Friday, October 5, 2007

Pilihan Raya Kampus Medan Terbaik Subur Demokrasi.

Pilihan Raya Kampus Medan Terbaik Subur Demokrasi.

Pilihanraya kampus (PRK) baru sahaja melabuhkan tirainya. Meskipun ada universiti yang tidak menamakannya sebagai “pilihanraya” sebaliknya hanyalah menggunakan istilah “Pemilihan”,namun pemilihan wakil pelajar tetap telah berjalan. Saban tahun meskipun kerap kali kita membangkitkan usah ada pelabelan dikalangan Mahasiswa. Namun istilah “Pro Pembangkang,Pro Kerajaan, Pro Aspirasi, Pro Mahasiwa” tetap juga menghiasi laporan-laporan akhbar tempatan. Ini menunujukan gejala tidak sihat campur tangan pihak poilitik luar masih memperalat Mahasiswa yang kebelakangan ini sudah hilang akan karismanya sebagai mahasiswa.

Dalam laporan akhbar juga memperlihatkan beberapa kampus yang menunujukkan kemerosotan pelajar yang membuang undi. Tujuh IPTA yang mengalami kemerosotan jumlah pengundi ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Selain itu, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Kemerosotan pelajar yang keluar mengundi adalah sebagai simbol merosotnya budaya dan kefahaman demokrasi di kalangan pelajar. Namun begitu pelajar tidak pula wajar diletakkan di kandang pesalah sebagai mereka yang bersalah apabila mereka tidak membuang undi. Senario ini berlaku adalah hasil budaya IPTA itu sendiri yang dilihat gagal untuk mencorak budaya demokrasi yang sihat.

Adakah benar seperti laporan akhbar yang menyatakan bahawa ada universiti yang meningkat peratus pelajar yang keluar mengundi adalah kerana gerakan aktif calon bertanding memanfaatkan sepenuhnya tempoh berkempen selama enam hari untuk meraih sokongan pelajar. Serta adakah benar calon rata-rata bersikap matang dan profesional. Adakah calon-calon ini menjadi pilihan majoriti jelas kelihatan berkaliber, secara langsung berjaya menarik minat pelajar mengundi ataupun mereka ini calon yang bernasib baik dipangkah oleh pelajar yang keluar mengundi.Adakah semua ini benar terjadi?

Hampir seluruh warga IPTA yang berjumlah lebih kurang 60,000 di hampir 20 IPTA seluruh negara pasti menyatakan bahawa mereka gagal untuk merasakan bahang pilihanrya kampus pada 2 Oktaober yang lalu. Yang kelihatan di seluruh kampus hanyalah poster hitam putih sahaja. Poster hitam putih yang sudah pastinya tidak menarik perhatian. Tanpa ada kempen, tiada pengucapan awam, tiada objektif yang jelas daripada calon. Hasilnya kebanykan pelajar hanya akan menanda calon-calon yang tidak mereka kenali itu dengan berdasarkan “rupa” yang mungkin ada sedikit didalam boring pengundian. Menjadi wakil pelajar bukanlah sekadar kita menjual produk dengan mengedarkan beribu-ribu poster dan pamplet. Masyarakat mahasiswa mahu melihat apakah yang akan manfaat yang akan diterima pelajar jika mengundi calon itu.Calon-calon dilihat gagal untuk memperlihatkan kekuatan intelektual mereka kerana tidak ada langsung sekurang-kurangnya diskusi ilmiah di antara calon-calon yang hanya muncul ketika pilihanraya ini. Yang ada mungkin akan masuk ke bilik kuliah, memperkenalkan namanya dan meminta pelajar untuk menyokongnya tanpa membawa mesej,menifesto dan misi yang jelas. Adakah menjadi calon pilihanraya kampus sama seperti menacalonkan diri untuk menajdi calon ketua kelas. Jelas menunujukkan ketidakmatangan calon, tidak berkaliber dan langsung tidak menarik perhatian sebenarnya.

Selain itu para pelajar juga gagal melihat kewibawaan calon. Calon-calon ini kebanyakannya hanya hadir ketika pilihanraya sedangkan sebelum ini tiada siapa tahu akan kewujudannya di bumi kampus. Harus bagaimanakah calon-calon ini mampu menjadi suara pelajar?.

Adakah kita benar serius untuk menerap budaya demokrasi di IPTA sehingga kita perlu memberi gula-gula atas nama demokrasi untuk menarik perhatian pelajar untuk keluar mengundi seperti menyediakan hadiah cabutan bertuah kepada pengundi seperti tiket penerbangan ke Pulau Langkawi dan juga telefon bimbit. Malah mahasiswa juga telah diberitahu oleh pihak pentadbiran melalui e-mel untuk di ambil tindakan sekiranya tidak membuang undi.Adakah kita mahu generasi muda hari ini diterapkan budaya sogokan dan ketakutan?. Pada hemat saya ini amatlah berbahaya kepada generasi muda yang akan memimpin negara pada masa hadapan. Sekiranya budaya sogokan dan ketakutan terus diterapkan, Iklim yang tidak sihat jelas tidak selari dengan aspirasi kerajaan untuk kita melahir rakyat dan modal insan yang berintegarsi,berdaya saing dan berkahlak mulia.

Demokrasi yang sihat perlu kembali segar dan subur dibumi kampus. Demokrasi,hak
memilih adalah hak individu.Di dalam petikan Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika 1776 yang terkenal ada menyebut bahawa “Kita percaya bahawa kebenaran ini terkelas dengan sendirinya bahawa semua manusia adalah sama, bahwa mereka dikurnia oleh penciptanya dengan hak-hak tertentu yang tidak boleh terlucut seperti hidup, kebebasan, dan mencapai kemerdekaan.” Oleh itu hak memilih dan kebebasan perlu diberi jalan yang luas dan telus.


Soal kepimpinan juga adalah satu soal yang sangat serius. Pengalaman saya sebagai pelajar acapkali melihat pimpinan pelajar gagal membawa suara mahasiswa yang diwakili mereka. Bolehkah kita melatih bariasan MPP ini menjadi wakil pelajar yang turun kepada masyarakat Mahsiswa.Kita kesal apabila kebanyakan pemimpin pelajar yang berjaya memenangi pilihanraya kampus ini kelak gagal berjiwa besar membawa suara mahasiswa. Terlebih dahulu mari kita melihat apakah yang dimaksudkan perwakilan.Menurut Alan R.Ball di dalam bukunya Politik dan Kerajaan Moden menjelaskan beberapa fungsi demokrasi dan perkara-perkara yang melengkapkan erti demokrasi moden. Pertamanya ialah tentang perwakilan. Beliau menyatakan bahawa perwakilan adalah mereka yang dipilih dalam pilihanraya yang mewakili kepentingan, sikap dan nilai bagi sesebuah pihak. Secara umumnya pilihanraya dalah proses untuk memilih perwakilan yang akan mewakili pihak berdasarkan kepentingan, sikap dan nilai bagi pihak itu.

Perkara ini wajar di ambil perhatian oleh perwakilan yang telah memenangi pilihanraya kampus baru-baru ini.Kemenangan mereka bukanlah satu kemegahan untuk duduk dikerusi MPP. Tetapi ini semua adalah amanah dan tanggungjawab.

Masalah PTPTN yang tidak sudah-sudah,masalah ketagihan dadah,masalah ketinggalan anak melayu dalam pelajaran, masalah pergaulan luar batasan, perkongsian rumah antara pelajar lelaki dan perempuan muslim, kelahiran anak luar nikah,masalah peniruan, masalah komposisi jantina yang tidak seimbang, masalah tidak solat, masalah pelajar termiskin, masalah disiplin pelajar,masalah menyesuaikan diri, masalah pengangguran, masalah buta al-quran, tidak mampu menguasai bahasa Inggeris adalah antara masalah yang melatari warna-warna mahasiswa ketika ini. Ini adalah sebahagian kecil tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul oleh calon-calon yang menang.

Mungkin juga benar pilihanraya kampus hanyalah pelengkap takwim universiti sekiranya usaha untuk benar-benar melahirkan pimpinan Negara pada masa akan datang di pandang enteng. Usah di bawa calon-calon yang menang pada pilihanraya ini melancong keluar Negara seperti yang berlaku pada tahun lepas. Kerana Pak Natsir pejuang kemerdekaan Indonesia pernah berkata. Pemimpin yang terbaik bukanlah lahir daripada mereka enak duduk dikerusi empuk bilik kuliah yang berhawa dingin, tetapi pemimpin yang terbaik adalah mereka yang lahir di tengah-tengah kecamuk masyarakat. Bawalah pemimpin-pemimpin ini masuk ke kampung-kampung di pedalaman. Agar mereka terbuka minda bahawa masih ada lagi rakyat yang perlu dibela kerana kemiskinan meskipun negara kita telah 50 tahun kemerdekaan.Biar mahasiswa menyingkap tirai tirani yang masih membelengu masyarakat. Berjasalah kepada masyarakat. Khidmat kepada masyarakat bukanlah dengan menajdi anak angkat kepada penduduk kampung kerana ini akan menyusahkan ibu dan ayah angkat. Tetapi kitalah yang membantu dan memipin masyarakat..

Mahasiswa bukanlah mereka yang menetang kerajaan, tetapi mahasiswa perlu menjadi rakan pembangunan masyarakat. Melahirkan idea-idea yang kritis dan memberi manfaat kepada negara.Ini kerana,waktu menjadi Mahasiswa adalah waktu terbaik untuk kita melatih diri kita sebagai pemipin masyarakat sebelum kita terjun ke tengah masyrakat yang sebenar. Hidup Biarlah Berjasa

Penulis ialah :
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi


Rujukan

Politic and Modern Government
Alan R.Ball
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993

No comments: