Semalam ketika pulang daripada tempat kerja. Saya melalui jalan biasa yang sibuk. Daripada Subang menagmbil jalan pintas. Masuk ke Lebuhraya LDP, masuk ke MRR2 (lebuhraya yang pernah retak dahulu, biasalah Malaysia “Mana ada retak, mana ada rasuah” dan kemudiannya memasukki Jalan Gombak. Suasana di kiri kanan Gomabak dipenuhi dengan perang bendera. Sedang saya menunggang motorsikal itu. Saya menuruti sebuah motorsikal. Saya memperlahankan motorsikal kerana sesuatu bermain di benak saya.
“Alhamdulillah dengan pekerjaan aku sekarang”
Motorsikal di hadapan saya itu adalah sebuah motorsikal yang ditunggang oleh seorang “Ayah” saya kira. Tertera pada kotak yang dibawanya. “Rojak Buah”.
Aduh, sekiranya kita tidak berfikir dengan waras berdasarkan Ilmu, Iman dan Taqwa. Pastilah kita tidak nampak akan kekuasaan Allah SWT di situ.
“Pakcik ini hanya menjual rojak buah sahaja, tetapi dia mampu membina keluarga dan membesarkan anak-anaknya.” Cetus hati nuraniku.
Aku pulang tidak terus kerumah. Tetapi aku terus berjumpa dengan rakan-rakan ku mengahdiri halaqah ilmu atau usrah. Terus sahaja daripada apa yang aku perhatikan suasana tadi. Entah bagaimana seolah ada petunjuk di dalam usrah ini. Kami membicarakan tentang ilmu.
“Ingat kawan-kawan , rezeki itu bukan sahaja berkenaan dengan wang. Rezeki juga dengan masa, kebahagiaan, ketenangan. Tidak semua orang mempunyai masa atau ketenangan bersama keluarga”. Pesan rakan-rakan ku di dalam usrah benar-benar menimbulkan keinsafan.
Keadaan pakcik “Penjual Rojak Buah” sebentar tadi adalah contoh antara wajah-wajah rakyat yang mungkin tidak terkesan dengan menifesto Be End pada kali ini. Entahlah. Secara umumnya saya melihat begitu banyak RM-RM (Matawang Malaysia ini telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Inrahim, Mantan Menteri kewangan Malaysia) di tabur kepada rakyat.
Menifesto Be End yang dilancar baru-baru ini bertemakan Selamat, Aman, Makmur. Di antara perkara yang ditimbulkan didalam ialah keprihatinan Be End kepada beban kewangan rakyat. Tetapi pada masa yang sama kerajaan tidak dapat menampung subsidi dan menahan kenaikan haraga minyak.
“Kalau tidak dapat menahan harga minyak naik. Mengapa tol pun naik.” Semuanya naik. Hujan sahaja yang turun.
Saya tertarik ketika membaca “Report card: Excellence, glory, distinction” di Malaysia kini dan juga laporan akhbar tempatan hari ini. Dalam laporan akbar tempatan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkta, ekonomi Malaysia dijangka berkembang enam peratus atau lebih dalam tahun 2007 dan 2008. (6.0%-6.5%). Ulasan di dalam Malaysiakini pula menyentuh penilaian mereka terhadap pencapaian bekas kerajaan. Meskipun perkembangan ekonomi negara adalah setanding dengan Singapore, Thailand , Indonesia , Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan. Tetapi pendapatan perkapita ( GDP) negara adalah jauh lebih jauh 3-5 kali ganda daripada Hong Kong, Singapore dan Korea Selatan .
Pendapatan Perkapita Penduduk (maknanya angaran pendapat perkpitan bagi seorang penduduk )
Negara | Jumlah Penduduk | Pendapatan perkapita Bagi setiap seorang. |
Hong Kong | 7 Juta | US$30,448 |
Singapore | 4.5 Juta | US$34,461 |
Korea Selatan | 49 Juta | US$20,634 |
Malaysia | 27 Juta | US$7,098 |
latest Economic Report 2006-7
Bagaimana pertumbuhan ekonomi yang naik tetapi tidak dinikmati oleh semua rakyat. Inilah yang perlu kita buka minda. Sekiranya pertumbuhan ekonomi negara baik. Kemana perginya kek ekonomi yang lain. Negara lain secara puratanya pendapatan perkapita bagi seorang rakyat mencecah puluhan ribu Dollar. Malaysia masih tidak mencapai angka sepuluh pun. Bukan kita tidak bersyukur. Tetapi kita meragui. Bahkan Malaysia boleh lebih maju sekuranya urus tadbir negara dijalankan secara telus dan di atas nama kebenaran dan keadilan.
UM-NO
No comments:
Post a Comment