Pilihanraya ke-12 baru sahaja selesai. Begitu banyak sejarah telah terpahat dan telah berlaku. Pilihanraya pada kali ini menyaksikan buat kali pertamanya dalam sejarah Barisan Nasional telah dinafikan kemenangan majoriti dua per tiga. Satu kenyataan pahit yang perlu ditelan oleh kita semua. Pakatan Barisan Nasional buat pertama kalinya dalam sejarah nasional hanya berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sahaja. Pulau Pinang, Kedah, Perak , Kelantan dan Selangor adalah negeri yang jatuh ke tangan pembangkang . Sekarang ini semua pihak sedang tertunggu-tunggu langkah seterus kerajaan di era landskap politik yang baru.
Apa yang lebih perit ketika ini ialah bagi parti terbesar di dalam pakatan Barisan Nasional iaitu UMNO. Meskipun pahit untuk ditelan. Kadangkala yang pahit itu adalah penawar yang terbaik. Selama lebih 50 tahun kemerdekaan
Namun begitu , pada pilihanraya pada kali ini. Kita menyaksikan juga kekuatan politik orang Melayu telah terpecah tiga. Untuk UMNO, untuk PAS dan untuk PKR. Sesuatu pengajaran perlu di ambil oleh UMNO. Mengapa sokongan orang Melayu semakin lemah untuk UMNO. Orang Melayu perlu menjadi bangsa yang kuat dan bersatu padu demi menjamin kestabilan Negara tanah air kita ini. Sepatutnya isyarat gelombang perubahan rakyat sudah dapat di hidu sejak 5 hingga sepuluh tahun sebelum ini. Kita tak tahu apa silapnya UMNO sehingga tidak mendapat menangkap akan kegelisahan orang Melayu kepada UMNO. Demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Saya simpulkan ada 3 perkara utama yang menyebabkan sokongan kepada UMNO menjadi semakin luntur.
Melayu kehilangan pemimpin Melayu,
UMNO sewajarnya perlu sedar. Sejak sedekad dahulu orang Melayu merasakan mereka telah kehilangan pemimpin yang memperjuangkan untung nasib bangsa Melayu. Meskipun Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan. Namun orang Melayu tidak merasakan nasib mereka terbela. Dasar Ekonomi Baru hanya melibatkan sesetengah pemimpin Melayu sahaja yang mengaut keuntungan yang melimpah ruah. Projek-projek pembangunan yang dilancarkan juga turut dilihat hanya menguntung pihak yang sudah sedia kaya bahkan menguntungkan bangsa lain. Sebagai contoh. Sekiranya difikirkan secara logik. Masakan rakyat menolak rancangan pembangunan koridor di seluruh negara. Namun untuk pilihanraya kali ini jelas isyarat menunujukkan rakyat terutamanya orang Melayu menolak projek koridor-koridor ini. Buktinya, kerajaan telah terlepas Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Lokasi utama bagi projek NCER. Sebelum pilihanraya lagi rakyat sudah mengetahui beberapa projek mega telah di kontrakkan kepada keluarga terdekat pimpinan UMNO. Yang lebih menakutkan. Orang Melayu takut akan kehilangan tanah pusaka mereka kepada bangsa sendiri .
UMNO juga perlu menyedari kesilapan mereka apabila secara tidak sedar telah menyingkirkan para pejuang sebenar orang Melayu. UMNO tidak mengendahkan suara para pejuang bahasa. Bahasa adalah jiwa bangsa. Bahasa adalah lambang jatidiri bangsa. Dengan bahasalah, akal dan budi bangsa akan terbina dan terpelihara. Perkara inilah yang mengecewakan banyak orang Melayu. Langkah UMNO silap sama sekali apabila mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa
Suatu masa dahulu UMNO kuat dan mendapat dokongan yang kuat orang melayu kerana adanya pimpinan yang ikhlas dan benar untuk memperjuangkan bangsa Melayu. Mereka ini adalah terdiri daripada “cikgi-cikgu” yang ada idealisma perjuangan. Mereka ini adalah golongan cerdik pandai orang Melayu. Mereka ini adalah ibu-ibu dan bapa-bapa serta pemuda-pemuda yang sanggup berbasikal , berlapar, berhujan berpanas hanya untuk ke mesyuarat-mesyuarat UMNO. Mereka ini sangup berhabis-habisan demi nasib bangsa. Namun UMNO kini menjadi parti milik golongan elit. Sepanjang tempoh penamaan calon dan tempoh berkempen. Kem-kem UMNO hanya dikerumuni oleh Datin-datin dan deretan kereta mewah sahaja. Lebih menyedihkan lagi . UMNO kini bukan lagi di penuhi oleh golongan cerdik pandai. Tetapi hanya dipenuhi dan dikuasai golongan peniaga.
Akibat didikan materialism kepada hali UMNO. Pejuang UMNO kini telah hilang kekuatan perjuangan dan peka kepada orang Melayu.Para pelapis kepimpinan UMNO juga dilihat begitu rakus mengejar kemewahan. Sehinggakan ramai masyarakat menyatakan bahawa, jika mahu cepat mewah sertailah UMNO.
Memisahkan Islam sebagai kekuatan Bangsa Melayu.
UMNO bukan sahaja dilihat telah gagal memain peranannya sebagai pejuang nasionalisma Melayu. UMNO turut hilang perjuangan mengangkat agama Islam sebagai agama bangsa Melayu. Benar UMNO adalah parti yang memperjuangkan bangsa Melayu. Tetapi , apabila kita membicarakan perjuangan bangsa Melayu, ia sebenarnya bererti kita memperjuangkan Islam. Akibat melihat sudut nasionalisma yang sempit. UMNO gagal melihat Islam sebagai pra syarat penting dalam memperjuangkan bangsa.
Apabila UMNO memisahkan agama daripada perjuangan. UMNO telah mengenepikan satu lagi golongan penting dalam resepi kekuatan bangsa Melayu. Iaitu agamawan. Golongan agmawanlah yang telah meniup api kekuatan dialam bangsa Melayu ketika perjuangan menuntuk kemerdekaan. Siapa yang dapat menafikan peranan agamawan sepert Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Dr.Burahnudin al-Hilmi memainkan peranan penting di dalam menyemarakkan api perjuangan dan kekuatan orang Melayu. Bahkan siapa yang dapat menafikan ulama di dalam UMNO dahulu turut memainkan peranan penting didalam menyuntik idealism perjuangan bagi UMNO. Antara nama yang boleh disebut di sini ialah :
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein
Tuan Haji Mansor J.P
Jelas disini bahawa suatu masa dahulu UMNO tidak memisahkan Islam sebagai elemen penting di dalam perjuangan pembinaan bangsa Melayu. Buktinya ialah apabila pentakrifan Melayu di dalam perlembagaan negara. Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Melayu ditakrifkan sebagai :
Seorang yang beragama Islam
Bertutur didalam Bahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu
Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Sewajarnya UMNO mengali semula kekuatan sebenar orang Melayu. Kekuatan Orang melayu secara paksinya adalah berasakan kepada aspek bahasa dan agama.
Hal ini telah diungkapkan dengan jelas oleh tokoh ulama Nusantara, Buya Hamka. Hamka mentakrifkan Melayu sebagai setiap orang yang berbahasa Melayu, berfikir, merasa, menangis dan ketawa, tidur dan bangun dalam bahasa Melayu.Buya Hamka menyebut lagi :
“Islamlah yang menjadi teras kepada kekuatan umat Melayu dan menjadi eleman pemersatu yang mendasari semangat kebangsaan. Sekiranya kemerdekaan itu tidak berteraskan iman dan budi, nescaya akan runtuh kemerdekaan itu dari dalam. Dengan keimanan ini kita tidak merasa naïf dan lemah untuk bersaing dengan mana-mana bangsa di atas dunia ini.”
Meminggirkan orang muda dan rakyat.
Universiti adalah gelanggang terbaik untuk mencanai dan membina pimpinan pelapes negara masa depan. Namun gelanggang latihan ini telah gagal di manfaat sepenuhnya oleh UMNO. Berapa mahasiswa yang terlibat dengan UMNO yang benar-benar faham akan erti perjuangan. Rakan-rakan saya yang terlibat dengan UMNO jelas dididik dengan wang dan kebendaan. Malahan mahasiswa menjauhi UMNO kerana dasar ketidak adilannya di dalam kampus. Akta AUKU yang melarang Mahasiswa daripada terlibat didalam politik jelas dilihat berat sebelah. Siapa dapat menafikan bahawa gerakan puteri dan putera UMNO tumbuh dengan mekar didalam kampus. Namun oleh kerana sistem pengkaderan ahli yang rapuh dan materialistik.
Oleh yang demikian. Akta AUKU perlu digubal sama sekali. Perkara di dalam dalam akta ini yang melarang daripada Mahasiswa daripada terlibat dengan isu kemasyarakatan perlu dimansuhkan sama sekali.Pelbagai akta hanya dibuat bagi mereka yang takut. Buat apa kita takut jika kita melakukan kebenaran dan keadilan. Maka benarlah ungkapan Taufiq Ismail dalam puisinya yang berbunyi:
“Mahasiswa takut pada dosen (dosen adalah pensyarah)
Dosen takut pada dekan
Dekan takut pada rektor
Rektor takut pada menteri
Menteri takut pada presiden
Presiden takut pada mahasiswa.”
Usah dilayan Mahasiswa dengan ketakutan. Ketakutan tidak mampu melahirkan pemimpin. Namun begitu dengan ketakutan juga mampu melahirkan pemimpin yang berani dan berjiwa besar. Mahasiswa buka sekadar pekerja bagi negara. Mereka ini adalah kepimpinan masa depan. Pemimpin yang berjiwa besar tidak lahir di dewan kuliah yang selesa, di kerusi empuk kuliah. Tetapi pemimpin hebat akan lahir di tengah-tengah kancah huru-hara masyarakat.
Penutup.
Saya sekadar menulis disini bukanlah ertinya saya pembangkang . Jauh sekali saya adalah ahli bagi mana-mana parti politik negara. Saya dalah segelintir daripada pengundi senyap pilihanraya. Yang cintakan seluruh umat Islam dan Melayu khususnya. Perpecahan kita menguntungkan pihak ketiga. Usah di rabakkan lagi perpecahan bangsa. Satukan kembali bangsa tercinta kita. Usah kita tergadai banyak perkara lagi. Sebagai Mahasiswa, saya sedar akan peranan saya. Bukan atas kepentingan mana-mana pihak. Saya yakin tiada siapa yang akan menafikan suasana dalam UMNO seperti yang saya nytakan diatas.
Bangsa Melayu hanya dapat disatukan dengan
1. Islam.
2. Bahasa dan budaya.
3. Ketaatan kepada Sultan.
Akhir sekali, Izinkan saya menutup keprihatinan kita dengan sajak oleh W.S Rendra.
Sajak Pertemuan Mahasiswa
Matahari terbit pagi ini
mencium bau kencing orok di kaki langit
melihat kali coklat menjalar ke lautan
dan mendengar dengung di dalam hutan
lalu kini ia dua penggalah tingginya
dan ia menjadi saksi kita berkumpul disini
memeriksa keadaan
kita bertanya :
kenapa maksud baik tidak selalu berguna
kenapa maksud baik dan maksud baik bisa berlagaorang berkata :
“kami ada maksud baik”dan kita bertanya :
“maksud baik untuk siapa ?”
ya !ada yang jaya,
ada yang terhina
ada yang bersenjata, ada yang terluka
ada yang duduk, ada yang diduduki
ada yang berlimpah, ada yang terkuras
dan kita disini bertanya :
“maksud baik saudara untuk siapa ?saudara berdiri di pihak yang mana ?”
kenapa maksud baik dilakukan
tetapi makin banyak petani kehilangan tanahnya
tanah - tanah di gunung telah dimiliki orang - orang kota
perkebunan yang luas
hanya menguntungkan segolongan kecil saja
alat - alat kemajuan yang diimpor
tidak cocok untuk petani yang sempit tanahnya
tentu, kita bertanya :
“lantas maksud baik saudara untuk siapa ?”
sekarang matahari semakin tinggi
lalu akan bertahta juga di atas puncak kepala
dan di dalam udara yang panas kita juga bertanya :
kita ini dididik untuk memihak yang mana ?
ilmu - ilmu diajarkan disiniakan menjadi alat pembebasan
ataukah alat penindasan ?
sebentar lagi matahari akan tenggela
mmalam akan tiba
cicak - cicak berbunyi di tembok
dan rembulan berlayar
tetapi pertanyaan kita tidak akan mereda
akan hidup di dalam mimpi
akan tumbuh di kebon belakang
dan esok harimatahari akan terbit kembali
sementara hari baru menjelma
pertanyaan - pertanyaan kita menjadi hutan
atau masuk ke sungai
menjadi ombak di samodra
di bawah matahari ini kita bertanya :
ada yang menangis,
ada yang mendera
ada yang habis,
ada yang mengikis
dan maksud baik kita
berdiri di pihak yang mana !
RENDRA
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
PKPIM
Anjung Rahmat
No comments:
Post a Comment