebih membawa kerosakan. Hujah ini berdasarkan bahawa kebanyakkan filem atau drama ini cuba memaparkan betapa bahaya dan betapa dasyatnya apabila manusia membuat dosa. Malangnya filem dan drama inilah yang menunjukkan cara-cara untuk melakukkan dosa. Terdapat juga adegan yang sebenarnya membahaya bahaya besar kepada negara secara khususnya. Seperti yang dinyatakan diatas bahawa terdapat filem dan drama yang mengajar penonton bagaiaman mahu membuat jenayah terancang seperti pencolekan, pembunuhan, rogol,penipuan malah cara untuk membuat bom. Kesan ini sangat besar samada kesan jangka pendek ataupun kesan jangka panjang. Kesan salah tafsir ini sangat penting untuk dibendung.




Kesan besar media

Menurut Dennis Mcquail (1996:53) seorang tokoh didalam dunia media massa pernah menyatakan bahawa antara peranan media ialah.

1. Berperanan meluaskan pengalaman dan pandangan kita dan memungkinkan kita memahami apa yang terjadi di sekitar kita, tanpa campur tangan pihak lain atau sikap memihak.

2. Pentafsir yang menjelaskan dan memberi makna terhdap peristiwa atau hal lain yang terpisah dan kurang jelas.

3. Pemberi dan pengantar informasi dan pendapat.

4. Jaringan interaktif yang menghubungkan komunikator dengan penonton melalui berbagai kaedah interaksi.

5. Penunjuk arah yang menunjukkan arah, memberikan bimbingan atau arahan kepada penonton.

6. Penyaring yang memilih bahagian mana senario yang yang perlu diberikan perhatian khusus dan menyisihkan senario yang lainnya, baik secara sedar dan penyisihan dan pengambaran sistematik maupun tidak.

7. Cermin yang memantulkan citra masyarakat terhadap masyarakat itu sendiri, biasanya pantulan citra itu mengalami perubahan kerana adanya penonjolan terhadap segi yang ingin dilihat oleh para anggota masyarakat, atau sering pula segi yang ingin mereka hakimi atau kritik.

8. Tirai atau penutup yang menutupi kebenaran demi pencapaian tujuan propaganda atau pelarian daripada suatu kenyataan.


Membina Karya Hasanah.

Ainon Mohd dalam buku beliau iaitu “Panduan Menulis Novel :Teknik Surah Yusuf” menggariskan bahawa terdapat beberapa garis besar yang perlu dijadikan panduan untuk membina karya Hasanah. Karya Hasanah adalah dimaksudkan karya yang baik. Iaitu karya yang mampu memandaikan masyarakat dan memberi ilmu yang benar. Beliau menyatakan bahawa ciri-ciri karya tidak hasanah adalah seperti berikut.

1. Mempromosikan Idea Yang mengatakan Tuhan tidak wujud.

2. Mempromosikan idea-idea yang tidak selaras dengan ajaran di dalam al-Quran dan hadis.

3. Menimbulkan kesan psokologi dan emosi yang menyebabkan timbul keinginan pembaca/penonton mahu melakukkan perkara yang dilaran al-Quran dan hadis.

4. Memberi kemenangan moral kepada si pendosa, yakni watak yang melakukan perbuatan salah.

5. Memberi status rendah kepada Islam manakala agama lain diberikan status yang tinggi dan mulia.

Sudah Sampai masanya filem negara perlu patuhi “Piawaian Filem Patuh Syariah”.

          Oleh itu adalah wajar industri hiburan bertemakan Islam diadakan badan pengawas seperti JAKIM mengawal produk halal negara. Badan penilai ini bolehlah mempunyai ciri yang sama dengan LPF yang melakukan penapisan filem yang sesuai ditayangkan di negara kita. Filem atau drama yang ingin di tayangkan dalam kosnesp karya Islamik perlulah melepasi piawaian patuh syariah atau “syariah compliant”.

Saranan ini sangat penting memandangkan kesan media sangat besar terutamanya kepada generasi muda Negara. Kita tidak mahu fahaman mengenai syariah sebenar kacau bilau.. Konsep Sastera Patuh Syariah adalah konsep yang di ketengahkan oleh Ainon Mohd. Beliau banyak mengetengahkan teori Surah Yusuf sebagai panduan untuk menghasilkan sastera Islamik yang patuh syariah. Seperti senario diatas , banyak keadaan senario drama dan filem bertemakan Islamik adalah tidak patuh syariah. Oleh yang demikian panel pengawasan untuk filem dan drama Malaysia perlu segera diwujudkan untuk memastikan kemurniaan dan kesucian Islam . Sekarang adalah masa yang terbaik memandang banyak usaha pengeluar filem dan drama sedang menghasilkan filem dan drama bertemakan Islam dan seram tahyul.

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
Al-A'raf : 51


  

Wednesday, September 28, 2011

TAN SRI AINUDDIN WAHID BAPA UTM DAN PENDIDIKAN TINGGI NEGARA.




Tan Sri Ainuddin Wahid adalah satu nama besar dalam bidang pendidikan Negara. Meskipun ada ramai yang tidak mengenalinya.Namun beliau adalah satu sosok yang sebenarnya mampu memberikan inspirasi kepada kita untuk terus berbuat jasa kepada agama,bangsa dan Negara. Membaca biografi kisah hidup tokoh bukanlah ertinya kita mahu menjunjung tinggi apatah lagi memuja tokoh-tokoh tertentu. Sudah tentu kita wajar memabcanya dengan beberapa niat yang benar. Adalah disarankan apabila kita membaca biografi tokoh agar memasang niat.

  •   Mengambil iktibar tentang kisah hidupnya.
  •  Bertanya kepada diri sendiri apakah kita sebenarnya sudah berjuang dalam hidup kita.
  •  Bertanya juga kepada diri sendiri apakah kita telah memperjuangkan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita atau sia-sia.
Inilah tiga persoalan yang begitu bergolak kencang dalam dada saya apabila membaca biografi tokoh ilmu dan pencerah bangsa yang sangat memberikan inspirasi kepada saya. Saya kira ini adalah antara beberapa buku yang mampu memberi perubahan perspektif yang besar didalam hidup saya. Saya masih teringat . Ketika dalam satu latihan kepimpinan semasa PKPIM. Satu soalan yang telah mengubah perspektif hidup saya ialah. Apakah Buku Yang Telah Mengubah Hidup Anda?. Soalan yang saya kira sangat berat dan memerlukan saya menjawab soalan itu dalam beberapa tahun kehapan lagi. Saya kira ini adalah antara beberapa buku yang telah mengubah perspektif hidup saya. Oleh yang demikian saya kira adalah sangat wajar para mahasiswa, pendidik, pensyarah dan Naib-naib Canselor di Malaysia membaca biografi terbaru karya Fatini Yaakob ini iaitu “Ainuddin Pejuang Degil Melayu”. Baca sehingga habis !.

Semasa saya baru melangkah masuk ke Universiti Teknologi Malaysia. Saya pernah mendengar nama beliau disebut. Malangnya bukanlah daripada staff UTM sendiri melainkan daripada para pencinta ilmu yang lain. Kami Mahasiswa baru UTM ketika itu hanya dihidangkan dengan beberapa pencapaian hebat UTM di peringkat tempatan dan antarabangsa. Namun begitu saya terfikir bahawa itu semua adalah pencapaian UTM(Staff akedemik). Bagaimana dengan pencapaian daripada mahasiswa itu sendiri.Sepatutnya yang memberi inspirasi adalah datang daripada para pelajarnya sendiri. Selesai Minggu Haluan Siswa . Saya kira saya masih mencari haluan saya.





Apabila saya mengenali PKPIM. Saya mula mengenali sosok tokoh ini dengan lebih dekat walaupun tidak mendasar dan terperinci lagi. Kini sesudah melepasi waktu pasca Mahasiswa. Barulah terbit biografi ini yang menyebabkan saya berasa alangkah baiknya kisah Tan Sri Ainuddin ini difahamkan betul-betul kepada mahasiswa. Sesungguhnya para mahasiswa perlu difahamkan dengan sebenar-benarnya kenapa mereka berada di Universiti. Selepas membaca biografi ini saya berasa begitu beratnya dan agungnya impian Tan Sri Ainudin Wahid untuk melahirkan teknokrat  muslim untuk pembangunan negara. Saya merasakan andai kisah dan falsafah terbinanya UTM ditekankan . Pasti  akan jelas dan berbangga menjadi anak kandung UTM tempat bernaung.

Universiti Pertama memperkenalkan Pendidikan Islam sebagai subjek pembelajaran.

Sebelum ini saya pernah mendengar bahawa suatu masa dahulu UTM juga dikenali sebagai “Universiti Tarbiyah Malaysia”. Selepas saya membaca biografi ini saya lebih mengerti apa maksud pernyataan itu. Di dalam buku ini Fatini Yaacob mencatatkan bahawa Tan Sri Ainudin adalah Naib Canselor pertama yang memperkenalkan Pendidikan Islam di peringkat pengajian tinggi . Menurut Fatini Yaacob , Tan Sri Ainuddin telah membuat kejutan baru ketika itu dengan mengusulkan mata pelajaran Pendidikan Islam untuk pelajar Melayu di Institut Teknik Kuala Lumpur (ITK).  Di dalam wawancara penulis (Fatini Yaacob) dengan Tan Sri Ainuddin. Tan Sri mejelaskan fahaman dan falsafahnya tersendiri terhadap Pendidikan Islam kepada pelajar bangsa Melayu.

“Kita di negara Melayu, apa tugas pendidikan kalau tak masuk agama? Masa sekolah, hal-hal fardhu ain lepaslah, hal-hal lain perlu disambung di Universiti. Saya masa itu sangat hairan kenapa Reaktor yang lain semua tidak minat agama”

 Cadangan Tan Sri Ainuddin ini kelihatan sangat pelik dan menongkah arus ketika itu. Ketika itu Malaysia yang baru sahaja bertukar nama daripada Tanah Melayu masih kuat dengan tanggapan bahawa "moden adalah barat dan barat adalah moden". Cara hidup barat sangat kuat termasuklah budaya minum minuman keras dan budaya cheers.

Sangat pelik dan aneh dan rendahnya budaya salah satu Universiti sekarang yang masih meneruskan tradisi cheers di mingu haluan siswanya. Agaknya masalah tidak yakin kepada diri sendiri dan menyembah bangsa penjajah masih menebal. Ketika zaman itu Islam dianggap pelik, jumud, ketinggalan zaman, mundur dan pelbagai lagi tanggapan negatif yang disumbat oleh penjajah ke dalam fikiran umat Melayu.  Semasa dibentangkan kertas cadangan Pendidikan Islam diperingkat staff  akedemik ada di antara yang menyokongnya, ada yang diam, ada yang secara subtle, memberikan pandangan bahawa   ITK kelak akan digelar universiti  kolot, yang lebai dan yang ketinggalan zaman. Malah ada yang meninggikan suara dan menghentak-hentak meja. Namun begitu Tan Sri Ainuddin yakin dengan pendiriannya dan melalui cabaran itu dengan sabar dan tenang.

Malah para NC/Reaktor IPTA ketika itu juga sangat skeptikal dengan Islam. Menurut Tan Sri Ainuddin Wahid  lagi.

“Pada mesyuarat NC/Reaktor zaman itu, ada mesyuarat yang dibuat pada hari Jumaat, mesyuarat tidak berhenti pada pukul 12 untuk solat Jumaat. Akhirnya saya tanya pengerusi-sapa nak keluar,keluarlah jawabnya..jadi saya dan (Tan Sri) Ahmad Ibrahim sahaja yang keluar.

Meskipun diasak sedemikain rupa beliau tetap tenang, lembut dan tegas mempertahankan idealismenya. Namun demikian usaha ini telah ditakdirkan Berjaya oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT adalah terlebih baik perancangan-Nya. Akhirnya usaha Tan Sri Ainuddin Wahid ini berhasil apabila mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral diperkenalkan pada tahun 1972.  Usaha Tan Sri bukanlah mudah apabila beliau menghadapi cabaran daripada mereka yang masih berpandangan barat.

Beliau sedar bahawa manusia hanya dapat dibentuk apabila diberi pehamanan Islam yang sebenar. Barulah insan ini ketika kecil "makan dengan tangan kanan tidak akan makan suap pula apabila dewasa kelak". Susungguhnya nilai integriti adalah sangat penting.




Tan Sri Ainuddin –Bapa Mahasiswa UTM

Saya juga sangat tertarik dengan bab 9. Bab ini menerangkan bagaimana sifatnya yang begitu mengasihi pelajarnya. Boleh dianggap beliau telah memainkan peranan sebagai “Bapa” kepada para pelajarnya dengan sangat baik. Beliau adalah NC yang terlebih dahulu memberi salam atau pun senyum dan mungkin dengan sapaan kepada para pelajar.

“Bila berselisih jalan dengan kami,dia akan beri salam dahulu dan senyum. Dia tinggal dalam kampus,  jadi dia kenal kami semua dengan senang.” Puan Ar.Kalsom Mohamad.
            
Kasih sebagai bapa adalah bermaksud beliau bersikap seperti bapa yang tidak mahu anak-anaknya rosak akhlak dan masa depannya. Bapa kita akan mengasihi kita dengan erti kata sebenar apabila merotan kita apabila tidak mengerjakan solat subuh ketika berumur 7 tahun. Bapa kita tidak kasih kepada kita sebenarnya apabila tidak menggerakkan kita untuk mengerjakan subuh kerana kasihan nampak kita yang sedang nyenyak tidur. Ini kerana bapa kita akan membiarkan kita terhumban ke azab neraka di akhirat kelak. Begitulah sifat bapa.

Meskipun begitu usaha beliau untuk memperbaiki akhlak mahasiswa bukanlah secara paksaan dan membebankan. Antaranya beliau memperkenalkan Latihan Kader Dakwah(LDK) dan subjek pelajaran Islam. Bagi beliau hanya kefahaman mengenai Islam yang sebenar akan membentuk insan. Bukan paksaan.Beliau percaya hanya nilai-nilai agama dan kesan kasih yang ikhlas sahaja yang boleh melenturkan akhlak dan boleh menjadi ingatan kuat pelajar ketika mereka keluar universiti kelak.

“Seingat saya, ada program nyanyian tetapi pelajar perempuan hanya dibenarkan menyanyi dibelakang tabir. Jadi penonton hanya dengar suara sahaja”- Ahmad Lutfi Othman.    

Semasa beliau menjadi NC UTM. Beliau benar-benar berjaya merapatkan jurangnya dengan pelajar dengan pendekatan bersahaja dan sarat dengan cirri-ciri bapa. Malahan beliau memanggil para pelajarnya dengan panggilan “anak-anak”.

Adalah sangat wajar pemimpin-peminpin di Universiti bermula daripada NC/Reaktor sehingga ke staff akedemik mengambil iktibar dan mencontohi beliau apabila mendidiki anak bangsa. Profesion mendidik bukanlah semata-mata mahu cari makan melainkan tanggungjawab memandaikan umat juga terpikul berat di bahu mereka.

Berperanan mematangkan Mahasiswa.

Seorang pemimpin yang hebat akan melahirkan lebih ramai pemimpin yang hebat. Adalah tidak dinafikan bahawa mahasiswa adalah asset penting negara. Namun demikian mahasiswa adalah golongan yang sangat berkobar semangatnya, seandainya tidak ditantang, api itu kelak akan membakar dirinya. Memandangkan mahasiswa adalah aset penting negara. Tan Sri Ainudin telah mengambil pendekatan mendekati mereka, meraka perlu diasuh, dipimpin menjadi matang kerana suatu hari nanti golongan inilah yang akan menjadi pemimpin masyarakat. Melalui pendekatan kasih sayang dan pehaman ilmu yang sebenar kepada mahasiswa.

Para pelajar UTM tidak ramai terlibat dengan demontrasi 1974. Meskipun pernyataan ini mungkin tidak digemari mahasiswa. Tan Sri Ainudin telah membuktikan bahawa dengan pendekatan gerakkan memandaikan umat Islam adalah gerakan yang mampu memberi perubahan yang lebih mendasar dan kukuh. Hasil pencerahan ilmu ini membawa perubahan besar telah berlaku pada Malaysia. UTM sehingga kini telah menghasilkan begitu ramai ilmuan dan teknokrat yang memajukan Malaysia. Meskipun kemerdekaan fikiran umat Islam Melayu terutamanya masih belum merdeka sepenuhnya daripada fikiran barat.

Bagi beliau ada jalan yang lebih baik dan "beradab" daripada demontrasi. Semasa beliau bertemu pelajar yang ditangkap kerana berdemo. Beliau memesan dan menunjuk ajar mereka jalan yang lebih beradab untuk menyelesaikan isu. Beliau berpesan

 “ ...buat apa ikut cara Barat..provide solution, not create a problems”.

 Namun bukanlah ertinya semua demontrasi beliau menolak. Sebagai contoh demontrasi membantah bantahan oleh pelajar bukan Melayu mengenai pakai songkok ketika konvo. Beliau hanya membisu seolah-olah membenarkan demontrasi itu. Inilah yang dimaksudkan beliau membantu mematangkan mahasiswa. Buat perkara yang betul dengan isu. Mana yang terdahulu dan mengikut neraca keadilan. 

Beliau juga adalah NC yang sangat kerap berjumpa mahasiswa. Ketika isu AUKU 1975 yang meyebabkan mahasiswa merosot dari segi aktiviti dan kepimpinan. Para pelajar ketika itu seolah-olah memboikot semua persatuan pelajar.  Beliau sangat sedih kerana pilihanraya di kampus juga menjadi  sepi. Akhirnya beliau telah menukarkan nama Persatuan Mahasiswa UTM kepada Majlis Perwakilan Pelajar UTM. 
Stretegi ini berjaya kerana Mahasiswa dimatangkan kembali apabila mereka dijanjikan bahawa suara mereka juga akan didengari kerana mereka yang dilantik kelak adalah benar-benar mewakili pelajar. Semangat inilah yang perlu difahami oleh mereka yang memenangi pilihanraya kampus hari ini. Inilah universiti pertama yang mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar yang kemudiannya diikuti IPT yang lain.

Tan Sri Ainuddin Wahid yang saya kenali

Saya hanya pernah sekali bertemu beliau ketika Kongres Melayu yang diadakan sekitar tahun 2007 di dewan besar UTM city campus. Saya melihatnya begitu gigih meskipun ketika itu saya nampak beliau begitu uzur dengan berkerusi roda. Sebagai anak muda saya berasa begitu naïf dan rendah diri dengan watak besar negara ini. Beliau berjuang bukan kerana nama.Bahkan beliau sering memadam gelaran "Tan Sri" dalam surat-suratnya dengan kerajaan .  Perkara ini juga dibuktikan bahawa beliau tidak pernah menikmati keistemewaan sebagai NC UTM yang sangat berjasa.

Menurut Fatini Yaacob. Sepanjang perjuangannya memandaikan bangsa Melayu Islam. Beliau tidak mengambil tahu tentang kebajikannya sendiri sewaktu persaraannya. Beliau pada asalnya adalah Jurutera Kanan JKR telah “dipinjamkan” ke Maktab Teknik Kuala Lumpur atas kepentingan negara. Maksud dipinjamkan ialah majikan beliau sebenar adalah masih JKR bukan UTM. Setelah lebih 17 tahun mengasaskan dan meletakkan dasar yang kukuh terhadap UTM, segala khidmatnya sepanjang menjadi NC di UTM tidak pernah diambil kira.

Oleh yang demikian segala gaji dan elaun sebagai NC tidak pernah diambil kira sepanjang perkhidmatannya. Beliau telah bersara pada tangga gaji supercale  G di JKR, bukanlah atas gaji NC yang jauh lebih tinggi. Keadaan ini kekal sehinggalah buku biografi ini ditulis. Sungguh menyedihkan apabila jasanya tidak dikenang dan diperjuangkan.

 Jasanya sangat tidak terhitung sehingga saya juga berasa berhutang budi dengannya. Kerana kedegilan beliaulah skala bumiputera daripada 10:90 telah berubah menjadi 90:10 dalam masa lima tahun. Usaha telah dilaksanakan oleh pemimpin kita. Namun saya percaya bangsa kita masih ramai yang tidak berubah sikap. Anak bangsa kita kemarau inspirasi. Dilonggokkan dengan hiburan dan kesenangan palsu yang sementara sehingga dihinggap penyakit malas berusaha. 

Semasa saya bekerja di Unit Pengamabilan Pelajar di Jabatan Pengajiaan Tinggi. Saya masih lihat betapa anak bangsa kita seolah-olah masih dibuai kesenangan. Rayuan untuk masuk ke IPTA dibuat sambil lewa. Bahkan ada yang ibu bapanya sahaja yang beriya-iya membuat rayuan berbanding kaum lain. Ada juga yang apabila saya telefon mereka mengenai rayuan mereka dengan malasnya mereka menjawab "Tidak ingat akan keputusan SPM nya".Berbanding kaum lain yang tahu peluang dan untuk maju hanyalah pendidikan. Mereka kebanyakkan datang dengan kemas. Isi fail yang berisi segala dokumen rayuan kemas tersusun. Malah ada pengalaman saya dan rakan-rakan UPU. Ada pelajar bangsa lain yang sanggup menunggu berhari-hari dan menangis semahunya untuk rayuan tempat ke IPTA. Saya kuat berpendapat anak bangsa kita kemarau inspirasi dan tidak tahu dengan kukuh kenapa perlu ada dipengajian tinggi.

 Siapapun yang telah memerdekakan negara. Kini adalah tanggungjawab kita untuk mengisi makna kemerdekaan.Tan Sri Ainudin adalah contoh bagi antara insan yang sedar siapa pejuang kemerdekaan sebenar. Namun beliau ambil pendekatan "Mengisi Kemeredekaan".  Perjuangan masih belum selesai. Masih ramai kita yang berfikiran barat tanpa sedar. Berkiblatkan barat dan mengangap maju itu barat dan barat itu maju. Kita sendiri terlupa bahawa bangsa kita menjadi mulia kerana Islam dan menjadi empayar yang kuat selepas itu. Bangsa Melayu menjadi bangsa yang sangat penting ketika itu sehingga Duarte Barbosa ialah seorang penulis dan pedagang yang hidup di antara kurun ke-15 dan ke-16 masihi menyebut

“Sesiapa menguasai Melaka , akan menguasai perdagangan dunia”.

Tidak mungkin Melayu adalah bangsa primitif  ketika itu kerana mampu mentadbir empayar yang kuat dan menguasai perdagangan utama dunia. Bahkan Bahasa Melayu pernah menajdi bahasa Lingua Franca. Iaitu bahasa utama perdagangan dan ilmu.Tidak lain tidak bukan Islam telah datang dan membuahkan hasil Tamadun Melayu yang tinggi ilmu dan cekap pemerintahanya. Ini lah yang telah disedari oleh para cerdik pandai kita. Bangsa kita perlu menjadi bangsa yang yakin diri. Bukan bangsa yang menyombong diri. Islam telah datang dan mendidik bangsa Melayu menjadi bangsa yang mampu  menyebar rahmat untuk seluruh alam. Kerana bangsa Melayu telah mengaku bahawa Nabi Muhamad SAW adalah nabinya yang diutus Allah SWT sebagai penyebar rahmat keseluruh alam.

Resensi buku dan sumber rujukan utama adalah "Ainuddin Pejuang Degil Melayu" oleh Datin Fatini Yaacob
Gambar adalah sumber Internet

Thursday, September 15, 2011

BENARKAH HIDUP KITA SERING BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI PILIHAN


Seringkali orang berkata. Hidup kita sering berhadapan dengan pelbagai pilihan. Hendak bersarapankah pagi ini. Mee goreng ?. Nasi Goreng ? Bihun goreng ? Nasi Lemak ? . Atau hendak pakai baju apakah pagi ini. Warna kuning? Hijau ? atau Biru?. Itu baru keadaan yang ringkas. Bagaimana dengan keadaan menghadapi peristiwa besar dalam hidup . Hendak memilih Universiti mana yang hendak kita masuk untuk melanjutkan pelajaran. Atau ketika hendak memilih pasangan hidup . Baik , mari kita fikir lagi benarkah hidup kita penuh dengan pilihan.

Memakai tudung. Menutup aurat. Jika seolah-olah adalah pilihan dalam kehidupan kita. Ramai wanita yang masih belum menutup aurat secara sempurna akan memberi kita beberapa ayat ini.Pilihan yang disenaraikan dibawah jua merangkumi kaum adam.

Pilihan: Saya masih belum bersedia.Saya rasa saya tidak cukup baik untuk berpakai sebagai muslimah sempurna.

Pilihan: Saya mahu memakai tudung dengan ikhlas.Saya tidak mahu sebab suami suruh. Nanti tidak ikhlas sebab saya buat sebab suami tercinta.

Pilihan: Saya tidak mahu hipokrit.Kalau perangai tidak baik. Akan rosak syiar agama.Labih baik saya begini. Saya hendak bebas dan menikmati hidup dahulu.

Pilihan: Yang penting hati.Hati kena baik.Awak ingat semua yang bertudung litup tu baik sangat ?

Pilihan: Saya masih tidak bersedia bersifat muslim sejati lagi. Saya masih mahu terkinja-kinja dan melompat lebih tinggi kerana mahu menyanyikan lagu indie. Walaupun saya memakai tudung. Saya yakin saya boleh pergi jauh dalam hiburan. Buat apa nak hipkorit.Agama suruh kita pakai tudung. Kita pakailah.Perangai sebenar jangan hipokrit.

Yang Baik Itu Ustazah/Ustaz.

Satu lagi kenyataan yang biasa kita dengar . Yang baik, yang pandai baca al Quran, yang kerjakan solat. Semuanya kita letakkan kepada label ustaz dan ustazah. Malah ada yang menggap ustaz dan ustazah adalah golongan yang tidak buat salah. Jikalah benar kenyataan ini. Adakah kita masih menanggap bahawa khidupan kita ini penuh dengan pilihan.

Adakah pilihan?

Saya mahu kahwin. Saya hendak sangat kahwin. Kahwin untuk apa jika bagi muslim hendak baca Al-Fatihah pun merangkak.Bagaimana hendak memimpin rumah tangga. Ataupun rukun solat tidak tahu ada 13 belas. Nanti bila nak kahwin, pilihan yang ada adalah hafal sahaja jawapan bagi temuduga nikah. Ataupun itu juga masih pilihan dalam kehidupan kita. Semasa di IPT sibuk dengan pelbagai pilihan yang ada. Perpustakaankah?. Kelaskah? Kafetriakah? Majlis ilmukah?.

Akhirnya semua masih menanggap bahawa manusia benar-benar dihadapkan dengan pelbagai pilihan untuk kita membuat pilihan.Pelbagai pilihan yang kita hadapi. Namun demikian adalah acapkali pilihan yang kita buat itu membuatkan kita menghadapai masalah. Risiko membuat pilihan ada dua.

1.      Pilihan yang salah
2.      Pilihan yang benar.

Syurga dan Neraka.

Suatu hari datanglah seorang pemuda. Berdirilah seorang pemuda itu di atas pentas di Sungai Wang, Kuala Lumpur. Ditengah ribuat manusia yang melaut itu tiba-tiba pemuda itu menjerit.

“Wahai warga Kuala Lumpur, Wahai warga dunia. Berdirinya aku disini adalah untuk memberi pilihan kepada saudara.Mahukah kalian?”

 “Apakah dia wahai pemuda?”

“Aku membaca wahyu daripada Allah SWT.Tuhan kita yang satu. Bahawa manusia diberi pilihan untuk masuk syurga atau neraka. Siapakah yang mahu memilih neraka angkat tangan”.

Suasana menjadi bening sekali. Bunyi kenderaan juga tidak kedengaran. Yang kedengaran hanya angin lembut yang menghembus ke telinga sekali sekala.Tiada seorang pun dikalangan lautan manusia yang hadir ketika hari itu mengangkat tangan untuk memilih neraka sebagai pilihan.

“Baiklah, Siapa pula yang akan mahu membuat pilihan syurga, sila angkat tangan”

Berbondong-bondong manusia mengangkat tangan mereka tanpa menunggu soalan itu habis ditanya. Yang mengangkat tangan temasuklah yang memakai skirt, yang tidak fasih al-Fatihah, Yang masih tidak solat, termasuk juga artis-artis yang memakai tudung tetapi terkinja-kinja . Malah tiada seorang pun yang tidak mengangkat tangan. Malah polis yang baru sampai kerana disangkakan ada demontrasi baru juga berhenti lalu mengangkat tangan sebagai tanda memilih syurga.

Andailah situasi ini benar-benar berlaku. Ada anda percaya tidak ada seorang pun yang akan memilih pilihan neraka. Saya bertanya kepada anda sekarang. Jawablah dengan hati yang suci. Apakah pilihan anda?. Saya yang daif dan banyak dosa ini juga dengan tidak malunya akan mahu membuat pilihan ke syurga. Pasti saudara juga bukan ?

Jadi adakah benar bahawa hidup kita adalah penuh pilihan atau sebanarnya kita tiada pilihan selain menjadi muslim,mukmin yang soleh,solehah. Adakah kita mahu memberikan pilihan menjadi baik hanya untuk ustaz dan ustazah. Adakah kita menangguhkan pilihan untuk ke syurga semata-mata tidak mahu hipokrit. Adakah sifat nakal kita itu adalah sebenarnya perangai kita yang sebenar atau kita hipokrit dengan menjadi nakal semata-mata mahu ada ramai rakan sosial?.

Jadi benarkah kehidupan kita ini penuh dengan pilihan?

Hipokrit.

Percayalah kita sedang hipokrit dengan berkelakuan nakal atau tidak baik. Percayalah fitrah manusia adalah sukan kepada perkara yang positif. Antara manis dan pahit,bahagia dan derita,indah dan jelek. Pasti tidak ada seorang pun yang akan memilih negatif. Ini adalah bukti bahawa hakikat manusia diciptakan adalah bersifat positif.Kita berlakon bahawa anda negative sedang insan sebenar anda sedang memberontak menyatakan anda sebenarnya sudah lama bersedia untuk menutup aurat,mengaji al-Quran dan banyak lagi amal soleh.   
Kita menipu bila menyatakan bahawa:

“Saya masih belum bersedia.Saya rasa saya tidak cukup baik untuk berpakai sebagai muslimah sempurna.”
“Saya mahu memakai tudung bila ikhlas”
 “Saya tidak mahu hipokrit.
“Yang penting hati.Hati kena baik.”
“Tidak mengapa untuk terkinja-kinja semasa menyanyi lagu indie walaupun memakai tudung”

Masih ada pilihankah?

Kita tidak perlu menunggu untuk datangnya seorang pemuda datang kepada kita dan menjelaskan bahawa Tuhan Kita Yang Maha Satu memberi manusia pilihan  syuraga atau neraka. Sedangkah sudah lebih 1400 tahu dahulu sudah datang kepada Insan Mulia yang memberi peringatan kepada kita bahawa Allah SWT telah menyediakan syurga dan neraka sebagai tempat akhir kita. Itulah kekasih agung yang kita rindui Saiduna Rasullah SAW yang membawa rahmat kepada seluruh alam ini. 

Kita yang sudah lama tidak kembali menyelak lemabaran-lembaran mukjizat yang ada dirumah kita iaitulah Al-Quran Karim. Sudah lama peringatan ini diberi. Seperti yang dinyatakan tadi bahawa manusia dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Terutamanya baik dan buruk. Bagaimanakah kita membuat pilihan ? Bagaimana kita hakimi pilihan itu.

“Berpandukan kepuasan dirikah? Matlamat dirikah? Nafsu Dirikah?”
Atau .
“Perintah Allah. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Nasihat alim ulama”.

Nampaknya masih ada pilihan lagi. Sekali lagi disoal. Adakah kita masih mempunyai pilihan panduan mana yang kita hendak landasi dalam kehidupan kita.

Benarkah juga kita sebagai hamba yang hina ini beramal soleh kerana hendak membuat pilihan Syurga atau neraka? Siapakah kita? Atau sebenarnya membuat amal –soleh itu adalah satu-satunya pilihan kerana kita lahir bukan berada didalam pilihan kerana kita semua lahir sebagai HAMBA.

-Tulisan ini tidak menggambarkan sifat penulis melainkan penulis adalah hamba yang daif dan sentiasa tidak lepas daripada alpa dan dosa.
-Gambar di ambil daripada suumber internet