Carilah erti
Aku hanya mesosfera
Mengapa kita begitu angkuh dengan apa yang kita ada.
Mengapa kita melukakan,
Mengapa kita mencederakan,
Mengapa kita penting diri,
Mengapa kita lupa perasaan orang lain,
Mengapa kita begitu mahu mengekalkan legasi kita,
Sedikit nuansa tak diendah.
Lantas kita menghunus cenderasa kita,
Membunuh satu pasukan lagunder pejuang,
Lalu kita dihinggap megalomania yang kritikal,
Megakitar akal menjadi begitu pantas,
Sehingga memanaskan pemproses,
Mujur masih belum rosak,
Sampai bila kita mahu menyaksikan melodrama plastik ini.
Lalu kita juga dihinggap melankolik,
Tak berjumpa pula dengan melankolia,
Harum narwastu tak berhidu,
Yang ada hanya nasar yang berterbangan mencari sisa
Sisa-sisa saudara yang kita kecaikan,
Kita mendabik dada menjadi narapati di pancapersada,
Hentikanlah narsisme
Aku lihat engkau begitu narsistik,
Aku mencari nilakandi,
Untuk kuhadiahkan dalam persaudaraan,
Aku terlalu nian melihat erti saudara,
Adakah yang tinggal hanya kenihilan.
Usahlah kita menjadi pancalonngok dalam persaudaraan,
Kelak usai menjadi pancakara
Marilah kita jalin kembali persaudaraan kita,
Dengan kita menghapus narsisme yang parah ini.
Kau
Aku minta maaf,
Kalau aku tidak bagitahu sekarang,
Aku nanti jadi melankolik,
Engkau nanti jadi megalomania,
Bolehkah kita hanya ada
Ekahala.
Ekapaksi.
Semoga kita semua mampu introspektif,
Bukan hanya introvensi.
No comments:
Post a Comment