Thursday, February 28, 2008

Kepada siapa aku bersyukur dan menghukum ??

Hari ini saya saya tidak berkesempatan untuk menulis. Namun ruangan surat pembaca Utusan Malaysia hari ni menarik perhatian saya.

Benar semua orang ada baik dan buruk. Tidak ada siapa yang sempurna. Yang dikesali. Kita lupa


“Siapa yang memberi rezeki. Allah SWT. Allah SWT.


Keduanya, Siapa kita untuk menghukum orang lain. Dengan diminta dipantau segala aktiviti agama. Yang paling menyedihkan saya bila orang menyentuh tentang Usrah. Adakah agama itu hanya benar apabila mengikut kepentingan sesetengah pihak? Agama tertegak di atas KEBENARAN DAN KEADILAN.


“Siapa yang memberi rezeki. Allah SWT. Allah SWT.


“Kepada siapa kita bertauhid. Allah SWT. Allah SWT.



“Kepada siapa kita bertawakal. Allah SWT. Allah SWT.

“Kepada siapa kita pertamanya bersyukur. Allah SWT. Allah SWT dan kemudiannya Manusia. Adakah kita perlu bersyukur pada manusia yang membelakang Allah SWT?


Sedihnya bila musim piliharaya ini. Manusia menjadi begitu emosi sehingga membelakang agama.


Jangan Kawal Agama. Biar agama mengawal kita.Jangan biar agama ikut kehendak kita. Biar kita ikut kehendak agama. Jangan biar agama ikut kesesuaian kita. Biar kita yang menyesuaikan diri dengan agama. Bangunlah manusia daripada menjadi makhluk yang naif.



UTUSAN MALAYSIA 28/2/2008

Guru agama wajar bersyukur

SAYA merupakan seorang guru di sekolah awam. Saya ingin melahirkan perasaan kecewa dan marah kepada kakitangan kerajaan khasnya guru yang tidak menyokong kerajaan.

Di sekolah saya, yang paling kuat menjadi kader parti pembangkang ialah guru lulusan agama. Ini bertepatan dengan berita yang pernah tersiar dalam akhbar, ramai guru dari Mesir dan Timur Tengah menjadi kader parti pembangkang.

Guru agama sekolah saya ini memang yang berkelulusan dari Mesir dan ada dari universiti tempatan.

Di sekolah, mereka secara terbuka akan mengutuk kerajaan dan akan memperli guru lain yang tidak sealiran dengan mereka.

Terus terang saya tidak suka mendengar perbuatan mereka memburukkan kerajaan terutama kakitangan awam sendiri.

Pada saya, kakitangan awam yang bertindak demikian adalah golongan yang tidak bersyukur dan tidak berterima kasih.

Ada antara mereka daripada program KPLI J-Qaf, KPLI dan ijazah pendidikan yang dibantu oleh kerajaan. Contohnya guru daripada KPLI J-Qaf. Mereka ini telah mendapat peluang bekerja hasil daripada kerajaan bukannya daripada parti yang mereka ikuti.

Selain itu, mereka berpeluang belajar KPLI J-Qaf tanpa membayar satu sen pun kepada kerajaan manakala bantuan pelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Sampai satu masa, apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan merasa senang, mereka lupa diri dan tergamak mengutuk kerajaan dan melempar fitnah di tempat kerajaan sediakan iaitu di sekolah awam.

Mereka sebenarnya boleh berhenti bekerja dengan kerajaan dan meminta peluang pekerjaan dengan parti politik yang mereka sangat taksub.

Saya mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya mengenakan tindakan tegas terhadap mereka. Antaranya:

* Dihantar ke sekolah pedalaman untuk menginsafkan mereka dan bersyukur.

* Pelajar KPLI J-Qaf perlulah ditapis supaya hanya yang bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan sahaja dibenarkan manakala nangan beri tempat kepada mereka yang tidak bersyukur iaitu kader parti pembangkang.

* Pelajar universiti di Timur Tengah perlu dipantau aktiviti mereka supaya tidak menjadi kader parti pembangkang apabila pulang.

* Pelajar bidang agama juga perlu dipantau aktiviti mereka supaya mereka tidak menjadi kader parti pembangkang yang mungkin berselindung di sebalik program usrah sama ada di sekolah berasrama penuh, universiti dan sebagainya.

* Aktiviti keagamaan yang dibuat oleh guru agama aliran pembangkang perlu diperhalusi. Ini kerana mereka akan menghasut para pelajar dan orang ramai membenci kerajaan melalui ceramah agama atau mimbar Jumaat.

Amat malang jika mereka menghasut para penduduk membenci kerajaan di surau atau masjid yang dibina kerajaan. Sungguh mereka tidak bersyukur.

* Kerajaan perlu sentiasa memaparkan dalam media massa tentang subsidi dan bantuan yang diberikan setiap masa tanpa mengira sama ada waktu pilihan raya atau tidak, supaya rakyat Malaysia tahu berterima kasih dan bersyukur.

* Dedahkan kepincangan dan kegagalan pembangkang ketika memerintah Terengganu dan Kelantan supaya rakyat lebih faham.

– TAHU BERTERIMA KASIH,

Kuala Lumpur.

2 comments:

Jafni Hanan said...

Apa la diorang ni?Sekarang masyarakat menghadapi satu pemikiran yang salah di mana kerajaan tu ialah BN padahal BN hanyalah parti yang berjaya dalam pilihanraya lalu membentuk kerajaan.Aku setuju dengan ko,sepatutnye bersyukur pada Allah, sebab Allah yang bagi kemakmuran pada negara kita pun walaupun mendapat pemimpin yang ntah hapa2.

hanniaziz said...

Kata kerjanya guru tapi mindanya sangat sempit dan 'rigid'. Kasihan saya pada guru-guru yang jumud ini, langsung tidak dapat membezakan parti dan kerajaan. Terima kasih dan syukur hanyalah kepada Allah bukannya 'kerajaan' BN.