Baru-baru ini negara kita telah dicemarkan dengan rusuahan di ibu kota.Ibu kota menjadi kucar-kacir dan menimbulkan Demontrasi adalah langkah terakhir yang perlu diambil oleh mana-mana pihak. Namun apa yang berlaku pada negara kita sungguh mengecewakan. Adakah benar Malaysia sudah mengalami nasib seperti di Myanmar? Ataupun Pakistan?. Secara peribadi saya berasa begitu kesal dan sedih akan keadaan ini. Bermula daripada perhimpunan Bersih. Rupanya ketika itu ada pihak yang sedang menjalankan eksperimen di belakang tadbir. Hasilnya pembangkang menjadi alat bidak catur pihak-pihak yang berkepentingan. Pada minggu perhimpunan haram Hindraf diadakan, pemimpin pembangkang seolah terlopong dan tidak sempat memikirkan apakah kenyataan terbaik yang perlu dilakukan sebagai komentar kepada perhimpunan Hindraf . Ini kerana pihak politik tersepit didalam percaturan mereka. Demi untuk meraih sokongan politik, pihak politik sanggup menghalalkan cara demi untuk mencapai matlamat. Tidak lagi di atas prinsip demi menegakkan kebenaran dan keadilan. Jelas demontrasi adalah cara yang paling terkebelakang di dalam demokrasi.
Pihak-pihak yang cuba menangguk di air yang keruh mengambil kesempatan hasil kejaayan perhimpunan Bersih. Mengapa kita menjadi begitu tertekan untuk meraih kuasa?. Sedang kita kita tidak menyediakan alternatif terbaik sebagai pilihan kepada rakyat. Sehingga kini secara peribadi saya tidak melihat alternative terbaik yang ditunjukkan oleh barisan Alternatif. Yang ada hanyalah demokrasi kebencian,penuh dendam dan cacian. Sedangkan dalam negara yang sedang bergerak maju , hujah dan alternatif intelektual diperlukan. Demokrasi semangat-semangatan telah lama berlalu.
Mengapa politik Malaysia tidak balajar daripada politik antarabangsa? Sebagai contoh Turkey dan Australia. Pada tahun ini kedua-dua negara telah dimenangi oleh pihak bukan kerajaan.Di Australia Parti Buruh pimpinan pembangkang, Kevin Rudd, memenangi Pilihan Raya Umum Australia , sekali gus menamatkan pemerintahan 11 tahun kerajaan konservatif diketuai oleh bekas Perdana Menteri, John Howard. Manakala di Turkey pula parti AKP pimpinan Recep Tayyip Erdogan telah memenangi pilihanraya pada Julai dahulu sekaligus mengenepikan parti-parti sekular yang lain. Adakah kita tidak belajar daripada dunia antarbangsa.
Untuk memikat hati rakyat bukanlah dengan kita menyebarkan hasutan dan kebencian. Siapa yang dapat menafikan bahawa Malaysia adalah negara yang aman dan kemajuannya konsisten. Mungkin benar ada kekurangan di sana sini namun bukanlah dengan cara kita merosakkannya lagi dengan kekacauan seperti demontarsi Haram baru-baru ini.
Alternatif yang boleh diberi pembangkang mungkin dalam bentuk pendidiakn alternatif yang bertaraf global. Pembangkang juga mungkin dapat memperhebat aktiviti berbentuk kebajikan. Ini adalah antara cara untuk memikat hati rakyat. Sebagai contoh antara faktor kemenangan parti AKP ialah keyakinan rakyat Turki terhadap usaha jangka panjang Recep Tayyip Erdogan untuk memajukan Turki. Ia termasuk usahanya untuk membawa Turki menggangotai Kesatuan Eropah (EU). Jika ia menjadi kenyataan, Turki akan mendapat peluang perdagangan yang lebih luas untuk menjana proses pemulihan ekonominya. Ini sekaligus membuka lebih peluang pekerjaan kepada penduduk Turki.
Di Australia pula, parti Buruh pimpinan Kevin Rudd menawarkan rencana revolusi pendidikan , Rudd menawarkan rencana revolusi pendidikan. Rudd akan menginvestasikan kurang lebih satu setengah juta dolar pada setiap sekolah menengah di Australia. Ada lebih kurang 2.650 sekolah menengah di Australia, di setiap sekolahnya pula akan dibangun pusat latihan perniagaan (trade training center). Rudd juga menjanjikan akan adanya 50% pengembalian cukai pendidikan (education tax refund) untuk membantu keluarga yang kurang mampu dalam mengakses fasiliti pendidikan.
Lihat bagaimana sikap seorang pemimpin yang berpandangan jauh demi kemajuan rakyat.
Kuasa bukan sekadar kemegahan, kuasa mentadbir negara adalah kuasa yang semata-mata. Ia adalah begitu ruwet sekali untuk ditangani.
Kepada Mahasiswa, usah kita terperangkap dengan permainan bidak-bidak catur politik ini. Kemahiran kita untuk menguasai intelektual tanpa emosi sangat penting. Usah menjadi alat bagi pihak yang suka mengangguk di air yang keruh.
Seluruh rakyat Malaysia usah terpedaya dengan pihak yang begitu cemburukan akan kemajuan dan keamanan Malaysia. Musuh utama kita adalah perpecahan dalaman. Mahukah kita menjadi seperti Iraq atau seperti Bosnia pada masa yang lalu?.
--
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
L28 Kolej Tun Husein Onn
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Bahru
No comments:
Post a Comment