Thursday, September 6, 2007

INTELEK YANG KESOMBONGAN.

INTELEK YANG KESOMBONGAN.

Kesombongan dan kebangaan ada punya perbezaan dari segi rasa. Kesombongan itu menjadikan diri begitu angkuh dan mengangkat darjat akal menjadi darjat pangkat khayal.

Sayang diri atau self-esteem pula adalah semangat sayang apada diri. Ini bukanlah termasuk dalam peringkat ujub. Sayang diri atau self-esteem adalah motivasi dari dalam diri untuk menggerakkan diri sendiri.

Buya Hamka dalam bukunya “Peribadi” ada menulis bahawa “Tawaduk” itu bukanlah semata-mata merendah diri sehingga tida bisa nampak pandangan hadapan. Tetapi “Tawaduk” itu ialah merendah diri pada tempat dan ketika yang sesuai dan “Izzah Diri” pada tempat dan ketikanya.

Kita perlu merendah diri ketika solat. Ketika kita sedang menyembah pada yang Maha Esa.(Sembah Yang Maha Esa). Kita perlu menghinakan diri sesuai dengan kita ini Hamba. Juga merendah diri dihadapan guru ( Guru Yang Benar ) kerana sedar kekurangan Ilmu (Ilmu Yang Benar).

Tetapi kita perlu Izzah Diri di ketika yang sesuai. Mana mungkin kita bersikap “ Tak Mengapalah…” ketika saat waktu agama sedang dikeji. Ketika orang sedang berbahas…kita bersikap tak mengapalah juga. Adakah sedang kita ditemudga..

“Apa kelayakan kamu?”…” Saya biasa biasa sahaja encik”.. Adakah ini jawapan nya.

Merendah diri dan Self-esteem adalah dua perkara yang perlu seimbang. Jika tiada langsung self-esteem (Saya lebih suka meggunakan perkataan “Sayang Diri” untuk memudahkan kehadiran makna pada pembaca). Kita akan menjadi hina diri. Hidup tak berperinsip. Sayang diri bukanlah dalam maksud ujub sehingga membawa seseorang itu kepada khayal dengan diri sendiri tentang diri sendiri. Walhal itu semua anugerah Tuhan. “Sayang Diri” ialah bersyukur dengan nikmat yang dikurnia dan digunakan “SESUNGGUHNYA” pada tempat,perbuatan dan waktu yang betul.

Namun kebelakangan ini umat Melayu sudah lupa pada banyak pepatah Melayu. Pepatah Melayu,Peribahasa dan Simpulan Bahasa adalah metodolgi pendidikan bagi bangsa Melayu yang tinggi budi pekertinya. Kadangkala kita ketawa “Mr Karam Singh Walia TV3” menyebut pepatah. Namun kita lupa. Dia bukan sengaja membuat hal itu dengan hal suka-suka tetapi untuk mendidik dan mengajar rakyat Malaysia.

Begitulah sifatnya “Perasaan” kita orang Melayu. Orang Melayu begitulah hal. Hikmah untuk menasihati atau menegur kena penuh adab dan sopan. Kerana kita orang Melayu bukan bangsa yang suka menengking-menengking. Kerana orang Melayu itu adalah bangsa yang tinggi budi pekertinya.

Beberapa potongan kiasan dan bidalan daripada Usman Awang dalam bingkisan sateranya yang terkenal tentang Melayu.

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan


Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Mari kita berbalik pada objektif. Mungkin tentang pendidikan dan akal budi Melayu kita perbincangkan kemudian.

Namun yang menjadi pokok perbincangan disini ialah ada dikalangan “Kita” ini telah lupa pada bidalan ini.


“Ular menyusur akar takkan hilang bisanya”

Kerana ada dikalangan kita ini cukup ego dan sombong dengan Ilmu yang ada.(Berilmukah Kita,mengikut fahaman penulis dari Prof Syed Naquib Al-Attas. Ilmu itu adalah kehadiran makna dalam jiwa seseorang dimana Allah SWT menjadi sumber Ilmu) Sombong dengan pengetahuan yang ada sehingga ada dikalangan kita bias mencemuh orang-orang yang belum sampai akan pengetahuannya. Ada di kalangan “Kita” mendabik dada bahawa akulah yang terbaik. Kita lupa ini semua adalah anugerah. Bukan milik kita. Lantas kita tercabut sifat “Tawaduk”

Pepatah Melayu lagi.

“Ikut Resmi Padi, Semakin berisi Semakin Tunduk”

Sedihkan.

Yang Paling Sedih ada orang yang sombong dengan …. “ah ..aku daripada univerersiti antarabangsa”.. Pelik sungguh orang yang berperasaan sebegini. Dengan universiti mana dia menajdi kesombongan.

Kesian orang-orang yang macam saya. Dahlah kurang berilmu. Nak mendekati Ilmu, banyak benar pula intelektual yang dihinggapi penyakit kesombongan. Kesiankan.

Tetiba penulis teringat akan kata-kata ini.

“It Doesn`t matter what people say what should you be. More important is how you want to be.”

Buya Hamka ada menyebut ..

Dalam buku Pandangan Hidup Muslimnya

“Jangan dinantikan batu dengan batu. Sebab keduanya akan hancur. Jangan ditangkis kemegahan akal dengan kemegahan akal pula. Keduanya akan bertemu jalan buntu. Barat telah muflis (akal budi) kerana tamadun yang semacam itu.”

Semoga aku,kawan-kawan ku,teman-temanku dan pembaca sekalian ..jauh sekali daripada menjadi

INTELEKTUAL YANG KESOMBONGAN.

No comments: