Friday, July 10, 2009

Pernahkah alami kejaiban ? "MIRACLE"

Pernahkah anda mengalami kejaiban? Isteri saya kini sedang hamil. Alhamdulillah segala berjalan lancar. Tawakal tu ala-Allah. Sesungguhnya kami berserah kepada mu ya Allah.

Kini saya berasa satu keadaan yang sangat ajaib. Subhanallah, Maha Suci Allah. Saya tidak pernah mengalami perasaan begini. Maha Tinggi Allah yang Maha Bijaksana mencipta perasaan ini.

Saya yakin dan percaya ada dikalangan kita yang pernah mengalami perasaan dasyat ini. Bagi saya , ia adalah amat ajaib, “Miracle”.

Bagaimana Allah menciptakan perasaan yang amat berat ini.

Apakah perasaan ini ?

Perasaan yang saya maksudkan ialah ..

“ BAGAIMANA KITA BOLEH MENGASIHI,MENYAYANGI,MERINDUI INSAN YANG MASIH BELUM LAHIR LAGI”

Oh indahnya. Maha Suci Allah, Maha Bijaksana Allah. Yang mencipta sesuatu yang memperlihatkan keagungannya. Yang mencipta sesuatu untuk manusia berfikir dan merasi kekerdilan diri berbanding Allah Yang Maha Esa.

Doa untuk bayi dalam kandungan.

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

4 comments:

INSPIRASIHANA said...

wah..tak sabar nampak nak jumpa baby...sabor-sabor....hehe (",)

INSPIRASIHANA said...

wah..tak sabar nampak nak jumpa baby...sabor-sabor....hehe (",)

firdaus khairi said...

HEHEHE AKAK NI

lin said...
This comment has been removed by a blog administrator.