Thursday, September 15, 2011

BENARKAH HIDUP KITA SERING BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI PILIHAN


Seringkali orang berkata. Hidup kita sering berhadapan dengan pelbagai pilihan. Hendak bersarapankah pagi ini. Mee goreng ?. Nasi Goreng ? Bihun goreng ? Nasi Lemak ? . Atau hendak pakai baju apakah pagi ini. Warna kuning? Hijau ? atau Biru?. Itu baru keadaan yang ringkas. Bagaimana dengan keadaan menghadapi peristiwa besar dalam hidup . Hendak memilih Universiti mana yang hendak kita masuk untuk melanjutkan pelajaran. Atau ketika hendak memilih pasangan hidup . Baik , mari kita fikir lagi benarkah hidup kita penuh dengan pilihan.

Memakai tudung. Menutup aurat. Jika seolah-olah adalah pilihan dalam kehidupan kita. Ramai wanita yang masih belum menutup aurat secara sempurna akan memberi kita beberapa ayat ini.Pilihan yang disenaraikan dibawah jua merangkumi kaum adam.

Pilihan: Saya masih belum bersedia.Saya rasa saya tidak cukup baik untuk berpakai sebagai muslimah sempurna.

Pilihan: Saya mahu memakai tudung dengan ikhlas.Saya tidak mahu sebab suami suruh. Nanti tidak ikhlas sebab saya buat sebab suami tercinta.

Pilihan: Saya tidak mahu hipokrit.Kalau perangai tidak baik. Akan rosak syiar agama.Labih baik saya begini. Saya hendak bebas dan menikmati hidup dahulu.

Pilihan: Yang penting hati.Hati kena baik.Awak ingat semua yang bertudung litup tu baik sangat ?

Pilihan: Saya masih tidak bersedia bersifat muslim sejati lagi. Saya masih mahu terkinja-kinja dan melompat lebih tinggi kerana mahu menyanyikan lagu indie. Walaupun saya memakai tudung. Saya yakin saya boleh pergi jauh dalam hiburan. Buat apa nak hipkorit.Agama suruh kita pakai tudung. Kita pakailah.Perangai sebenar jangan hipokrit.

Yang Baik Itu Ustazah/Ustaz.

Satu lagi kenyataan yang biasa kita dengar . Yang baik, yang pandai baca al Quran, yang kerjakan solat. Semuanya kita letakkan kepada label ustaz dan ustazah. Malah ada yang menggap ustaz dan ustazah adalah golongan yang tidak buat salah. Jikalah benar kenyataan ini. Adakah kita masih menanggap bahawa khidupan kita ini penuh dengan pilihan.

Adakah pilihan?

Saya mahu kahwin. Saya hendak sangat kahwin. Kahwin untuk apa jika bagi muslim hendak baca Al-Fatihah pun merangkak.Bagaimana hendak memimpin rumah tangga. Ataupun rukun solat tidak tahu ada 13 belas. Nanti bila nak kahwin, pilihan yang ada adalah hafal sahaja jawapan bagi temuduga nikah. Ataupun itu juga masih pilihan dalam kehidupan kita. Semasa di IPT sibuk dengan pelbagai pilihan yang ada. Perpustakaankah?. Kelaskah? Kafetriakah? Majlis ilmukah?.

Akhirnya semua masih menanggap bahawa manusia benar-benar dihadapkan dengan pelbagai pilihan untuk kita membuat pilihan.Pelbagai pilihan yang kita hadapi. Namun demikian adalah acapkali pilihan yang kita buat itu membuatkan kita menghadapai masalah. Risiko membuat pilihan ada dua.

1.      Pilihan yang salah
2.      Pilihan yang benar.

Syurga dan Neraka.

Suatu hari datanglah seorang pemuda. Berdirilah seorang pemuda itu di atas pentas di Sungai Wang, Kuala Lumpur. Ditengah ribuat manusia yang melaut itu tiba-tiba pemuda itu menjerit.

“Wahai warga Kuala Lumpur, Wahai warga dunia. Berdirinya aku disini adalah untuk memberi pilihan kepada saudara.Mahukah kalian?”

 “Apakah dia wahai pemuda?”

“Aku membaca wahyu daripada Allah SWT.Tuhan kita yang satu. Bahawa manusia diberi pilihan untuk masuk syurga atau neraka. Siapakah yang mahu memilih neraka angkat tangan”.

Suasana menjadi bening sekali. Bunyi kenderaan juga tidak kedengaran. Yang kedengaran hanya angin lembut yang menghembus ke telinga sekali sekala.Tiada seorang pun dikalangan lautan manusia yang hadir ketika hari itu mengangkat tangan untuk memilih neraka sebagai pilihan.

“Baiklah, Siapa pula yang akan mahu membuat pilihan syurga, sila angkat tangan”

Berbondong-bondong manusia mengangkat tangan mereka tanpa menunggu soalan itu habis ditanya. Yang mengangkat tangan temasuklah yang memakai skirt, yang tidak fasih al-Fatihah, Yang masih tidak solat, termasuk juga artis-artis yang memakai tudung tetapi terkinja-kinja . Malah tiada seorang pun yang tidak mengangkat tangan. Malah polis yang baru sampai kerana disangkakan ada demontrasi baru juga berhenti lalu mengangkat tangan sebagai tanda memilih syurga.

Andailah situasi ini benar-benar berlaku. Ada anda percaya tidak ada seorang pun yang akan memilih pilihan neraka. Saya bertanya kepada anda sekarang. Jawablah dengan hati yang suci. Apakah pilihan anda?. Saya yang daif dan banyak dosa ini juga dengan tidak malunya akan mahu membuat pilihan ke syurga. Pasti saudara juga bukan ?

Jadi adakah benar bahawa hidup kita adalah penuh pilihan atau sebanarnya kita tiada pilihan selain menjadi muslim,mukmin yang soleh,solehah. Adakah kita mahu memberikan pilihan menjadi baik hanya untuk ustaz dan ustazah. Adakah kita menangguhkan pilihan untuk ke syurga semata-mata tidak mahu hipokrit. Adakah sifat nakal kita itu adalah sebenarnya perangai kita yang sebenar atau kita hipokrit dengan menjadi nakal semata-mata mahu ada ramai rakan sosial?.

Jadi benarkah kehidupan kita ini penuh dengan pilihan?

Hipokrit.

Percayalah kita sedang hipokrit dengan berkelakuan nakal atau tidak baik. Percayalah fitrah manusia adalah sukan kepada perkara yang positif. Antara manis dan pahit,bahagia dan derita,indah dan jelek. Pasti tidak ada seorang pun yang akan memilih negatif. Ini adalah bukti bahawa hakikat manusia diciptakan adalah bersifat positif.Kita berlakon bahawa anda negative sedang insan sebenar anda sedang memberontak menyatakan anda sebenarnya sudah lama bersedia untuk menutup aurat,mengaji al-Quran dan banyak lagi amal soleh.   
Kita menipu bila menyatakan bahawa:

“Saya masih belum bersedia.Saya rasa saya tidak cukup baik untuk berpakai sebagai muslimah sempurna.”
“Saya mahu memakai tudung bila ikhlas”
 “Saya tidak mahu hipokrit.
“Yang penting hati.Hati kena baik.”
“Tidak mengapa untuk terkinja-kinja semasa menyanyi lagu indie walaupun memakai tudung”

Masih ada pilihankah?

Kita tidak perlu menunggu untuk datangnya seorang pemuda datang kepada kita dan menjelaskan bahawa Tuhan Kita Yang Maha Satu memberi manusia pilihan  syuraga atau neraka. Sedangkah sudah lebih 1400 tahu dahulu sudah datang kepada Insan Mulia yang memberi peringatan kepada kita bahawa Allah SWT telah menyediakan syurga dan neraka sebagai tempat akhir kita. Itulah kekasih agung yang kita rindui Saiduna Rasullah SAW yang membawa rahmat kepada seluruh alam ini. 

Kita yang sudah lama tidak kembali menyelak lemabaran-lembaran mukjizat yang ada dirumah kita iaitulah Al-Quran Karim. Sudah lama peringatan ini diberi. Seperti yang dinyatakan tadi bahawa manusia dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Terutamanya baik dan buruk. Bagaimanakah kita membuat pilihan ? Bagaimana kita hakimi pilihan itu.

“Berpandukan kepuasan dirikah? Matlamat dirikah? Nafsu Dirikah?”
Atau .
“Perintah Allah. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Nasihat alim ulama”.

Nampaknya masih ada pilihan lagi. Sekali lagi disoal. Adakah kita masih mempunyai pilihan panduan mana yang kita hendak landasi dalam kehidupan kita.

Benarkah juga kita sebagai hamba yang hina ini beramal soleh kerana hendak membuat pilihan Syurga atau neraka? Siapakah kita? Atau sebenarnya membuat amal –soleh itu adalah satu-satunya pilihan kerana kita lahir bukan berada didalam pilihan kerana kita semua lahir sebagai HAMBA.

-Tulisan ini tidak menggambarkan sifat penulis melainkan penulis adalah hamba yang daif dan sentiasa tidak lepas daripada alpa dan dosa.
-Gambar di ambil daripada suumber internet



No comments: