Pudarnya Rasa Bertuhan Di Puncak Pemerintahan.
Oleh :Sdr. Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Kuasa bukanlah kemegahan. Bahkan ia adalah amanah dan tanggungjawab yang yang begitu berat untuk digalas beban. Namun, lewat hari ini. Kuasa dan politik menjadi santapan rakus bagi mereka yang berebut-rebut gilakan kuasa. Mereka yang telah memegang tampuk kuasa pula. Melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasanya. Kerakusan dan kehalobaan menjadi kriteria utama untuk terjun ke lembah politik masa kini. Rakyat bukanlah keutamaan. Bahkan wang dan Kuasa menjadi kehalobaan. Demikianlah wajah kerakusan kuasa yang di hidangkan pada kita.
Kuasa bukanlah lagi mengikut petunjuk yang empunya segala Kuasa.Kuasa bukanlah lagi menjadi panduan keinsafan. Kuasa bukanlah lagi menjadi rasa kekerdilan di hadapan Tuhan.Akhirnya para perebut kuasa rasa rasa bertuhan.
Lalu hilanglah budi di dalam hati. Lunturlah rasa di dalam jiwa. Terbitlah onar di ceruk suci. Semerah api marak membakar saudara.
Sistem politik rakus politikus. Ketakutan dan kebencian prinsip asas.
Ahli politik yang ada ketika ini hanyalah mereka yang rakus dan kebanyakkanya mengikut
prinsip Niccolò Machiavelli. Niccolò di Bernardo dei Machiavelli adalah ahli poltik dan diplomat
terkenal Itali. Ketika zaman Renaissance Itali. Prinsip dalam fahaman Realism beliau ada menyebut bahawa mencengkam dan menanam ketakutan kepada rakyat adalah antara prinsp utama untuk mengekal kuasa.
The Prince
Apa sahaja cara boleh dilakukan demi mencapai matlamat dan cita-cita. Di dalam bukunya yang terkenal. The Prince menyebut.
“Di dalam persoalan di antara dikasihi dan dibenci/ditakuti. Sudah pastilah jawapan yang terbaik adalah dikasihi dan pada masa juga ditakuti. Namun begitu apabila ketakutan/kebencian dan kasih sayang nampaknya tidak seimbang atau sukar untuk diharmonikan. Bagi sesiapa yang sangat memerlukan keselamatan kuasanya. Menjadi ditakuti adalah lebih selamat daripada dikasihi”
Secara jelas beliau menyebut bahawa menjadi ditakuti adalah prinsip asas untuk mengekalkan kuasa. Inilah nampaknya prinsip yang semakin diguna pakai. Sama ada secara tidak sedar atau sedar. Jadi apa maknanya?. Siapakah pemenang didalam pilihanraya? Yang pasti kalah ialah rakyat kebanyakan. Yang menjadi mangsa demokrasi.
Sistem Kuasa Berasaskan Nasihat.
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ .
[رواه البخاري ومسلم]
Dari Abu Ruqoyah Tamim Ad Daari RA, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Agama adalah nasihat, kami berkata : Kepada siapa ? baginda bersabda : Kepada Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan kepada pemimpin kaum muslimin dan rakyatnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis di atas. Rasullah SAW ada mencirikan kriteria utama yang perlu ada didalam sistem pemerintahan. Bahkan dalam hadis ini meletakkan agama adalah elemen yang tidak dapat dipisahkan daripada sistem pemimpin dan rakyat. Kedudukan pemimpin dan rakyat disebutkan sekali di dalam hadis yang sangat berat nilainya didalam agama.
Mana mungkin ciri nasihat-menasihati itu tidak penting didalam sistem politik Islam. Konsep nasihat-menasihati seharusnya disuburkan. Di dalam sistem pemimpin-rakyat. Kedua ini tidak boleh dilihat sebagai entiti yang berbeza dan berasingan. Kita percaya ramai yang telah sedia maklum apakah ucapan pertama Saidina Abu Bakar As-Sidiq ketika diangkat menjadi Khalifah. Namun kisah ini hanyalah tinggal sebagai sebuah kisah. Bukanlah dijadikan Ibrah dan Iktibar.
"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.” – Saidina Abu Bakar As-Sidiq
Mampukah pemimipin kita membuat ucapan ini ?
Sayugianya, marilah kita menyuburkan benih-benih nasihat di kalangan pemimpin dan rakyat. Sistem demokrasi akhirnya menjadi sistem yang membenihkan bibit-bibit perpecahan. Sekiranya menyoroti titian sejarah pemimpin-rakyat Islam. Kita dapat melihat satu masa dahulu tidak wujudnya pembangkang-kerajaan. Yang ada hanyalah pemimpin-pemerintah. Kedua-dua elemen saling berkait dan tidak terpisah. Rakyat sebagai kuasa pengimbang, kuasa menasihat. Pemimpin sebagai kuasa pemerintah yang berkhidmat untuk rakyat. Kedua-dua komponen ini diikat dengan kekuatan nasihat-menasihat atas dasar mahabah ( Kasih sayang). Bukan apa kebencian yang ketika ini sedang marak membakar dipersada politik tanah air.
KUASA,KEMEWAHAN BUKANLAH MENJAMIN KEMAJUAN.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah seorang khalifah yang amat terkenal. Di kalangan para ilmuan ada yang menggelarkan beliau Umar II. Beliau telah membuktikan bahawa kemajuan. Meskipun beliau hanya memerintah dalam jangka masa yang singkat. Namun ketika itu, tidak ada seorang pun yang layak untuk menerima zakat daripada Baitulmal lantaran kemakmuran yang amat sangat dinikmati rakyat ketika itu.
Kisah ini telah dicatatkan oleh Yahya bin Said dengan katanya:
“Umar telah mengutus aku ke Afrika Utara untuk membahagi-bahagikan zakat penduduk di sana. Maka aku pun laksanakanlah perintah itu. Lalu aku carilah fakir-fakir miskin untuk kuberikan zakat kepada mereka. Tetapi tiada seorangpun orang-orang yang mahu menerimanya. Umar betul-betul telah menjadikan rakyatnya kaya. Akhirnya, aku beli dengan zakat itu beberapa orang hamba sahaya yang kemudian aku bebaskan. Sungguh besar perhatiannya terhadap golongan miskin, sehingga apabila diminta sejumlah biaya yang besar untuk memperindahkan masjid, dijawabnya: “Aku lebih suka membiayakan wang itu untuk membantu fakir miskin yang sedang kelaparan daripada membiayakannya untuk memperindahkan dinding-dinding dan perabot-perabot itu.”
Abdul Halem Hapiz Bin Salihin. Timbalan Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor dalam artikelnya yang bertajuk “Pengurusan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Kemajuan Kerajaan Umayyah”(2006) menyebut bahawa terdapat tujuh kemajuan yang amat signifikan ketika zaman beliau. Tujuh perkara itu ialah.
1.Tiada pemberontakan dalaman
2.Kurang berlaku penyelewengan
3.Rakyat mendapat layanan yang sewajarnya
4.Rakyat menjadi kaya-raya
5.Baitulmal penuh dengan harta zakat
6.Tiada rakyat yang mahu menerima zakat
7.Rakyat berdikari sendiri.
Hal ini berlaku apabila pemimpin benar-benar mengisafi akan tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan hamba Allah SWT. Khalifah Umar Ibnu Aziz sendiri mempunyai dua lilin. Satunya untuk digunakan ketika urusan rakyat. Dipadamkan satu lagi dan digunakan pula lilin yang satu lagi untuk kegunaan peribadi. Lihatlah betapa berhati-hatinya beliau ketika menggunakan harta rakyat.
Beliau Berjaya membuktikan bahawa perubahan dan kemajuan dapat dilaksanakan dalam masa 852 hari
Keputusan Rakyat di utamakan.
Khalifah Umar Ibnu Aziz dilantik menjadi Khalifah bukanlah di atas kerelaan beliau. Bahkan beliau berasa sangat sedih apabila dibacakan surat wasiat Khalifah Sulaiman ibn Abdul Malik . Mengikut Wan Roslili Bt. Abd. Majid di dalam artikelnya “Umar Ibnu Aziz” mencatatkan peristiwa ketika baginda diangkat menjadi khalifah.
“Umar ibn Abdul Aziz dilantik menjadi khalifah setelah kemangkatan Khalifah Sulaiman ibn Abdul Malik. Semua rakyat dan pembesar negara berkumpul di masjid. Seterusnya, surat wasiat khalifah pun dibuka lalu diumumkan nama Umar ibn Abdul 'Aziz. Beliau benar-benar berasa terkejut lalu berkata, "Demi Allah! Ini sama sekali bukanlah permintaanku, sama ada secara rahsia mahupun terang-terangan." 'Umar segera menaiki mimbar dan berucap kepada hadirin :
"Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah dibebani dengan tugas ini tanpa diminta pendapatku terlebih dahulu. Ini bukan juga atas permintaanku sendiri dan tidak pula berdasarkan musyawarah kaum Muslimin. Sesungguhnya aku kini membebaskan saudara-saudara sekalian daripada bai'at yang terletak di atas bahu saudara semua terhadap diriku. Pilihlah siapa yang kamu sukai untuk dirimu sekalian dengan bebas!"
Lihatlah bagaimana telusnya jiwa seorang pemimpin. Yang tidak gilakan kuasa. Bahkan membiarkan nasibnya di tentukan rakyat. Baginda memberikan sepenuh kepercayaan ekpada rakyatnya. Bahkan beban amanah yang dipikulkan kepadanya menjadi azab dan kesedihan yang amat sangat kepada baginda.
Baginda kerap kali pabila selesai menunaikan solat, beliau berdoa dan menangis. Kepada isterinya, diadukan bagaimana resahnya beliau mengenangkan beban untuk menguruskan umat Muhammad s.a.w. Katanya, "Aku terfikir tentang nasib orang fakir dan miskin yang kelaparan, orang sakit yang terlantar, orang yang tidak berpakaian, orang yang teraniaya, orang asing yang menjadi tawanan perang, orang tua, keluarga yang memiliki anak yang ramai tetapi hartanya sedikit dan orang lain seperti mereka yang terdapat di seluruh pelosok negeri. Aku mengenang bagaimana Tuhanku akan menanyakan dan memintaku bertanggungjawab ke atas mereka semua pada hari kiamat kelak. Aku takut jika aku tidak dapat memberikan keteranganku."
Pemimpin adalah pendidik Rabbani.
Banyak kisah yang menunujukkan beliau adalah mpemimpin yang berjiwa murabi. Di samping menajaga dan mengutamakan kebajikan rakyat. Beliau juga tidak lupa di dalam mendidik dan melindungi keluarganya daripada api neraka. Ia sejajar dengan firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu dan diri keluarga kamu dari api neraka yang kayu bakarnya ialah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka selalu mengerjakan apa yang diperntahkan."
At-Tahrim, ayat 6
Di dalam satu kisah yang sangat mashyhur. Satu dialog di antara anak dan ayah berlaku. Dialog ini menunujukkan ketingian didikan seorang ayah dan seorang pemimpin Negara. Kisah ini berlaku ketika beliau baru sahaja selesai upacara pengebumian Khalifah Sulaiman ibn Abdul Malik .
Sesampainya di rumah, Umar pergi ke tempat tidur untuk istirahat. Tetapi belum sempat beliau membaringkan badannya,anaknya Abdul Malik datang menghampirinya. Ketika itu Abdul Malik berumur 17 tahun. Dia mengatakan, “Apa yang hendak engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?” “Oh anakku, aku hendak istirahat sebentar, dalam tubuhku tidak ada kekuatan lagi.” jawab Umar. Abdul Malik berkata lagi, “Apakah engkau mempunyai masa istirahat sebelum mengembalikan hak yang rakyat yang dirampas oleh Khalifah terdahulu ” Umar menjawab, “Wahai anakku, malam tadi aku bersengkang masa untuk mengurus pengebumian Khalifah Sulaiman ibn Abdul Malik, bapa saudaramu .Nantilah waktu Zuhur aku akan salat bersama rakyat dan Insya-Allah aku akan akan mengembalikan hak-hak rakyat kepada yang punya.” Abdul Malik berkata lagi, “Siapa yang dapat menjamin dirimu akan hidup sampai Zuhur wahai Amirul Mukminin?” Serta merta Umar berdiri, lalu mencium dan merangkul anaknya, serta mengatakan, “Segala puji bagi Allah yang telah mengeluarkan dari tulang rusukku seseorang yang menolongku dalam beragama.” Lalu beliau memeluk erat anaknya. Seketika itu juga dia memerintahkan untuk menyeru semua orang, bahwa barang siapa pernah diramaps, agar melaporkan kepadanya. Umar pun mengembalikan hak-hak yang dirampas dengan curang itu kepada yang punya.
Kembalilah rasa ber-Tuhan
Marilah kita kembali rasa bertuhan. Rasa bertuhan begitu jauh daripada diri kita. Sebagai pemimpin kita lupa bahawa segalanya adalah amanah dan tanggungjawab. Amanah kita sebagai hamba Tuhan Yang Maha Esa. dan tanggunjawab kita kepada manusia. Marilah kita kembali menyuburkan tunas mahmudah. Biarkan aliran dingin Mahabah Kasih Sayang Tuhan memenuhi setiap aliran dan ruang di antara rakyat dan pemimpin. Dan pada masa yang sama kita mengangkat ulama sesuai dengan ketinggian ilmunya. Jadikanlah Negara kita ini negara yang penuh cahya ketaqwaan. Insya-Allah sekiranya Taqwa menebal. Iman menjadi ikatan,Islam mendai pedoman,Syariat menjadi ikutan. Tidak mustahil Umar Ibnu Aziz akan lahir lagi.
Akhir sekali. Sukalah kita sama-sama menginsafi kata-kata Khalifah Umar Ibnu Aziz yang masyhur ini.
- Umar ibni Abd al-Aziz.
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Timbalan Presiden PKPIM.
No comments:
Post a Comment