Thursday, July 16, 2009

MERAIKKAN KEAJAIBAN CINTA

FASA BARU DALAM HIDUP

Perkahwinan ada satu langkah besar bagi seseorang insan dalam kehidupan mereka. Alam rumahtangga adalah satu fasa baru dalam kehidupan seseorang. Ada yang memandang serius perkara ini dan ada juga yang agak malang apa bila menganggap perkahiwinan adalah isu remeh.

Fasa baru yang diertikan adalah tempoh peralihan seseorang daripada satu keadaan menjadi sesuatu keadaan. Daripada aku dan engkau menjadi kami . Menjadi kami beertinya menjadi satu. menjadi satu set daripada subset. Subset yang akan membentuk satu entiti keluarga Islam. Fasa perlaihan yang amat besar di dalam masa kehidupannya. Betapa besarnya erti peraliahan ini sehinggalah Rasullah SAW bersabda.

Daripada Anas RA “Apabila berkahwin seseorang dia melengkapkan separuh agamanya. Maka, hendaklah dia bertakwa pada selebihnya.”

Begitu besarnya peralihan didalam kehidupan seseorang di dalam langkahnya membina mahligai rumahtangga memerlukan sesorang bersedia dengan sebenar-benarnya. Persediaan sebelum mendirikan rumahtangga adalah sangat penting.

Sebelum perbincangan mengenai mendirikan masjid ini diteruskan. Marilah kita mengoreksi diri sendiri apakah tujuan kita mahu mendirikan rumahtangga impian ? adakah kerana cinta? Harat? Rupa? Pangkat? Agama? . Kadangkala persoalan-persoalan ini ligat bermain di minda kita. Kadangkala koreksi yang teramat dalam membuatkan pula kita menjadi fobia tentang perkahwinan. Kadangakala persoalan-persoalan ini berkitar pantas di benak jiwa kita sehinggakan kita merasakan semakin kuat kita memikirkan tentang jodoh, terasa jodoh kita makin jauh pula.


KEAJAIBAN JODOH DAN CINTA

Jodoh adalah keajaiban yang diciptakan oleh Allah SWT nikmat buat para hambanya. Allah SWT berfirman :

(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (QS. Asy Syuura: 11)

Mengapa jodoh ini adalah pelik dan ajaib. Ajaib yang dimaksudkan disini adalah betapa kita berasa takjub dengan kejadian Allah SWT terhadapa jodoh ini. Kadangakala kita berasa pelik kenapa ada wanita yang cukup cantik tetapi lambat jodohnya. Ada juga kadangkala dikalangan rakan taulan kita tiba-tiba sahaja kita di undang untuk ke majlimah perkahwinannya. Ada juga lelaki yang cukup kaya dan segala harta bendanya cukup. Tetapi tetap tidak juga hidupnya diserikan oleh suri hidupnya. Ada juga insan yang berjodoh dengan insane daripada negara atau benua yang lain. Bahkan ada juga yang berjodohkan dengan ornag yang berbeza ras atau warna kulitnya. Inilah kehebatan yang Alllah SWT hendak tunjukkan kepada kita hamba Allah SWT yang daif dan lemah ini.

Bagi yang masih belum berjumpa jodoh, bersabarlah. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

“Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;” (QS . An Nur :33)

KEMANA ARAH TUJU DESTINASI CINTA

Oleh kerana nikmat ini dan segala nikmat yang kita kecapi adalah daripada Allah SWT maka adalah wajib ke atas kita memasakkan niat yang kukuh dan padu bahawa niat mendirikan istana bahagia ini adalah kerana ibadah dan mahu mencari redha Allah SWT. Waima niat inilah yang perlu kita kubukan kukuh di dalam hidup kita sebagai tujuan hidup.

Allah swt berfirman: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar-Rum: 21)

MENUJU ISTANA BAHAGIA ATAU PENJARA DUNIA

Ramai daripada kita faham bahawa perkahwinan adalah langkah untuk mengelakkan maksiat. Benar, ini adalah kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Islam menganjurkan kita berkahwin antara sebab lain adalah untuk mengelakkan maksiat. Islam menegah kita berpacaran sebelum di ikat dengan pernikahan. Perhubungan yang terlalu bebas mengundang bahaya kepada Agama,Maruah,Keturunan,Akal dan Harta kita. Ada yang menganggap Islam kolot dengan mengadakan larangan berkasih sebelum berkahwin. Pernah rakan seagama saya sendiri bertanya kepada saya bagaimana saya boleh berkahwin tanpa saya berkawan terlebih dahulu dengan isteri tercinta saya sekarang ini. Saya Cuma mampu tersenyum dan menyatakan nikmat bercinta selepas berkahwin adalah bersekali dengan kasih-sayang Allah yang melimpah ruah. Begitu juga kekanda saya. Ada rakan sekerjanya yang bukan Islam pernah bertanya bagaimana orang Islam boleh berkahwin tanpa pernah bersekedudukan sekali. Begitu minda manusia yang telah di corakkan barat. Untuk mencari keserasian pasangan kekasih perlu tinggal serumah sekali dan tidur sekali. Bagaimana pula nasibnya bila tidak bertemu keserasian ? Amat malanglah menimpa wanita tersebut. Habis madu sepah dibuang.

Namun keterlaluan kita (Obsess) untuk berkahwin demi mengelakkan maksiat kadangkala mengundang bahaya juga. Istana Syurga yang ingin dibina bimbang-bimbang bertukar menjadi penjara dunia. Ada segelintir daripada kita mengambil langkah mudah untuk bersegera berkahwin tanpa kita introspeksi tentang sejauh mana kita bersedia untuk mendirikan rumah tanga. Harus di ingat bahawa perkahwinan bukanlah “CINTA” semata-mata bahkan perkahwinan sebenarnya dalah bebanan tanggungjawab yang amat besar sekali . Waima cinta juga paksinya adalah tanggungjawab. Muhasabah dan penilaian diri adalah perencah yang amat penting untuk mencipta resepi bahagia di dalam rumah tangga. Hal ini adalah sesuai dengan Sabda Baginda Rasullah SAW :

Daripada Abdullah bin Mas'ud RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Wahai golongan pemuda sekalian barangsapa antara kamu yang mampu untuk memberikan nafkah maka kahwinlah.Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga maruah.Barangsiapa yang tak mampu maka hendaklah dia berpuasa.. sesungguhnya puasa itu akan menjadi pelindung bagi dirinya

Para bakal suami janganlah menganiaya bakal Isteri kita. Kita telah memperjudikan nasib Isteri kita di tangan kita. Isteri bukanlah “HAK MILIK” tetapi Isteri adalah “ANUGERAH” yang Allah SWT berikan kita untuk dijagai. Mereka melangkah dengan keadaan tidak pasti apakah nasib masa depannya di tangan para suami. Segala keperluannya perlu kita sangup untuk lengkapinya. Kini kewajipan taat mereka telah beralih kepada para suami. Jika dahulunya mereka rasa selamat dan selesa dibawah naungan ayahbonda. Kini tanggungjawab itu telah beralih ke atas pundak kita. Saya masih ingat pesan ustaz saya ketika mengaji dahulu. Kita perlu menyediakan kelengkapan kepada Isteri sekurang-kurangnya apa yang ibu-bapanya sediakannya di rumah , maka begitulah juga kita perlu sediakan. Maksudnya di sini, jika di rumah ibu bapanya mempunyai peti ais atau mesin basuh. Maka itulah yang harus kita sediakan. Sebab itulah perkahwinan bukan sahaja berlandaskan “CINTA SUCI” semata-mata.


PERSIAPAN MERAIKKAN CINTA

Sebagaimana asas pemilihan jodoh didalam Islam , begitulah juga asasnya persediaan yang perlu disediakan oleh para pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.
Daripada Abu Hurairah RA: Rasulullah SAW telah bersabda: Wanita dikahwini kerana 4 perkara: kerana hartanya, kerana kerturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan selamat.

Ada yang mampu menyediakan harta berkoyan-koyan, rupa yang tampan dan menawan. Ada yang mampu melabuhkan iman dan taqwanya dalam diri. Syukur juga kita mampu menyediakan persiapan dari aspek material,keleokkan wajah dan tubuh badan dan kecantikan agama. Di antara banyak kriteria yang di anjurkan oleh baginda Rasullah SAW , baginda menekankan agama sebagai kriteria penting untuk melayari bahtera rumah tangga.

Seperti yang sudah dinyatakkan di atas ada di kalangan kita bahkan ibu bapa yang berpegang prinsip perkahwinan menajuhkan maksiat lalu dipaksa atau memaksa anak-anaknya berkahwin di usia yang sangat muda. Tetapi kita terlepas pandang untuk melihat sejauh mana pula anak-anak kita sudah bersedia dari sudut agama. Bahkan lebih menyedihkan persediaan agama dan maetrial turut lemah. Daripada ingin menmpa ibadah, perkahwinan menjadi fitnah. Mungkin kita ibu bapa lepas daripada bebanan maksiat anak-anak, tetapi bagaimana dengan keturunan kita nanti? Mampukah anak-anak kita mendidik zuriat mereka di dalam acuan agama yang sempurna. Nauzubillah.

Janganlah digopohi dalam urusan perkahwinan. Ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai pengawas cinta. Datuk nenek kita dahulu menjalankan proses saringan yang ketat sebelum mebenarkan anak dara mereka di kahwinkan. Datuk saya dahulu menghantar penyiasat untuk menyiasat latar belakang ayah saya. Langkah seterusnya adalah temuduga. Kemudian barulah di izinkan ibu bapa saya berkahwin. Ada juga di kalangan orang dahulu yang mensyaratkkan bakal menantu untuk tinggal di rumah selama seminggu untuk menilai sejauh mana bakal menantu perempuan mampu menjalankan tugasan rumah dengan baik. Seperti memasak, membasuh (dahulu tiada mesin basuh), mengemas dan menghias rumah dan sebagainya. Manakal bagi calon menantu lelaki , mereka ini di uji seminggu untuk menilai sejauh mana mampu bangun subuh awal, bagaimana solatnya, bagaimana pekerjaannya dan sebagainya.


TAWAKAL CINTA

Kita hanya mampu merancang hanya Allah SWT yang menentukan. Yang mampu kita lakukan adalah kita sudah puas ikhtiar dan selebihnya kita bulatkkan tawakal kita kepada Allah SWT. Inilah iktikad kita ahlul sunah wal jamaah. Harus di ingat sekali lagi. Tawakal adalah disertai setelah puas ikhtiar.

Dan dalam riwayat Imam Al-Qudha'i disebutkan.
"Artinya : Amr bin Umayah Radhiyallahu 'anhu berkata, 'Aku bertanya, 'Wahai
Rasulullah !!, Apakah aku ikat dhulu unta (tunggangan)-ku lalu aku bertawakkal
kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? 'Baginda
menjawab, 'Ikatlah kendaraan (unta)-mu lalu bertawakkallah". (Musnad Asy-
Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368).

Imam Al-Ghazali ada menyebut dalam Ihya` Ulumid Din : "Tawakkal adalah penyandaran hati hanya kepada wakil (yang ditawakkal) semata".(Ihya' Ulumid Din, 4/259).

Jodoh adalah hak milik Allah SWT . Apa yang di cari didalam membina rumah tangga adah redha Allah dan barakah. Soal barakah rumahtangga bermula daripada pemilihan jodoh kita. Yang penting bagaimana kita membulatkan tawakal kepada Allah. Usah kita lupakan Allah SWT di dalam mencari jodoh kita. Yang paling penting adalah istikharah kita. Istikharah juga adalah usaha kita. Harus di ingat istikharah bukanlah syarat untuk mendapat yang terbaik, yang pasti kita akan dapat “PERKARA” terbaik selepas istikharah. Mendapat jodoh yang soleh/solehah yang mneyejukkan hati dan mensuburkan sakinah di dalam istana bahagia kita adalah satu bonus. Andai sebaliknya, juga adalah bonus kerana hidup kita yang hakiki adalah medan ujian untuk mengangkat darjat mukmin yang bertaqwa dan bersabar.

Dia itulah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan (kamu) sebagai ujian untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun (QS . Al-Mulk:67)

Untuk mendapat yang terbaik, perlu kita yang terbaik.

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (QS . An Nur :26)


Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (QS . An Nur :3)


artikel ini di tulis sebagai penghargaan untuk sahabat-sahabat yang banyak meraikkan cinta mereka baru-baru ini seperti abg Helmy ryzal dan Aina, Anas dan Cikgu CDA (Syidah), Saifullah, Asma`,kHAIRUL nAJMI pengantin senior seperti Hilmi Ramli, Nabil Majdi, Adham Isa, Mastura,zAID mAKARMA dan yang akan datang Timbalan Presiden PKPIM Saudara Naim. Tak lupa buat rakan sepejabat, Syeikh Munasar dan Ina. Semoga di limpahi rahmat dan barakah.

8 comments:

kayu64 said...

Yela..yela..nanti turn aku la pulak.. :D

Khairul said...

Alhamdulillah.. 'perkongsian' terbaik dri sahabat... :)teruskn berkongsi..

Ummu Darwisyah said...

keajaiban alam yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia...just to says that jodoh,ajal,pertemuan n perpisahan lumrah alam yang sentiasa di atur lengkap oleh -Nya..

f@iZez~ said...

salam...
caya lah bro.....
chinta..chinta...oh chinta....
mari kita chinta pada yang satu...
(^_^)

meego said...

teringin nak raikan cinta! :)

..:: WiRdA ::.. said...

wah panjang lebar sungguh hg karang..
anak hg kluar bila nih??

JihanComey said...

wah,panjangnya tulisan abg firdaus ni. sangat berinformasi buat teman2 yg dah @ akan berkahwin..tp nama jihan takde pun..hihiihi:) oya,silalah ziarah blog jihan. link skali pun xpe.;)

Anonymous said...

apa yang saya cari, terima kasih