TENTANG SAYA


Saya dilahirkan pada 24 Julai 1982 di Pulau Pinang. Merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Berkahwin dengan Hana Ulya Bt Ahmad  pada 2008 dan dianugerahkan dengan seorang puteri cahaya mata sulung pada Wardhatussyfa` As-Soffyah pada 2009.

Saya melalui pendidikan formal sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, Pulau Pinang. Menyambung persekolahan saya untuk pendidikan formal sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan agama Al-Mashoor(Lelaki) Pulau Pinang(1995-97) dan Sekolah Menengah Teknik Kulim(1998-99) Kedah. Kemudiannya melanjutkan pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Kuala Lumpur dan dianugerahkan Diploma sains Komputer pada 2004. Kemudian Melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim dan dianugerahkan  Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer(Pengurusan Sistem Maklumat) Pada 2007

Semasa di UTM, saya memegang jawatan sebagai Rakan Exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Di UTM juga saya menyertai Kelab sains Komputer dan Rakan masjid Sultan Ismail. Di peringkat kebangsaan, saya pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden Presiden dan Pengerusi Majlis Dakwah dan Pembangunan Insan(MDPI) di  Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Turut pernah mewakili mahasiswa Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai rakan aktif Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT) dan ke Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) di Istanbul, Turki pada 2007.

Kini saya bergerak aktif sebagai aktivis intelektual sebagai exco di Himpunan Ilmuwan Islam (HAKIM).

Saya aktif sebagai penulis bebas di Surat Khabar ,Portal Internet dan Majalah di Malaysia dengan beberapa pengkhususan..

a)    Pendidikan.
b)    Isu semasa.
c)    Inovasi dan teknologi
d)    Pembangunan Insan( Belia)
e)    Motivasi/Inspirasi dan Nasihat agama.

Contoh Hasil Penulisan

Produk Hiburan Islam Perlu Garis Panduan-Berita Harian 22 Januari 2011

Penganjur Majlis Wajar Hormati Azan-Berita Harian 18 Mei 2011

Gesa Undang-Undang Beli Arak Digubal-Harian Metro 26 Januari 2007

Tangani Samseng Sekolah Secara Radikal-Berita Harian 6 September 2006

Politik Parti Jejas Keharmornian Kampus-Berita Harian 14 September 2006

Media Barat Sorok Keganasan Zionis-Berita Harian 5 Ogos 2006

Puasa Sia-Sia Jika Tak Hormat Ramadan-Berita Harian 25 September 2006

Sambut Kemerdekaan Tak Perlu Konsert-Berita Harian 25 Ogos 2006

Martabatkan tulisan jawi sebagai alat penyebaran ilmu-Utusan Malaysia 2 Mei 2005

Rakyat Myanmar mangsa dasar berat sebelah-Berita Harian 2006

Dilema Filem/Drama Dan Program Islamik- Majalah I Julai 2011

Cemburu Orang Bersolat-Portal IluvIslam

Banjir Idola Kemarau Teladan-Portal ILuvIslam

Banjir Kristiankah Ancaman Islam-Portal ILuvIslam

 


Saya aktif di dalam bidang latihan pembangunan insan. Mempunyai Modul Latihan seperti.

a)    Latihan Kepimpinan.
b)    Modul Pemikiran Lateral.
c)    Latihan penulisan.
d)    Modul Pengurusan Strategik.
e)    Modul Latihan Pelajar sekolah.