Dua hari saya dan teman serumah keluar makan bersama. Sudah lama tidak makan bersama kerana asyik balik lewat. Beliau juga seorang blooger yang aktif. http://akhienaim.blogspot.com/. Sedang kami menikmati hidangan nasi lemak di kedai B N M Greenwood, kami menonton Buletin Utama di kedai tersebut. Kami berbincang tentang media yang digunakan oleh “Caretaker Government(CG)” sekarang sebagai alat berkempen.Pada awalnya , jauh dibenak hati saya bertanya . “Benarkah ? Sejauh mana CG menggunakan saluran media sebagai alat mereka. Maklumlah, masa pilihanraya yang lepas saya memang tak tengok TV. Bila berita hari-hari tentang politik. Berpinar juga “biru mata hitamku” . Saya memang begini. Bila musim pilihanraya, malas sangat nak tengok TV.
Akibatnya, kita tidak dapat maklumat lain. Mungkin isu nasional seperti masalah setinggan. Masalah penduduk miskin tenggelam. Malah mungkin berita peringkat antarabangsa juga kita tidak mendapat maklumat. Sebagai Contoh:
1. Adakah kita tahu tentera Turki telah masuk ke sempadan Iraq menyerang pihak pemberontak Kurdish(PKK)?
2. Adakah kita tahu Fidel Castro telah melepaskan jawatannya kepda Raul Castro.
3. Adakah kita tahu sejauh mana perkembangan Obama-Clinton.
4. Adakah kita tahu Sri Lanka telah menyerang puak pemisah Tamil Elaam.
Dan banyak lagi maklumat yang lebih bermanafaat tetapi akibat musim pilihanraya. Habis maklumat kita tak dapat.
Sedang kami rancak berborak. Tiba-tiba kami tertarik kepada satu iklan di TV3. Ucapan pemimpin-pemimpin kerajaan yang “Terdahulu”. Tunku Abdul Rahman, Tun Husein Onn, Tun Abd Razak, Tun Dr.Mahathir dan “Datuk Seri Abdullah Badawi yang masih belum di “TUN” kan. Semuanya melihatkan hasil daripada penggal pemerintahan masing-masing.
“Kemerdekaan (walau banyak di antara fakta dan propaganda) = telah berhasil.”
“Kemajuan Pertanian = Telah berhasil”
“Kemajuan Pembangunan = Telah berhasil”
“Kemajuan IT, Perusahan Proton, Jambatan Pulaua Pinang dan MSC= Telah berhasil”
Tetapi mengapa Koridor-koridor yang masih belum berhasil turut di muatkan didalam iklan Ini ?. Bukankah ia masih belum siap?. Hmmm.. Semoga rakyat Siap untuk berfikir.
Saya juga teringat perbualan saya dengan seorang rakan did alam Yahoo Masenger semalam daripada Johor Bahru. Saya bertanyakkan tentang adilkah SPR membuat arahan atau peraturan minit terakhir yang memwajibkan duti stem kepada calon?. Saya memberikan buah fikiran yang saya dapat daripada seorang sahabat daripada putrajaya semalam. Adakah tidak musatahil “Be End” menggunakan pintu belakang di pejabat pos untuk urusan ini. pada hari Jumaat di Terengganu dan Kelantan. Kawan saya bermatian menidakkan.
“Ish tak baik cakap begitu”. Terpulanglah . Saya tidak memaksa dia menerima pernyataan saya.
Arahan dan peraturan baru ini dibuat pada 21 Februari 2008, hari Khamis. Yang mana semua orang maklum bahawa hari Jumaat adalah hari cuti bagi kelantan dan Terengganu.
Terpulang kepada mereka yang celik. Yang penting jangan sebab politik. Ukhwah terpisah. Masing masing ada hak dan pendirian masing-masing.
Berbalik kepada iklan di TV3 tadi. Akhir sekali . Iklan tersebut memaparkan grafik multimedia “Pangkah”.
“PANGKAHLAH BE END”
(Ish saya tak percayalah , Ish tak baiklah, Ishhhhhh )
Heheheh.mula-mula tak percaya,..kemudian baru percaya. "Kenapa tak percaya ke"
Ops sebelum saya menamatkan coretan saya ini. Suka saya "Tiru dan Tampal" satu "Sembang "Di dalam Forum TV3"
http://community.tv3.com.my/3forum/topics.aspx?ID=352
Posted: 2/19/2008 1:49:16 AM |
yela.. aku tinggal dan kerja di n sembilan, tahun 2004 mengundi di seremban, bila duduk bahau aku masih boleh kejar ke seramban untuk mengundi ok la.. tapi apasal tiba2 tahun ni nama aku tercampak kat dun sg burung selangor. bila masa plak aku tukar tempat mengundi??? aku tak paham kenapa SPR tukar tanpa pengetahuan pengundi. aku tension ni semangat nak mengundi.. SPR boleh claim tak???
Posted: 2/19/2008 11:20:50 AM
ish...kesian kat ko ye capal...tahun ni aku dgr spr akan mengalih lebih banyak lagi pengundi ke beberapa kwsn yg jauh dari tpmt org tu duduk.macm kawan aku di Sepang,1999 dia mengundi di Sepang,2004 dia mengundi di Gombak,tp thn ni pulak dia tengok dia mengundi di Mersing,Johor pulak...apakah BN makin takut ngan pengundi atau ada muslihat lain?kpd BN....bertandinglah cara terhormat,jgn mengunakan SPR sebagai kambing hitam....kesian kat SPR,biarlah dia buat kerje dia dgn profesional.
No comments:
Post a Comment