Sunday, March 9, 2008

PRU 12 Siri 1:Tsunami Rakyat.


Tuan Guru Nik Aziz Dan Cucu

PRU 12 Siri 1:Tsunami Rakyat.

Sejarah telah dipahat pada piliharaya umum pada kali ini. Pilihanraya kali ke 12 Malaysia 2008 menyaksikan bukti bahawa suara rakyat adalah kuasa sebenar. Suara rakyat Suara keramat. Banyak media alternatif semalam menamakan gelomabng perubahan ini sebagai “Tsunami Rakyat”.

“Tsunami Rakyat”.

Selama 13 hari tempoh berkempen. Seluruh rakyat menyaksikan Media bagai “Menggila” dengan kempen-kempen pilihanraya bagi parti yang pernah memerintah dengan majoriti 2/3 sebelum ini. Seluruh media digunakan untuk menggempur rakyat. Menggempur media rakyat. Modal paling laris digunakan ialah “Senarai rekod”. Bangunan-bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur hampir penuh diselimuti samada bendera parti atau wajah-wajah pemimpin tertentu. Kempen menggila sehingga ke tahap yang tidak pernah dilakukan ketika waktu zaman Tun.Dr. Mahathir Mohamed. Sehinggakan Saluran Yahoo! Turut digunakan sebagai saluran kempen dan perang saraf.

Namun begitu, benteng minda yang cuba dibina gagal menghalang Tsunami perubahan daripada melanda landskap politik tanah air. Meskipun berjuta-juta Ringgit duit rakyat dihabiskan dalam kempen pada kali ini. Kebenaran adalah tetap kebenaran. Keadilan adalah tetap keadilan.

Dalam hal ini. Kita melihat bahawa pengamal media tidak bersalah. Mereka hanya menjalakan tugas dan kerana gaji yang dibayar. Semua rakyat dapat menyaksikan pada malam pengumuman keputusan pilihanraya, apabila beberapa negeri sudah jatuh ke tangan “Barisan Rakyat”. Beberapa pengulas mula memperlihatkan bakat yang sebenar. Beberapa pengulas seolah-olah tidak sabar menyatakan kebenaran dan keadilan. Ramai pengulas tanpa berselindung lagi menyatakan sesuatu yang tidak mungkin mereka dapat perkatakan sebelum ini. Tanpa segan silu mereka menyatakan bahawa di antara sebab ketewasan Barisan Nasional ialah pergolakkkan dalaman yang tidak selesai-selesai. Oleh yang demikian. Usah kita menghukum pengamal media. Bahkan usah kita memperalatkan media untuk memperalatkan rakyat sekali lagi. Cukuplah kita berasa begitu mual dengan berita-berita kempen pilihanraya “Biru” sepanjang tempoh berkempen pilihanraya.

“Lautan Tsunami Rakyat”

Sepanjang tempoh berkempen. Dengan mata kepala saya sendiri memperlihatkan perbezaan yang tampak jelas berbeza. Di antara kempen Barisan Nasional dengan Barisan Rakyat Meskipun keseluruhan media utama telah diwarna birukan. Namun mata hitam rakyat tetap gagal di warna birukan. Sepanjang tempoh berkempen itu . Saya sendiri tenggelam di dalam lautan manusia. Suasana yang cukup harmoni, mesra, selesa dalam setiap kali ceramah oleh Dato` Seri Anwar Ibrahim. Cuba anda bayangkan sebuah padang bola utama di Bandar Baru Sentul penuh diisi lautan rakyatdi keseluruhan ruang padang. Begiti juga di sebuah padang tinggal yang luas di Sri Gombak. Suasana lautan rakyat yang saya lihat turut mengharukan. Di dalam ceramah-ceramah ini. Tidak pernah kami di jamu dengan makanan, apatah lagi air minuman. Namun rakyat datang dengan pelbagai rupa dan harapan. Sang tua dengan bertongkat dan berbangkunya. Si Ibu mengendong anak-anaknya. Saya masih ingat bagaimana di sebelah saya ada dua orang nenek. Yang saya kira mereka ini sahabat baik. Kedua nenek ini melihat dan menyapa saya sambil tersenyum. Jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam di Sri Gombak. Nenek . itu, Datuk yang bertongkat, Ibu yang mengendong anaknya, peniaga Cina, pemandu teksi India dan saya masih tidak berganjak. Meskipun hujan mula membasahi padang di sebelah Restoran Taqwa Sri Gombak. Begitu juga di Sentul. Meskipun pihak penganjur tidak pernah menyediakan kerusi. Namun rakyat tetap dengan laungan Reformasi, MAkal Sakhti dan tidak ketingalan laungan mesra “ Oiii Orang depan duduukkkk”. Satu lagi senario yang akan membuatkan saya tersenyum ialah ketika saya berhenti dipersimpangan jalan. Tiba-tiba sebuah motorsikal melintasi dihadapan saya. Seorang tua dengan perlahan melintasi saya sambil memegang bendera PAS. “Biasanya orang muda” bisik hati kecil saya. Yang menariknya ialah apabila orang tua itu tiba-tiba melihat saya. “Masyallah, Seorang warga emas Cina rupanya”. Saya tersenyum sendirian. Satu lagi peristiwa di Jalan Gomabk ialah apabila ada beberapa orang India. Dengan hanya berseluar pendek, menunggang motorsial sambil bererak-arak dengan bendera PAS. Kisah ini telah diceritakan kepada saya daripada seorang kawan saya.

Ternyata benarlah kata pepatah. Masakan kita dapat menutup bangkai gajah. Kebenaran adalah kebenaran, Keadilan adalah keadilan. Sejauh mana kita dapat menutup kebenaran. Kita semakin yakin dan percaya bahawa rakyat semakin matang dan bijak untuk menilai.

“Pembangunan dari kacamata rakyat.”

Secara rasionalnya kita berasa amat pelik. Bagaimana Barisan Nasional gagal mendapat kemenangan selesa. Saya kira pakej pembangunan yang diwar-warkan oleh Barisan Nasional amat menarik dan bernilai tinggi. Mana mungkin misi mencapai taraf negara maju gagal dicapai dengan pembangunan koridor di seluruh negara yang bernilai berbilion “Ringgit Rakyat”. Dalam satu temuramah akbar arus perdana kepada calon BN bagi kawasan parlimen batu. Apakah misinya bagi kawasan Sentul dan Batu. Dia menjawab bahawa dia mahu merubah Sentul menjadi seperti Bangsar. Kita berasa pelik. Kenapa tawaran sebegini rupa turut tidak menarik perhatian rakyat. Selepas difikir-fikirkan. Rupa-rupanya paej-pakej ini hanya menarik perhatian pelaabur. Bukan rakyat. Rakyat hanya menumpukan kepada pembangunan asas. Seperti gaji minima, lampin bayi, susu bayi, harga sayur, harga minyak kelapa,sekolah, pembelajaran anak-anak, keselamatan persekitaran, kebersihan persekitaran, rumah kos rendah (Bukan Kondominium) yang selesa, hak milik tanah, pembinaan dan pengekalan rumah ibadat dan paling utama ialah harga petrol. Yang saya kira tidak perlu kita sampai membelanjakan berbilion-bilion dan bergolak bergadai untuk memenuhi keperluan asas ini. Jelas menunjukkan apakah desakan hidup yang utama didambakan rakyat. Bukan pembangunan mewah yang hanya menguntungkan taukeh-taukeh besar. Bahkan pakej pembangunan-pembangunan Koridor ini sebenarnya secara tidak langsung menimbulkan ketakutan kepada rakyat terutamnya penduduk bumiputera. Ketakutan akan kehilangan hak keatas tanah pusaka yang mungkin akan dirampas oleh pemaju-pemaju rakus.

P/S : aku bukan ahli politik bahkan tiada cita-cita politik. Yang penting umat menang. Aku bukan pembangkang, aku bukan kerajaan. Aku adalah rakyat kebanyakan. Yang mungkin percaya kepada IGO. Individual Government Organization.

No comments: