Wednesday, February 20, 2008

Inilah Melayu Pulau Pinang. Siapa Nak Bela?

Inilah Melayu Pulau Pinang. Siapa Nak Bela?

Pulau Pinang pulau mutiara adalah sebuah negeri yang berpenduduk sekitar 1.4 juta orang. Komposisi kaum di antara Bumiputera, Cina dan India sekitar 43.4 % bagi masyarakat Cina 40.0% bagi Melayu dan India adalah sebanyak 9.9 %. Peratus lain adalah milik kaum-kaum lain. Meskipun landskap negeri Pualu Mutiara ini telah berubah sehingga menjadi antara Bandar penting di Malaysia. Namun penduduk asal bagi negeri ini masih terpinggir. Di Pulau Pinang begitu banyak isu rakyat yang perlu dirungkaikan satu persatu. Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang ketua kerajaannya adalah bukan daripada kaum asal Malaysia.


Baru-baru ini Tan Sri Koh Tsu Kun memberikan Isyarat untuk bertanding di Kawasan Parlimen pada parlimen bagi tahun ini. Isyarat ini jelas menunjukkan beliau akan ke Pusat. Tiga nama disebut-sebut sebagai orang yang layak untuk mengisi jawatan Ketua Menteri iaitu Naib Presiden, Dr. Teng Hock Nan, Setiausaha Agung, Chia Kwang Chye dan Timbalan Setiausaha Agung, Lee Kah Choon.


Asalnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam 1957 dulu telah diperuntukkan kepada orang Melayu. Calonnya jika CM Hashim atau Haji SM Zainal Abidin, ayah Zainal Alam. Namun begitu calon bagi Gabenor pula adalah daripada kaum Cina. Tetapi UMNO Pulau Pinang tidak bersedia menerima Tun Leong Yu Koh sebagai Gabenor Pulau Pinang.

Cikgu Mohd Nor, ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika itu dikatakan memberi tahu Tunku Abdul Rahman Putra, hantarlah Leong Yu Koh menjadi Gabenor Melaka dan bakal Gabenor Melaka Raja Uda ditukarkan ke Pulau Pinang. Dengan itu orang Pulau Pinang sanggup menerima Ketua Menteri Cina. Percaturan ketika itu ialah UMNO mesti dapat satu Gabenor dan satu Ketua Menteri dan demikian juga MCA atau sebaliknya.

Sejarah Ketua Menteri Pulau Pinang menunjukkan apada peringkat awalnya jawatan ini di isi oleh MCA iaitu Tan Sri Wong Pow Nee (1957-69) . Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang betukar tangan daripada MCA kepada Gerakan. Tun Dr. Lim Chong Eu megang jawatan Ketua-Menteri (1969-1990). Beliau adalah bekas Presiden MCA dan juga Presiden pertama Gerakan. Beliau telah mencabar Tun Tan Cheng Lok dalam perhimpunan agung MCA 1958. Ketika itu menyaksikan krisis yang meruncing di dalam parti kaum Cina itu. Dalam pemilihan ketika itu menyaksikan Tun Dr. Lim Chong Eu menumbang Tun Tan Cheng Lok dengan majariti 22 undi. Beliau ketika itu bertindak agresif dan mendesak kerajaan persekutuan (Tunku ketika itu ) . Beliau menuntut 40 buah kerusi parlimen diperuntukkan kepada MCA dan mendesak bahasa cina dijadikan Bahasa Kebangsaan ketika itu. Kemudian beliau meninggalkan MCA dan menubuhkan Parti Gerakan.Parti Gerakan ketika itu adalah pembangkang. Parti Gerakan agak berjaya dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1969. Parti ini berkempen atas manisfesto keadilan sosial dan pengurangan atau penghapusan hak-hak bumiputera serta hak-hak kaum bukan Melayu. Hasil daripada manifesto ini telah berjaya menidakkan majariti 2/3 kerajan Perikatan ketika itu. Parti Perikatan hanya mendapat 66 kerusi pada tahun Parti Gerakan, DAP dan PPP menang 25 buah kerusi PAS menang 12 kerusi. Pada pilihanraya Selain itu. 1969 adalah tahun yang meninggalkan kesan hitam kepada sejarah Negara. Kesan daripada ketidakseimbangan ini telah meletuskan tragedi 13 Mei 1969. Ia adalah hasil tekanan ketidakseimbangan ekonomi dan politik kaum di Malaysia. Daripada menjadi pembangkang, kahir pada tahun 1972 Parti Gerakan menyertai Parti Kerajaan Barisan Nasional. Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat sebagai timbal balik kemasukkan Gerakan Kedalam Barisan Nasional.


Keadaan Ekonomi Melayu di Pulau Pinang.

Melayu terus menjadi kaum yang terkebelakang di Pulau Pinang. Mengikut laporan Socio Economics And Environmential Research Institute (SERI) pada tahun 1999 menunjukkan Kaum Melyu adalah kaum mempunyai pendapatan isi rumah yang paling sedikit di antara Kaum Cina dan India. Pendapatan Isi rumah bagi Melayu ialah RM 2427, India sebanyak RM 2895 dan Cina sebanyak RM 3784. Manakala mengikut laporan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pula. Jumlah peratus bagi penduduk termiskin masih majoritinya berada di kawan Melayu. Yang paling mengejutkan ialah peratus tertinggi penduduk termiskin pada tahun 1999 ialah 36.6 % adalah mereka yang berada di daerah Seberang Perai Utara. Iaitu kawasan didalamnya adalah kerusi Parlimen bagi Bekas Perdana Menteri (ketika ini sahaja selagi tidak pilihanraya) Dato seri Abdullah Badawi. Secara keseluruhannya penduduk termiskin di Pulau Pinang sebnyak 1.4% peratus daripada keseluruhan rakyat Pulau Pinang.


Masalah penghijrahan bukan sahaja berlaku bagi anak-anak Kelantan. Bahkan banyak penduduk Melayu Pulau Pinang sendiri yang berhijrah keluar. YB TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP MENTERI KEWANGAN KE II kelahiran Pulau Pinang sendiri mengakui bahawa orang Melayu Pulau Pinang terperangkap dalam kitaran ekonomi yang ganas Pulau Pinang. Beliau berucap ketika Majlis Makan Malam Silaturahim Aidil Fitri di Hotel Gurney pada November 2006. Menurut beliau Kitaran ganas ini bermula dengan pendapatan rendah yang menjadikan mereka tidak mampu memiliki aset, khasnya rumah, dan pada masa yang sama mereka tidak mampu memberikan tumpuan kepada aspek pendidikan anak-anak mereka. Persekitaran kediaman yang tidak selesa tidak mewujudkan suasana yang kondusif bagi anak-anak kita untuk belajar di rumah. Ini adalah di antara sebab yang mendorong anak-anak kita untuk melepak terutamanya di pusat-pusat membeli belah. Kemunduran dalam pendidikan telah menyebabkan anak-anak tidak mendapat pekerjaan yang boleh menjamin pendapatan yang lumayan dan oleh yang demikian, sekali lagi generasi ini tidak berkemampuan memiliki aset, khasnya rumah. Dengan demikian kitaran ganas ini berterusan. Beliau tutut mengakui bahawa anak negeri Melayu Pulau Pinang tidak mampu memiliki rumah dan tanah di negeri sendiri. Bahkan Lebuh Melayu “Malay Street” Yang terdapat di Gorgetown hanyalah tinggal nama. Tak berapa kerat peniaga Melayu mampu berniaga di situ. Keadaan yang mendesak ini mengakibat Pulau Pinang semakin dihingapi penyakit kemiskinan bandar.


Tanah Wakaf


Memang benar. Kawasan orang Melayu di Pulau Pinang banyak bertumpu ditanah-tanah wakaf. Satu ketika dahulu Pulau Pinang juga subur dengan rimbunan Tuan-tuan guru yang membuka kawasan pengajian. Keikhlasan tuan-tuan guru ini membuka madrasah dan mewakafkan tanah-tanah mereka untuk dakwah dan kebajikan. Sekolah Penulis. SMKA AL-Mashoor juga pada satu masa dahulu adalah dibina di atas tanah wakaf. Sekolah yang diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi yang juga menyaksikan inilah adalah antara adrasah awal bagi bapa kemerdekaan sebenar Tanah Melayu. Dr Burhanudin Al-Helmy. Namun begitu, atas nama pembangunan. Tanah asal Madrasah ini telah dibangunkan KOMTAR. Tanah wakaf yang asalnya diniatkan untuk dakwah dan pendidikan menjadi kawasan perniagaan. Bagi kawasan yang enggan diserahkan kepada kerajaan negeri. Telah dibiarkan mundur tanpa aliran perparitan yang sempurna. Ini menyebabkanbanjjir kilat dan penyakit mudah berjangkit. Inilah antara nasib umat Melayu yang masih melekit di Pulau Mutiara.

Ada satu kejadian yang menarik perhatian saya mengenai masalah pembangunan di Pulau Mutiara yang tercinta ini. Pada Ogos 2006, seramai 37 keluarga Melayu Kampung Sungai Nibung Besar, Bayan Baru telah cuba diusir apabila tanah yang mereka diami puluhan tahun di lot 1648 dan 1650 Mukim 12 Daerah Barat Daya dibeli oleh syarikat Avongold Valley Sdn Bhd untuk tujuan pembangunan perumahan komesial bernilai RM700,000.00 seunit. Yang paling tidak masuk akal, penduduk kawasan ini telah diberi surat saman oleh pihak pemaju. Mengikut surat saman yang mereka terima, syarikat berkenaan mengarahkan penduduk meninggalkan kampung tersebut dalam tempoh sebulan mulai 30 Disember 2006 dengan wang pampasan RM30 ribu ke RM40 ribu sahaja. Penduduk bertegas untuk tidak mahu berganjak daripada situ selagi pemaju tidak mahu berjanji untuk memberikan rumah sebagai ganti. Mana mungkin dengan RM30 ribu hingga RM40 ribu dapat membeli rumah baru di kawasan Pulau Mutiara. Yang menariknya ketika itu. Telah diadakan demonstrasi aman oleh UMNO Cawangan Sg.Nibung bersama penduduk. Mereka merayu kepada pengerusi perhubungan UMNO yang ketika itu mengadakan perhimpunan rakyat di Maktab Perguruan Tengku Bainun. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang tidak lain tidak bukan melainkan Datuk Seri Abdullah Badawi. Piket yang diadakan itu

Ada satu lagi peristiwa yang menarik perhatian saya. Kali ini pada tahun 18 Oktober 2005. Kali ini pendudk membantah projek pembinaan Kondominum 24 tingkat dan 94 unit rumah teres dua tingkat, bersebelahan Masjid Jamek Jelutong. Jelutong. Yang menarik piket kali ini juga disertai oleh Pemuda UMNO dan PAS.

Menurut Pengerusi pembangunan masjid itu, Omar Abd. Kadir, 65, tanah di Lot 32

6 hingga 332 Seksyen 1 dan Lot 581,586 dan 589 Seksyen 14 diperlukan untuk pembinaan masjid baru.Katanya pembinaan masjid baru itu bagi menampung

kapasiti jemaah yang semakin meningkat.“Jelutong kini ada 10,000 umat Islam dan kapasiti maksimum masjid sekarang hanya 1500 jemaah,” katanya dalam sidang media selepas demontrasi itu.Menurut Omar, tanah seluas 2,355 meter persegi asalnya milik Melayu, kini telah berpindah milik kepada syarikat Concord Land. Ketua Pemuda Umno Bahagian Jelutong, Abdul Razak Abdul Rahman memberitahu, pihaknya turut membantah projek ini.“ Pemuda tetap bersama anak kariah membantah projek pembinaan tersebut. Ini bagi memastikan nasib orang Islam, khususnya nasib orang Melayu Jelutong terbela”



Satu Lawan Satu , Adakah Rakyat akan Menang?


Begitulah ruwetnya permasalahan di Pulau Mutiara ini. Sejauh mana Melayu terbela pada pilihanraya pada kali ini. Adakah di antara kedua pihak yang bertanding pada kali ini akan dapat membela bangsa Melayu yang semakin terpinggir di Pulau Mutiara. Sejauh mana agenda Politik dapat terus memecahbelahkan umat Islam Melayu Khususnya di Pulau Mutiara ini. Nampaknya pilihanraya pada kali ini terus mengabaikan umat Melayu. Kedua-dua belah pihak, Pembangkang dan BN tidak secara jelas menyatakan agenda Perjuangan Melayu.Mereka hanyalah mengejar undi kaum lain. Secara jujurnya saya berasa betapa pentingnya politik perpaduan di negeri ini. Melayu semakin kalah di negeri sendiri. Mengapa semua pihak bertelagah dan menegakkan pendirian masing-masing. Generasi muda melayu akan terus hanyut dengan keindahan hendonisme yang plastik. Pendidikan terus ketinggalan. Kilang-kilang terus hidup subur member kenikmatan kekayaan yang semetara. Gaji yang tak seberapa, hidup didalam dunia yang tidak normal adalah menajdi kejaran generasi muda Pulau Pinang. Cukup belajar, lepas SPM, dapat kerja kilang, kerja syiff, dapat membeli motorsikal Yamaha 125z, dapat jadi mat rempit, dapat awek cukuplah. Kahwin tak janji. Itulah fasa kehidupan generasi Melayu muda di Pulau Mutiara. Sebuah roda kehidupan yang paling membosankan.

P/S :Aku Bukan Nasionalis. Tetapi Aku Cinta Pada Aliff, Bad an Ta. Agama, Bangsa dan Agama.

Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi

Timbalan Presiden PKPIM.

Anak Kelahiran Pulau Mutiara. Sg.Bakap. Al-Mashoor.

1 comment:

Jafni Hanan said...

Aku setuju dengan perenggan akhir ko tu..apa nak jadi da..