Memartabatkan bahasa Melayu bukan modal politik.
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pejuang bahasa Melayu supaya bersikap lebih imaginatif dan inovatif serta terancang dalam menarik bangsa asing menguasai bahasa berkenaan agar berkembang subur di peringkat global.
Dalam masa yang sama Datuk Seri Abdullah Badawi juga pernah mengulas untuk mengkaji pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Bahasa jiwa bangsa. Bahasa adalah identti bagi bangsa. Bahasa juga adalah citra bagi jati diri sesuatu bangsa. Bahasa juga dalah maruah bagi bangsa. Dengan penguasaan kepada bahasa ibunda. Seorang itu akan terdidik dan terbina mengkut keluhuran budi pekerti bangasa tersebut.
Kita sedar bahawa bangsa Melayu amat sedih apabila bahasa Melayu di pinggirkan di tanah air sendiri. Saya percaya tiada siapa akan menyangkal oarang Melayu terutama mereka tinggal di desa amat lemah penguasaannya didalam sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar mungkin dapat mengahantar anak-anak mereka belajar di pusat tuisyen berbahasa Inggeris. Tapi , apa pula nasibbagi mereka yang tidak berkemampuan di desa-desa. Orang Melayu sebenarnya masih tidak dapat lari daripda ketakutan kepada sains dan matematik. Mlah kita menekan mereka lagi dengan penggunaan bahasa Melayu.
Sesuatu bahasa hanya dapat kekal dan bertahan serta berkembang hanya apabila sesuatu bahasa di jadikan bahasa Ilmu. Ulasan kedua pemimpin negara ini wajar direalitikan. Kita berharap perjuangan memartbatkan bangsa bukan hanya sekadar perjuangan politik sahaja. Ia adalah lebih daripada itu. Isu perjuangan bahasa adalah melibatkan memepertahankan jatidiri bangsa dan kelangsungan hayat bangsa (survival).
Kembalikan dasar penggunaan Bahasa Melayu di universiti-universiti dan sekolah rendah. Harus diingat. Daya saing dan kekuatan untuk berkembang hanya boleh dilakukan apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa Ilmu. Kita harus berasa malu apabila kita sendiri yang tidak inovatif dan meminggirkan bahasa Melayu. Mengikut laporan akhbar semlam juga sehingga hari ini terdapat kira-kira 129 pusat pengajian tinggi yang menawarkan pengajaran bahasa Melayu dari benua Amerika ke Asia Timur sehingga ke Australia dan New Zealand. Tetapi malangnya kita menganaktirikan bahasa Melayu di tanah air kita sendiri.
Kita menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pelajaran Tinggi agar mengembalikan keududkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ditempat selayaknya. Masalah penuturan bahasa Inggeris bukan dengan cara kita menjadikan bahasa Inggeris sebagai medium penghantaran semua perkara dan pendidikan negara.Apa yang dikesalkan , semua seolah kembali ke belakang. Sebagai contoh . Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Yang suatu masa dahulu dibina diatas darah dan airmata bangsa demi melihat bahasa Melayu dinobatkan. Kini turut menjadikan bahasa Inggeris sebagai medium penghantarannya. UKM kini turut hilang visi,nilai dan cita-cita bangsa.
Selain itu kita juga menggesa tulisan jawi dikembalikan martabatnya. Generasi muda sekarang hampir sudah tidak mampu menulis dan membaca tulisan Jawi.Memartabatkan tulisan Jawi dan bahasa Melayu bukan hanya sekadar melalui pertandingan-pertandingan sahaja.
Kembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan. Usah nanti terhantuk baru nak tergadah. Usaha memartabatkan bangsa dan bahasa memerlukan usaha yang serius. Bukan sekadar melapas batuk di tangga. Selamtkan generasi muda sebelum kami hilang nilai dan jatidiri bangsa.
Usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sentiasa relevan dengan zaman dan bidang termasuk ekonomi, segar dan dinamik serta melambangkan keintelektualan hanya boleh dicapai dengan menajdikan kembali bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kita berharap semua pemimpin ikhlas dan jujur didalam memperkatan isu ini. Sesekali diingatkan usah hanya sekadar menjadi modal musiman sahaja.
Kembalikan bahasa Melayu sebagai wadah Pencerdasan umat.
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
1 comment:
Bukan sahaja bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu,tetapi juga sebagai bahasa menyatupadukan semua kaum dan mewujudkan negara yang berindentiti.
Post a Comment