Friday, February 22, 2008

Matematik Pilihanraya

Semalam senarai calon wakil rakyat bagi beberapa buah negeri telah diumumkan. Oleh Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Ada yang masih disenaraikan dan ramai juga muka baru untuk pilihanraya pada kali ini.

Ketika di dalam perjalanan pulang saya dari pejabat. (agak lewat malam kerana kerja yang banyak). Telefon bimbit di dalam poket saya bergetar. Saya pun memberhentikan motorsikal saya. Rupanya SMS daripada seorang teman.

“Apa cerita ni , Dr. Asraf Wajdi Dusuki bertanding di Tumpat”.

Saya tersenyum sinis. Tapi tidak sempat membalas. Bimbang juga malam-malam seorang diri di alan raya ni. Saya memulas kembali pedal motor memerah minyak. Saya pun terus meredah kemabali perjalanan pulang ke Gombak di dalam kesuraman cahaya lampu jalan raya.

Ketika sampai di rumah. Rakan serumah juga memberitahu. Dia mendapat panggilan daripda seorang rakan seperjuangan. Dia menyatakan kekesalan dengan calon wakil rakyat di Tumpat. Lama juga rakan bagi kawan saya tu menelefonnya.

“Saya terkilan dengan abg Wadi (Dr. Asraf Wajdi Dusuki ) beliaulah yang membawa saya kenal jemaah. Kenal perjuangan Islam.” Kata rakan bagi kawan saya itu.

Untuk nota. Mengapa ramai yang sedih dan ramai juga mempunyai pendapat masing-masing. Dr. Asraf Wajdi Dusuki adalah mantan Presiden PKPIM. Beliau lebih manja dikenali dengan panggilan abg wadi dikalangan kami.

Semua orang mempunyai hak dan pendapat masing-masing dalam membicarakan isu ini. Saya juga ada matematik yang tersendiri untuk mencongak isu ini. Dalam adab kita berbincang, berhujah secara ilmiah. Ada satu prinsip yang saya pegang.

“Aku mempunyai hak dan bebas untuk menyatakan pendapat aku. Tetapi aku tak ada hak untuk paksa engkau menerima pendapat aku. Kalau nak terima..terimalah. Kalau tak nak terima..jangan putus talian ilmiah dan ukhwah(persaudaraan) kita, begitu juga kau. Kau bebas untuk menyatakan pendapat kau. Tetapi kau tak ada hak untuk paksa aku menerima pendapat kau. Terpulang pada aku. Yang penting persaudaraan kita.”

Bagi pendapat peribadi saya. Tak perlulah kita sedih sangat sehingga merugikan kita. Beliau mempunyai potensi. Sejak beliau menjadi Presiden PKPIM lagi telah terserlah potensi beliau. Ketika itu saya menjadi pimpinan PKPIM peringkat kampus UTMKL. Matematik saya ialah daripada kita melihat calon UMNO yang korup mewakili rakyat. Adalah lebih baik beliau. Sebenarnya saya juga berperasaan berbaur dan bercampur aduk. Maklumlah pertandingan di kawasan Tumpat kawasan yang mungkin akan menyaksikan Senior PKPIM bertembung dengan senior Jemaah juga. Dalam pilihanraya dahulu. Kawasan ini dipegang Oleh YB Dato' Kamaruddin Jaafar. Beliau juga adalah Setiausah Agung bagi Parti PAS. Jadi jemaah berbelah bahagi apakah pendirian kita.

Congakan saya berpendapat. Sekiranya benar hal ini berlaku. Kawasan Tumpat tetap akan menang walaupun siapa pun yang menang. Kedua-dua calon mempunyai karisma dan kekuatan masing masing. Saya tidak mahu mengulas lanjut. Namun saya hendak mengajak para pembaca pergi ke beberapa kawasan yang saya kira menarik perhatian saya.

Rose Linda Abdul Jamil calon baru yang menggantikan Zakaria Md Deros .

Bagi blogger yang popular. Roslan SMS dalam blog beliau membuat catatan ini.

Sila klik -- > http://n32.blogspot.com/

“Puan Roslinda Abdul Jamil sebagai calon BN/Umno bagi kerusi DUN Pelabuhan Kelang, Selangor. Ketua Puteri Umno bahagian itu akan menggantikan Zakaria Md Deros, Ketua Umno bahagian Klang yang terkenal kerana memiliki mahligia RM8juta itu. “

Menurut beliau lagi. Usaha itu seolah mengaburi mata rakyat daripada kisah Mahligai Zakaria Deros. Mungkin ramai tak tahu bahawa Ketua Puteri bahagian itu ialah itu adalah menantu bagi Zakaria Deros. Menurut Roslan SMS corner lagi.

“Roslinda adalah menantu Zakaria, berkahwin dengan anak lelakinya yang juga Ketua pemuda Umno bahagian Klang. Bagi saya pencalonan Roslinda membuktikan yang nepotisma masih menjadi amalan dalam Umno Selangor dan akan terus memkana parti itu dari dalam. Kesimpulannya penduduk di DUN berkenaan berhadapan dengan calon baru Umno yang hakikatnya terus akan dibayangi oleh mambang besar bernama Zakaria yang masih bersembunyi dibelakang kelibat calon baru itu. “

Ketawa kecil saya apabila melibat “MAMBANG “ di pelabuhan Kelang. Saya harap rakyat di kawasan Pelabuah Kelang membuka mata seluasnya. Jangan lupa buka mata hati sekali.

Satu lagi kawasan yang menarik perhatian saya ialah kawasan Dr. Mashitah Ibrahim. Beliau pada kali ini digugurkan sebagai senarai calon setelah beliau berjaya menumpaskan gurunya dahulu Ustaz Taib Azamuddin. Yang mengantikan "USTAZAH" ini ialah Datuk Abd. Azeez Rahim. Tokoh kutub utara. Yang menghabiskan banyak duit rakyat untuk terjun di KUTUB UTARA.Yang membawa "MAT REMPIT" membuat onar di dalam surau tak lama dahulu. ("Program ziarah surau , MAt Rempit Minah Rempit dok bertenggek atas motorsikal macam lembu gatal" ) Entahlah , apa kesankah kepada kemajuan negara. Kawasan serumah saya berkata.. “Orang panggil dia Aziz Rempit, tulah Dr.Mashitah jadi lagi budak suruhan UMNO,kan dah kena buang ”. Emh emh macam-macam ada.

Apa pun saya berharap rakyat buka mata.

Semoga piliharaya kali ini. Rakyat yang mnang. Bukan BN bukan BA. (Parti yang mewakili rakyat).

Senyum sinis.

(saya hanya memerhati)

1 comment:

Shamsiah Mahli said...

salam.
saya sependapat dengan awak dalam soal ni.