PPSMI akhirnya di mansuhkan. Akhirnya perjuangan bertahun-tahun pejuang membuahkan hasilnya. Berita baik ini disambutbaik meskipun perlaksanaan. Pemansuhan mengambil masa tiga tahun (2012) tidak seperti awal perlaksanaannya iaitu enam bulan.
Perbincangan hangat berlaku dikalangan rakyat
Isu pendidikan tidak wajar dilihat daripda kanta politik semata-mata. Tidak dinafikan ada pihak yang mengambil kesempatan ini untuk menambah “Kilometer” dalam karier politiknya dan ada juga yang sebenarnya membincangkan hal ini dengan semulus hatinya. Perbincangan PPSMI adalah perbincangan mengenai masa depan pendidikan anak bangsa kita pada masa hadapan.
Saya mempunyai pengalaman mendidik murid-murid tahun dua di sebuah sekolah agama rakyat pada tahun 2005. Saya berasa sangat kasihan kepada mereka yang terpaksa belajar Matematik dan Sains di dalam bahasa Inggeris. Pengalaman saya menunjukkan mereka boleh menjawab pada soalan matematik mudah seperti tambah, tolak, bahagi atau darab. Tetapi mereka mempunyai kesukaran yang amat untuk membina ayat metematik. Ini adalah kerana perbendaharaan kata yang tidak banyak dikalangan mereka.
Saya meletakkan komen ini pada laman “ Facebook” saya semalam.
“PPSMI bukan isu memartabtkan bahasa melayu.tetapi penguasaan math dan sains. Pejuang bahasa perlu berjuang pula penggunaan bahasa melayu menyeluruh seluruh sekolah.”
“Maksud saya, janganlah dipaksa ana-anak kecil untuk belajar fundamental/asas ke dalam bahasa lain. Benda mudah, jagan disusahkan. yang sepatutnya benda yang asas, biarlah diajar dalam bahasa ibunda..biar faham betul perkara asas. Biar mempunyai kefahaman yang kuat dalam perkara asas dan untuk keperingkat yang lebih tinggi barulah diajar mereka ini dalam bahasa lain.” Aliaa Ahmad Zaki Yuddin
Saya berpendapat isu PPSMI ini bukanlah isu penguasaan bahasa Inggeris semata-mata. Tetapi isu penguasaan Ilmu. Saya turut berpendapat sama seperti kebanyakan rakyat
Secara peribadi saya perbandingan yang kita buat adalah tidak adil apabila kita membandingkan bangsa kita dengan bangsa maju seperti
Sebagai contoh ada yang menelefon untuk membuar rayuan , tetapi tidak tahu keputusannya sendiri. Yang paling banyak ialah bukan anak-anak ini yang bersungguh membuat rayuan. Tetapi ibu-bapanya. Anaknya tidak pun datang.
Pada pendapat saya, semua ini berbalik kepada sikap dan usaha kita. Ramai dikalangan pelajar kita tidak ada cita-cita pun. Jadi mereka tiada hala tuju dalam proses pelajaran dan pembelajaran.
Dalam situasi ini saya berpendapat tidak wajar PPSMI ini di mansuhkan secara 100 peratus. Mungkin PPSMI ini boleh dimulakan kepada peringkat tinggi. Mungkin sekolah menengah , menengah tinggi atau di peringkat Universiti. Secara peribadinya saya tidak dapat nafikan Ilmu Matematik dan Sains bukan berada di bumi
Evolusi ini mengambil masa ratusan tahun lamanya.
Saya bersetuju dengan pemansuhan ini, tetapi tidak seratus peratus perlu dimasuhkan. Penambahbaikkan perlu dilakukan. Jika benar kita mahukan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya . sejarah
Dewasa ini Universiti hanya menjadi alat pengeluar pekerja-pekerja untuk industri. Universiti tidak lagi menjadi pengeluar ilmuan dan cendiakawan. Akhirnya universiti terpaksa menurut permintaan para kapitalis. Saya yakin dan pasti sekiranya universiti kembali kepada fungsinya, hasrat untuk melihat bahasa Melayu sebagai alat pengembangan ilmu akan mampu. Bukan sahaja Matematik dan Sains malahan semua disiplin ilmu.
Mungkin juga pemansuhan PPSMI perlu dilakukan secara seratus peratus. Mungkin cirri-ciri matematik dan sains diserap terus ke dalam pengajaran bahasa Inggeris.
Pendapat saya ini usahlah dicemuh atau melihatnya dalam kacamata politik, saya berbicara berdasar pengalaman dan berhadapan sendiri dengan anak bangsa kita. Dilema Melayu masih menjadi dilema bangsa kita. Kita berbicara dengan penuh adab ilmu.
Pesan Penulis-Berharap kebenaran bukan datang daripada diri sendiri. Saya menerima segala idea dan berharap pendapat anda menambahkan idealisma saya
No comments:
Post a Comment