Kalaulah kerana rupa..kita menilai.
Kalaulah kerana rupa kita menduga,kerana harum padma kita merasa..lalu kta mahu melantik bintang-bintang langit di jumantera. Pastilah kita memangkah madu`-madu` yang baru mengenal dakwah. Hanyalah kerana kesalahan yang pernah terjebak. Kita memandang hina di dalam hati kita. Meskipun rupa kita memancar seri wajah yang palsu di hadapan mereka. Mengapa kita yang dikurnia Ilahi berada didalam lingkungan bi`ah solehah ini memandang hina mereka? Tidakkah mereka insan yang dikurnia Ilahi kesedaran hidayah untuk kembali ke pangkal jalan ,jauh dalam sudut sanubari kita kita memandang mereka hanya layak menjadi pengikut sahaja.
Mereka bukanlah yang daripada menara gading berjudulkan Islam. Bahkan mereka bukanlah sekali daripada kuliah pendidikan Islam. Lalu kita menjadi begitu parokial. Sedangkan telah puas ku cai mereka daripada judul judul mulia itu untuk diambil prasetia..Namun mereka ini lah yang begitu banyak benar alasannya dan banyak pula bicaranya.Lantas mereka langsung tidak berbuat apa-apa.
Aku hanya mahu bersenandika pada malam ini. Mengenangkan apa yang kian berlaku. Bertambah ruwet dan cerewet. Terasa kalbu ditusuk sikari.
Iya,semendarasa tidak mungkin menjadi mawar. Hanya mawar yang bisa bersama mawar.Sambil dikawal setia oleh sang senapati bersenjata sikari. Mawar-mawar hanya akan bersama mawar tanpa peduli semedarasa semenjana semendarasa sahaja yang telah melafaz prasetianya.
Oh..aku tak faham..kaca mata dakwah mana yang kita pakai. Tidak terkesan oleh mahabah dan maruah.Di mana ukhwah?
Plastik belaka.
Bagaimana ya. Bilal Bin Rabah yang gelap itu bisa menjadi sahabat Baginda yang mulia. Adakah baginda memandang rupa?. Bahkah beliau dimulia baginda. Adakah kaca mata dakwah dipakai, melihat rupa dan tingkah laku? Kalau serong gerak langah sahabat kita? Adakah kita meninggalkannya tanpa kita memberinya pilihan. Adakah itu dinamakan dakwah.
Andailah kerana kelakuan dan sejarah silam yang menjadi ukuran. Pastilah Saidina Umar tidak layak diangkat menjadi khalifah Islam. Tidakkah beliau antara yang paling kuat menentang Islam?. Kalaulah itu yang menjadi ukuran……….
Teman-teman, kita ini bukan insan yang kamil. Yang bersih dari dosa.
Usahlah kita terlalu berasa begitu. Usah kita berasa begitu terkesima daripada mana universiti kita datang, daripda mana fakulti kita datang..andai kuliyah jiwa kita belum benar-benar kudus dan mulus. Daripada mana kalian datang bukanlah ukuran.
Untunglah kalian yang tidak pernah terjebak didalam jebak dunia. Punya teman-teman yang begitu cukup sifat dan rupa. Begitu sakinah di dalam bia`h yang sentosa.Sentiasa dilingkung guru dan ulama.Tidak seperti kami yang naïf dan kurang segalnya.
Kami ini
hanyalah manusia yang mahu kembali kepada eka arah. Iya kamu tak punya ilmu.Kami kurang segalanya. Tapi kami tidak menajdi intelek yang kesombongan. Kami punya hati yang rendah yang tidak mampu bersangka buruk. Kami dengar daripda kalian untuk bersangka baik..namun apa hal keadaan.
Kalaulah rupa dan teladan yang menjadi ukuran. Tak layaklah hamba Tuhan untuk merindui syurga idaman.
Mujurlah Ilahi Maha Adil.
Ku bersyukur punya Tuhan Yang Maha Esa.
Yang tidak memandang pada rupa dan kelakuan.
Tetapi menilai hati,persaan insan atas pandangan belas kasihan.
Dan hamba yang dikasihi Tuhan,
Adalah mereka yang penuh jiwanya dengan ketaqwaan.
Di akhir senandika ini. Aku terpaku..benarkah kita berdakwah dengan kacamata dakwah atau kacamata pelastik?
Iya..bukanlah semua kalian begitu..tetapi ada diantara kalian yang bersikap begitu. Mungkinkah kitalah empunya onar yang membuat madu` rentan apabila bersama kita?
Kalaulah kerana rupa..kita menilai.
No comments:
Post a Comment