Krisis Myanmar,Rakyat Menjadi Mangsa Dasar Berat Sebelah Order Baru Dunia.
Oleh:Sdr Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Seluruh dunia kini sedang memerhatikan Myanmar. Salah sebuah negara Asean yang kini sedang huru-hara dan kekacauan.Rakyat bangun di jalanan untuk menentang pemerintahan kuku besi selama 45 tahun tentera di bumi Myanmar. Pihak junta Tentera telah melakukan rampasan kuasa pada tahun 1962yang diketuai oleh General Ne Win.
Sehingga kini, seluruh alat komunikasi dengan dunia luar disekat oleh rejim tentera terhadap rakyat Myanmar yang sudah memang tersisih daripada dunia luar semenjak rampasan kuasa tentera 45 tahun dahulu. Capaian internet disekat, manakala hubungan telefon tidak menyeluruh.Semalam, Sabtu 29 September ,PBB (yang memang sudah hilang fungsinya) telah menghantar Setiausaha Rendah PBB Untuk Hal Ehwal Politik, Ibrahim Gambari ke Myanmar.Dengan harapan dapat merungkai “sedikit” keadaan. Namun demikian ,ini bukanlah kali pertama PBB berbuat demikian.Sudah berpuluh-puluh kali dialog cuba diadakan. Namun ia gagal membuahkan hasil.
Sehingga hari juga rejim Tentera telah menidakkan hak demokrasi bagi Myanmar. Daw Aung SanSuu Kyi(gambar), pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang memenangi pilihan raya umum pada 1990 telahdinafikan kemenanganya oleh junta tentera. Mereka menghalang pemimpin wanita itu daripada memegang jawatan Perdana Menteri dan meletakkannya di bawah tahanan rumah sejak itu.Pilihanraya 1990 telah menunujukkan sikap sebenar rakyat Myanmar. Ini menunjukkan mereka bukanlah setia kepada kerajaan tentera, Namun mereka sebenarnya hidup dalam ketakutan dihujung senapang dan peluru tentera.
Demonstrasi pada kali ini bukanlah yang kali pertama berlaku. Pada tahun 1988 Ko Aung Htun, seorang Muslim dan juga ahli jawatankuasa pusat Kesatuan Pelajar Seluruh Burma(All Burma Federation of Student Unions) telah mengetuai demontarsi rakyat memprotes kerajaan Tentera Myanmar itu. Meskipun atas faktor membantah kenaikan harga beras. Namun Tentera terus bertidak ganas dan zalim.Demontarsi pada tahun 19988-90 ini diakhiri dengan beribu-ribu aktivis pro-demokrasi telah dibunuh kejam.Beribu-ribu lagi meninggalkan Myanmar kerana bimbang nyawa terancam.
antara kuasa,kekerasan tentera,lelaki dan perjuangan lembut,rakyat,wanita.
Dasar Order Baru Yang Tidak Adil
Negara itu terus bergolak pada hari ini.Para penunjuk perasaan mengadakan bantahan setiap hari sejak beberapa hari lalu, dilaporkan oleh media bahawa sekurang-kurangnya sembilan penunjuk perasaan terbunuh apabila polis dan tentera bertindak keras meleraikan bantahan itu. Seluruh dunia mengecam,meminta rejim tentera tidak menggunakan kekerasan. Namun apakan daya. Dasar order baru dunia sememangnya tidak adil. Apalah yang ada pada Myanmar yang satu masa dahulu dikenali dengan Burma. Dasar order baru dunia sememangnya hanya akan memenangkan yang kuat dan yang kaya. Dasar order baru dunia hanya akan terus memenangkan yang kaya dan mengkubulurkan,memiskinkan lagi yang papa kedana. Apalah yang ada pada Myanmar untuk dibantu bersungguh-sungguh.
Myanmar adalah salah sebuah negara yang termiskin didunia.Kebanyakkan daripada mereka berpendapatan kurang 1 Dollar sehari. Sumber daripada Bank Pembangunan Asia (ADB) menunujukkan hampir 22.9 peratus atau 11.7 juta orang penduduknya tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas hariannya. Laporan daripada Bank Pembangunan Asia ini juga menunjukkan bahawa Myanmar tidak mempunyai kemudahan asas lain yang mencukupi seperti pendidikan dan kesihatan. Mungkin atas sebab inilah seluruh dunia hanya pandai berkata-kata tanpa ada pendekatan yang lebih signifikan. Myanmar adalah negara yang miskin. Ini berbeza dengan Iraq. Bermilion-milion Dollar US boleh dilaburkan untuk menceroboh negara berdaulat Iraq. Beribu-ribu nyawa rakyat Amerika yang bertugas sebagai tentera sanggup dikorbankan demi negara ini. Ini kerana Iraq adalah antara penyumbang utama minyak kepada dunia. Inilah wajah berat sebelah dunia barat yang sedang mengekkankan hukum rimba di dunia ini. Yang Menang Kaya Raya, Yang Miskin Papa Kedana.
Sampai setakat ini. ASEAN juga tidak mampu berbuat apa-apa. Menteri Luar 10 negara anggota Asean yang bermesyuarat di PBB di New York hanya menyuarakan rasa kesal kerana kekerasan digunakan tentera terhadap penunjuk perasaan Myanmar dan menggesa Yangon menghentikannya. Menteri Luar Asean memaklumkan pendirian mereka itu kepada rakan sejawatan dari Myanmar, Nyan Win atas perkembangan di negaranya.
Tekanan ekonomi kepada Myanmar hanya menambah penderitaan rakyat Myanmar. Bukanlah rejim tentera pimpnan Than Shwe. Pemimpin tentera Myanmar.
Mengapa kita perlu ambil peduli.
Rakyat Malaysia perlu perihatin. Terutamanya umat Islam. Mungkin kita terlupa di sana ada saudara kita yang telah lama ditindas dan ditekan. Kajian daripada Institut Kajian Asia Tenggara(ISEAS) yang dibuat oleh Bruce Mathews, Fello Pelawat ISEAS menyebut bahawa di Myanmar 13(6.5 juta) peratus daripada rakyatnya adalah bergama Islam.Mereka adalah terdiri daripda sebahgaian besarnya adalah bangsa Ronghinya. Menurut kajian in lagi, lebih separuh mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar. Mereka menjadi manusia tanpa negara.Ini berikutan undang-undang ketat kewarganegaraan 1982 yang mahu sesiapa yang mahu menjadi warganegara Myanmar perlu membuktikan bahawa keturunan mereka atau datuk,nenek,ayah,ibu mereka telah hidup Myanmar(Burma) sebelum Peperangan Pertama Anglo-Burma 1824. Syarat kewargengraan yang ketat dan ini menyebabkan bangsa Rohingnya gagal menunjukkan dokumen-dokumen yang sah.Mereka hidup dalam keadaan dauf sendiri. Menjadi pelarian di negara sendiri.Dinafikan hak kebebasan.
Kanak-kanak muslim Ronghinya
Lebih daripada dua dekad mereka ditekan dengan teruk. Ketika kita disini berbuka puasa dengan lazatnya. Mereka disana sentiasa hidup dalam ketakutan. Usaha dunia memulaukan mereka membuatkan rejim ganas tentera ini terus menjalankan pemerintahan kuku besinya dengna bermaharajalela. Kebangkitan rakyat di sana bukan semata-mata sami-sami yang mengetuai bantahan itu. Tapi ia lahir daripada dasar kemanusiaan. Hak asasi mereka ditindas. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu prihatin.
Muslim Myanmar adalah minoriti yang ditekan.
Rakyat Myanmar adalah manusia seperti kita. Yang dahagakan kedamaian,kebebasan dan jauh daripada ketakutan.. Kita sewajarnya tidak bergantung dan berharap kepada barat. PBB sudah hilang fungsinya apabila amerika menggunakan dasar uniteralnya meceroboh Iraq. Sesungguhnya terlalu banyak krisis didunia ini tidak ditangani dengan adil. Isu Myanmar menunujukkan dasar sebenar barat. Order Baru dunia yang jelas tidak adil dan kejam. Mereka hanya akan menjaga kepentingan negara mereka sahaja.
Rujukan.
Ethnic and Religious Diversity:Myanmar’s Unfolding Nemesis,
Bruce Matthews,
ISEAS 2001
ASIAN DEVELOPMENT BANK
Economic Update Myanmar 2001
The Politics of State-Business Relations in Post-Colonial
Burma
Kyaw Yin Hlaing
Ph.D. dissertation. Cornell University, 2001.
Myanmar1998 Crackdown on Students: Imprisoned for Writing a History of the Student Movement
Amnesty International,March 2005
Myanmar in Economic Transition :
Constraints and Related Issues Affecting
the Agriculture Sector
Tin Soe
Yangon University of Distance Education, Yangon, Myanmar
Akhbar-akhbar harian Malaysia.
Penulis ialah:
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Timbalan Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
820724075141
Suite 212, Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur
firdaus_khairi23@yahoo.com
firdaus@pkpim.net
013-2813247
03-61879520
No comments:
Post a Comment