Sunday, August 12, 2007

Ayuh Saudara Ku.



Tidakkah kita cuba memahami orang lain. Adakah kita benar kenal dangan saudara jemaah kita ? Kita sering ungkit-mengungkit. Kita sering berasa kita ini baik dan tidak keterlaluan menganggap kita paling hebat. Kita berani bersuara dari luar, Bila ditanya siapa yang bertanya tu?

Di jawab “Tak mengapalah..adalah orang itu.”

Adakah orang yang bertanya itu sudah bertanya pada orang dianggapnya punca masalah? Adakah dia tak tahu berat hati dan berat rasa dalam hatinya orang yang dikritiknya itu?. Adakah dia ingat bahawa orang sengaja mahu melakukan salah itu ?

Aduh..

Itulah manusia yang sering menunding-nunding kesalahan orang lain. Kritiknya dari luar..Eh ..terasa seperti mengumpat,ghibah.

Teman-teman,

Daku mahu engkau berani…bukan penakut.Bukan dengan menyampaikan tegur pada pihak ketiga keempat atau kelima belas.Kemudian baru sampai ke telinga orang dikritik Kerana daku tak mahu engkau terus menjadi penfitnah. Daku mahu memberi penjelasan.

Oh…ada manusia itu ,pandai kritiknya diluar.

Bila diberi amanah… “Eh ..tak mengapalah,saya tak layak”…Habis tu ..buat apa asyik kritik tanpa ada sikap kita nak membetulkannya.

(Mungkin dia sebenarnya penting diri ,tak mahu Bantu jemaah)

Teman-teman,

Silalah ke depan,Jangan menyorok disebalik selimut tebal warna putih itu.

Teman-teman,

Tak ada manusia yang sengaja mahu melakukan salah. Lihatlah sirah

Seorang wanita berani menegur kesilapan Khalifah Umar R.A. Bukan sampaikan dari mulut ke mulut. Inilah syarak.

Emhh…

Kami rakan pimpinan ini berbuat yang terbaik yang termampu. Apa yang engkau buat kat luar tu, menyorok dibalik gerbang kampus. Sekali sekala keluar dan bising..tapi tak tahu siapa..lalu lalu menebarkan bibit-bibit nanah dalam saf jemaah.

Suruh mengaji ,engkau tak mahu, Suruh bersih hati datang kuliah…banyak alasan.

Daku juga seperti kamu dahulu..menasihati dan menegur pimpinan. Tapi bukan dari jauh.jauh…jauh…

Tapi aku tidak lari …

Kerana cintaku,rohku untuk jemaah dan Islam tercinta ini. Daku sedaya upaya tidak mahu berkata apa yang aku tidak berbuat. Dan disini terpacak aku untuk melaksanakan amanah.

Jadi apa yang engkau buat diluar sana tu. Jangan melaung-laungkan ukhwah sedangkan daging saudara sendiri kita sedang ratah dengan lahapnya.

Oleh itu..andai benar engkau cinta agama…jangan menyorok di sebalik selimut putih itu …Jangan menikus..

Daku cabar untuk dikau menyahut seruan jihad..berjuang di jalan Allah. Sama-sama kita membetulkan keadaan.

Teman-teman..daku tidak marah..tapi daku mahu kalian menjadi orang berguna.Mungkin daku juga tidak cukup berguna seperti yang kalian mahukan..

Daku juga tak mahu dikau ingat kami ini cukup masa dan tenaga untuk melakukan yang paling sempurna. Jangan cakap belakang..kita ini saudara.Sama tauhid kita. Sama iman kita..

Opss.sebelum aku mengakhiri goretan dan corekan atau pun contengan ini.,,daku teringat sebuah kisah..

Saidina Ali KWJ pernah ditanya..mengapa pada waktu pemerintah khalifah Saidina Ali KWJ keadaan menjadi huru hara..tidak sebagus pada waktu awal zaman Khalifah Ar-Rasyidin..Lalu di jawab oleh beliau..

“Kerna zaman ini ada ramai orang macam saudara..pada zaman lalu ramai orang macam aku”

Tanya diri…koreksi diri…ayuh kawan

Dan aku juga..

Ini.yang di atas itu .untuk aku sendiri dan untuk kalian.

No comments: