Sunday, March 9, 2008

PRU 12 Siri 2:Tsunami Rakyat.

Sebentar tadi. Saya dan Seorang sahabat saya(http://anwarshazali.blogspot.com/) bersarapan di sebuah kedai. Sedang kami sedang menunggu sarapan tiba-tiba sapa seorang ibu.

" Kenalkan ini anak YB baru YB Saari Sungib" Sapanya riang kepada kami. Kelihatan disampingnya. Adik kecil yang sangat comel bertudung merah jambu. Berbeg sekolah. Berjalan terkedek-kedek mengikut ibunya. Di tudung ibunya tersemat lencana :

"ANTI ISA"

"Ohh..Isteri YB Saari Sungib rupanya"

Wajahnya tampak benar gembira. Senyum yang sangat mengharukan. Wajahnya juga tampak bangga dengan suaminya seorang pejuang. Wajahnya tampak puas kemenangan. Padanya, kemenangan suaminya juga adalah kemenangannya. Meskipun suaminya bukan milik peribadinya. Dia sedar dia berkongsi suaminya dengan Rakyat.

Allahu Akhabar.

Masyallah Masyallah.

Sayu benar hati saya.

"Seorang Isteri yang begitu tabah, Suaminya keluar masuk Penjara dan ISA akta kejam. Dia tetap riang, tetap bahagia, dia tahu suaminya bekrja untuk umat, dia tahu suaminya bukan kerja sia-sia. Itulah tandanya Iman dan Taqwa"


hmmm..pengalaman tak semua orang berasa. Bagaimana bahagianya seorang rakyat. Seorang Isteri yang berbahagi Suami dengan Rakyat.

Mampukah aku ?

Telah hati kecil ku..

Semoga Allah Menasihi dan merahmati keluarga-keluarga pejuang dan mangsa ISA.

P/S Teringat saya akan kisah seorang isteri yang sudah 6 tahun dipisah oleh tabir ISA.

Aku Geram : Jika salah bicara, Jika salah bicara, jika salah bicara.


Surat Di bawah pernah dihantar oleh PUSAT SOKONGAN KELUARGA MANGSA ISA



Pusat Keluarga Tahanan ISA,

32, Jalan Enggang 6,

Taman Keramat,

54200 Kuala Lumpur.

30.01.2004.

___________________________________________________________________________

Kepada,,

Yang Berhormat,

Datuk Shahrizat Jalil,

Menteri Pembangunan Wanita,

Kementerian Pembangunan Wanita,

Aras 1-4, Blok E,

Kompleks Pejabat Kerajaan,

Bukit Perdana,

Jalan DatoOnn,

50515 Kuala Lumpur.

Assalamualaikum,

Per: Bebaskan Semua Tahanan ISA, terbelalah nasib 90 isteri dan 500 anak-anak.

Pusat Sokongan Keluarga(PSK) Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) , ingin menarik perhatian YB Datuk, kepada isu penamatan tempoh penahanan tahanan ISA sepanjang tahun 2004 ini..

Pada tahun 2001 dan sepanjang 2002, kerajaan telah menangkap lebih 90 orang lelaki Melayu yang berugama Islam dibawah akta ISA. Mereka dituduh mengancam keselamatan negara , tetapi pihak kerajaan tidak pernah mendakwa mereka di Mahkamah terbuka.

Sebelum penahanan mereka dulu, isteri dan anak-anak mereka hidup dalam suasana selesa, aman dan penuh kasih sayang.Namun segala-galanya musnah apabila isteri dan anak-anak ini bukan saja kehilangan orang yang mencari nafkah, malah kehilangan juga kasih sayang dan perhatian dari orang yang amat mereka sayangi.

Wanita-wanita dan anak-anak yang tidak berdosa ini telah menjadi mangsa Akta zalim ISA, kerana, disebabkan penahanan ini, wanita menjadi ibu tunggal dan anakanak tidak berayah. Isteri terpaksa memikul tugas sebagai seorang ibu dan ayah kepada anak-anak yang ditinggalkan.

90 peratus dari wanita-wanita ini suri rumah sepenuh masa. Sepanjang hampir 2 tahun penahanan suami mereka, mangsa akta zalim ISA ini menyambung kehidupan atas ihsan orang ramai. Sebagai contoh, Puan Masitah Baharom iaitu isteri kepada Abd.Samad Shukri yang suaminya telah ditahan pada Disember 2001 yang lalu. Pada mulanya mereka tinggal disebuah rumah teres 2 tingkat 6 bilik, tetapi kemudian terpaksa berpindah kerumah flat 2 bilik kerana tidak mampu untuk membayar sewa yang tinggi.

Anak-anak mangsa ISA yang dianggarkan seramai 500 orang pula, 95peratus berumur dibawah 20 tahun. Mereka juga menghadapi trauma akibat penahanan bapa-bapa mereka. Sebagai contoh kes Abd Muaz bin Abdul Samad, anak kepada tahanan ISA Abd.Samad Shukri, telah disahkan oleh seorang doktor pakar dari HUKM, Dr.Mohd Hatta Shahrom, sebagai seorang yang mengalami penyakit mental yang serius yang dicetuskan oleh tekanan jiwa akibat penahanan ayahnya.Beliau masih menjalani rawatan di wad psikiatri HUKM.

Lebih malang lagi, wanitawanita ini juga terdedah kepada ugutan-ugutan dari pihak polis (special branch) yang menangkap suami mereka dulu.Berbagai-bagai ugutan yang telah di terima dari SB dengan tujuan menakut-nakutkan wanita-wanita yang teraniaya ini. Sebagai contoh, kes Puan Maimun Mohd Zahari, isteri kepada Tahanan ISA Idris bin Salim. Puan Maimun telah di panggil untuk disoal-siasat beberapa kali oleh beberapa orang SB, sedangkan pada masa itu beliau baru saja melahirkan anak ke 4. Soal siasat SB itu telah menyebabkan beliau menghadapi Post Paturm Depression(PPD) iaitu meroyan. Beliau masih menjalani rawatan sebagai pesakit luar..

Sebagai menteri yang di lantik khusus bagi menjaga kemaslahatan dan kebajikan semua Wanita di Malaysia ini, PSK-GMI memohon agar YB Datuk , menggesa Menteri Dalam Negeri supaya membebaskan semua tahanan tersebut, sebaik saja tempoh penahanan 2 tahun mereka tamat.Biarlah mereka kembali kepangkuan keluarga mereka.

Pembebasan tersebut dilihat sebagai satu-satunya jalan bagi menyelesaikan masalah wanita-wanita dan anak-anak tersebut.

PSK-GMI juga menyarankan Kementerian Pembangunan Wanita, mengeluarkan satu kenyataan akhbar berkenaan isu ini.

Akhir sekali, PSK-GMI, berharap agar YB Datuk menyempurnakan permintaan ini, sebagai tanda keperihatinan terhadap sekumpulan wanita yang sedang dianiaya dan di zalimi, di Malaysia, sekarang ini.

Bersama-sama ini di senaraikan nama wanita-wanita yang suami mereka masih di tahan di Kem Tahanan Kemunting.

Wassalamualaikum.

Norlaila Othman.

Pusat Sokongan Keluarga,

Gerakan Mansuhkan ISA.


No comments: