Wednesday, February 20, 2008

Subang-Queensland-Alberta

Ketika saya sedang berehat tengahari . Say a melayari blog. http://proteshargaminyak.blogspot.com/ . Di dalam blog ini memperihalkan tentang usaha memprotes harga minyak. Sebelum itu saya bersembang melalui Yahoo Mesengger dengan seorang sahabat yang kini sedang belajar di Australia, University of Queensbay . Dia bertanyakan keadaan di Malaysia. Secara berseloroh dia berkata. Macamana pun mesti Barisan Nasional akan memenangi pilihanraya kali ni.

Saya pun menyatakan pada beliau usaha yang perlu kita lakukan sekarang ialah memandaikan rakyat. Rakyat sekarang ini banyak tidak mendapat fakta dan maklumat yang jelas daripada kerajaan. Rakyat nampaknya semakin dijaja dengan umpan-umpan plastic. Seperti kita menjoran ikan dengan umpan katak plastik. Ikan mana yang tak terliur terutamanya bapa haruan yang rakus. Lalu terperangkaplah si ikan ini dengan umpan katak plastik tadi. Kelazatan fatamorgana akhir merabitkan mulut ikan tadi.

Lewat kebelakangan ini. Semua orang sedang mengumpan rakyat. Janji-janji pilihanraya. Yang memeningkan saya. Bagaimana kerajaan sementara sekarang ini boleh meluluskan elaun-elaun baru, imbuhan-imbuhan baru dan dividen sedangkan mereka ini hanyalah “Caretaker Government”. Di bawah ini saya cuba senarai beberapa kenaikan “ganjaran” ini.

1. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dividen sebanyak 16 peratus untuk pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

2. Sebelum pilihanraya beliau turut mengumumkan kenaikan kadar elaun pelatih PLKN sebanyak 50 peratus.

3. Semua peneroka Felda akan mendapat perlindungan Skim Insurans Berkelompok berkonsepkan syariah, secara percuma bermula 1 Mac 2008.

4. Dividen tabung haji juga meningkat sebanyak 7 peratus daripada 4.7 peratus tahun lepas.

5. Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin turut kenaikan elaun latihan daripada RM100 kepada RM150 bagi latihan, manakala RM9 kepada RM15 bagi makanan bagi peserta yang mengikuti program jahitan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Namun yang pastinya. Semua kenaikan yang sempat saya senaraikan ini dinafikan bahawa ia sempena pilihanraya. Bagi rakyat yang kurang cerdik. Pastilah mengiakan kata-kata pemimpinnya . “Ini semua bukan sempena pilihanraya”. Entahlah. Yang saya pasti. Semua ini berlaku ketika begitu hapir dengan pilihanraya. Dan ada keputusan dilakukan ketika “Kerajaan Sementara” memegang kuasa “Yang Sementara”.

Berbalik kepada ketika saya melayari blog http://proteshargaminyak.blogspot.com/. Yang menarik perhatian saya ialah pada perenggan ini. “Bila Minyak Naik, Pengalaman Kanada”. Dalam perenggan ini menceritakan bagaimana Negeri Alberta , sebuah negeri di dalam Kanada mengurus isu kenaikan harga minyak.

“Nov. 16 2005 (Bloomberg) -- Alberta increased its budget surplus forecast for the second time in three months as surging oil and natural-gas prices pad the Canadian province's coffers. Nov. 16 (Bloomberg) -- Alberta increased its budget surplus forecast for the second time in three months as surging oil and natural-gas prices pad the Canadian province's coffers.

Alberta produces more oil and gas than any Canadian province and its revenue has soared on record income energy royalties. Premier Ralph Klein will pay out some of the surplus through his so-called ``prosperity bonus,'' a C$400 payment that each of Alberta's 3.2 million residents will receive by early January.”

Keratan akhbar di atas begitu mengujakan saya. Bagaimana sebuah kerajaan begitu bestari dalam soal mengurus isu kenaikan harga minyak. Ini lah yang sepatutnya dilakukan kerajaan. Bukan membuat orang naik minyak. Cukuplah gajah sahaja yang naik minyak. Tak pun kita begitu Berjaya melahirkan orang minyak. Di dalam blog ini juga menceritakan tentang ketelusan kerajaan Alberta itu. Pada mulanya saya sangsi. Benarkah ada kerajaan yang begitu telus sehingga rakyat dapat memastikan berapakah kos perjalanan pemimpin kerajaan ke mana-mana tempat khususnya menghadiri sebarang lawatan kerja di luar negeri termasuk harga tiket penerbangan dan hotel, jumlah elaun, tuntutan perbelanjaan, dan sebagainya yang telah digunakan oleh setiap pemimpin Kerajaan Alberta termasuklah Ketua Menteri Alberta (Premier of Alberta). Sebarang lawatan kerja serta minit mesyuarat kerajaan yang telah diluluskan, disebarkan di laman web rasmi kerajaan Alberta dengan cekap dan segera untuk pengetahuan umum. Saya pun melayari web berkenaan untuk memastikan kebenaran cerita ini. Apa yang saya temui ketika melayari web ini amat mengejutkan saya. Dan mengencangkan tekanan aliran adrenalin dalam darah saya.

Laman web - > www.servicealberta.gov.ab.ca/minister_expenses/Reports.cfm?path=prem

Hasil temuan yang tertera di dalam laman web mereka:

“Ministers' Office Expenses

On March 1, 2007, Premier Ed Stelmach announced that Ministers' Offices expenses would be posted online beginning with April 2007 expenses. The expenses include those of ministers, their executive assistants and their administrative support staff. They cover:

· meals, accommodation and travel;

· hosting and working sessions;

· goods, supplies and services, and other expenses.

Each month’s expenses are posted by the end of the following month.

For the: Office of the Premier

For the Month of: December 2007





Current Monthly Expenses

Expenses Fiscal Year to Date

Meals, accommodation, and travel

$ 6,333.22

$ 43,691.21

Hosting and working sessions

$ 868.19

$ 13,788.10

Goods, supplies and services, and other expenses

$ 4,523.98

$ 48,190.14




Totals

$ 11,725.39

$ 105,669.45




Notes:

In December, $4,260.59 was also paid by International, Intergovernmental and Aboriginal Affairs for the Premier and staff to travel to Toronto to deliver a speech to the Empire Club of Canada.

Expenses for Office of the Premier include those of the Premier, Chief of Staff, Deputy Chief of Staff, Executive Assistant and their administrative support staff. It also includes travel and hosting expenses for the Executive Director of the Southern Alberta Office, Communications Director and Director of Media Relations.

Meals, Accommodation & Travel
Amounts paid for expenses such as meals, air fare, taxis, parking, mileage, hotels and other accommodations incurred by the Minister and/or their office staff while traveling on government business. International travel is also reported separately by trip and available on each Ministry's website. International travel is reported here: http://www.gov.ab.ca/home/international_travel_expenses.cfm.

Hosting and Working Sessions
Amounts paid to or by the Minister and/or their office staff related to hosting or working sessions.

Goods, Supplies & Services and Other Expenses
Amounts paid to support the administration and operations of the Minister's office including general office supplies and services.

Any of the above costs incurred by the Minister and/or their office staff that were charged to ministry programs are also included in this report. Salaries and other related manpower costs are excluded.”

Bagaimana rakan-rakan? Dalam web berkenaan buka sahaja kita dapat memeriksa perbelanjaan Ketua Menteri sahaja. Bahkan terdapat butang yang membolehkan kita klik laporan perbelanjaan menteri-menteri lain.

Masa bekerja pun sampai. Adalah elok untuk saya menyambung tugas saya. Marilah rakan-rakan kita cerdikkan minda. Pastikan rakyat yang menang ketika pilihanraya. Bukan kerajaan, bukan pembangkang.

Perbualan akhir saya bersama rakan saya.

Ixxxx Axxxxx : kat ausie ni, takde tekanan hidup

aku balik malaysia jap je...tertekan je maa....

Aku : Duduk jelah kat Ausie tak payah balik Malaysia

Ixxxx Axxxxx : mana bleh, Malaysia tanah tumpah darah aku, aku cintakan negara aku....

Semoga kita semua mencintai Alif , Ba dan Ta. Agama, Bangsa dan Tanah Air. Cinta yang benar. Bukan cinta katak plastik.

2 comments:

Jafni Hanan said...

Hmm..bagus jugak idea Alberta tu.xpenah dibuat orang.Nanti ko jadi wakil rakyat,ko buat sistem khas utk menyampaikan maklumat terkini ko pada orang ramai.Skop sistem lebih kurg gini:
Maklumat terkini kawasan ko.
Maklumat terkini cerita ko-blog kira okla.
Orang ramai bleh buat aduan melalui sistem tu.
Yang lain2 tu pk sendiri.
Objektif:Mendekatkan diri dengan penduduk setempat.
Tapi itu just sistem.Kalau kawasan bandar sesuai le sebab orang sibuk keje dan xcess internet lebih mudah.Kalau kampung,turun padang lebih berkesan.

firdaus khairi said...

emmm..betul betul..ni tak asyik habih kan duit rakyat ja..sapa pun tahu..