Monday, June 20, 2011

BANJIR IDOLA TETAPI KEMARAU TELADAN


      Tanpa disedari masa berlalu. Akedemi  Fantasia ke 9 melabuhkan tirainya.  Mengikut laman web rasminya. Ini adalah konsertnya yang terakhir buat selama-lamanya.Ini bermakna selama 9 tahun kita dimomokkan dengan rancangan realiti ini. Ini juga bermakna satu daripada puluhan rancangan realiti televesiyen di Malaysia telah berakhir. Satu daripada begitu banyak rancangan realiti yang mahu melahirkan idola untuk rakyat Malaysia telah berakhir. Namun ada begitu banyak lagi rancangan realiti yang masih menjana kelahiran idola-idola untuk masyarakat. Bahkan mungkin matinya satu rancangan realiti ini akan lahir lebih banyak rancangan realiti di Malaysia ini.

     Secara kebetulan atau tidak rancangan-rancangan ini menjadikan artis sebagai idola bagi masyarakat.  Apa sahaja perbuatan dan tingkah laku artis dijadikan sebagai kayu ukur aras baik dalam masyarakat. Seandadainya artis melakukkan kesalahan moral. Artis-artis diperkatakan dengan aspek negatif. Seolah-olah artis adalah panduan yang perlu diikuti masyarakat. Satu usaha terancang dan sistematik mahu menjadikan artis sebagai idola masyarakat. Baik daripada kaca mata media hiburan, maka baiklah bagi masyarakat. Akhirnya masyarakat terutamanya generasi muda menjadi keliru antara idola dan teladan yang baik . Gejala ini telah diungkapkan oleh Dato` Dr.Siddiq Fadzil iaitu tokoh masyarakat.Beliau juga adalah Mantan Presiden ABIM . Beliau menyatakan bahawa generasi sekarang banjir idola tetapi kemarau teladan.

    Masalah ini menjadi semakin ruwet. Gejala banjir idola tetapi kemarau teladan benar-benar menyebabkan masyarakat tenggelam di dalam danau kekeliruan. Contoh yang cuba ditonjolkan di dalam masyarakat sebenarnya adalah contoh yang salah. Walhal contoh terbaik sebenar adalah bukan daripada artis yang sebegitu.

Kesilapan menggunakan istilah idola.

Mengikut kamus Oxford. Istilah idol adalah bermaksud

Pengambaran atau perwakilan daripada dewa/tuhan yang digunakan sebagai objek penyembahan.

Idol-an image or representation of a god used as an object of worship.

Eidos pula adalah idol dalam bahasa Greek purba  yang diertikan dengan bentuk atau keadaan.  Ia adalah  berasal daripada Eidolon iaitu asalnya bererti  ‘penampilan’ dan secara khususnya ialah lembaga atau jelmaan . Ia kemudiannya dijelmakan kedalam jelmaan samada secara jelmaan mental ataupun jelmaan secara fizikal.Ia dijelmakan seperti sebuah\' patung \'. Ketika awal era Kristian  dan Latin sehingga seluruhnya,  īdōlum digunakan pula untuk menjelmakan tuhan palsu\'.

Greek eidos meant ‘form, shape’ (it came from the same root as idéā, source of English idea). From it was derived eídōlon, which originally meant ‘appearance’, and in particular ‘apparition, phantom’. It developed from there to ‘image’, either a ‘mental image’ or a ‘physical image’, such as a ‘statue’; and in the early Christian era it and its Latin descendant īdōlum were used for an ‘image of a false god’.

Perkataan  idolatry pula adalah jelas bermaksud pemujaan berhala.

     Meskipun kamus Dewan Bahasa memberi definasi idola adalah orang yang sangat diminati. Namun begitu kita perlu melihat kepada asal dan sejarah  sebenar istilah ini yang sebenarnya dipinjam ke dalam Bahasa Melayu. Ini dinamakan epitomology atau kajian asal dan sejarah istilah untuk memahami sebenar maksud dan falsafah sebenar sesuatu istilah.

Penjelasan kepada etimologi istilah idola ini sangat penting kerana beberapa aspek.

1.      Adalah tanpa sedar kita sedang menggunakan istilah yang boleh menjejaskan pegangan akidah umat Islam tanpa sedar. Kesalahan idola ini juga sebenarnya disanggahi oleh Kristian.Di dalam Injil mereka banyak menegah daripada menghampiri idol.Keadaan ini sama juga kepada yahudi  Dalam ertikata lain idol  adalah ciri agama politeisme atau agama banyak tuhan.

2.      Ada juga pihak yang atas nama dakwah cuba memberi altenatif idola dalam bentuk artis dan sebagainya kepada bentuk yang Islami. Namun definasi menjadikan seseorang yang baik akhlak termasuklah Rasullah SAW sebagai idola adalah tidak tepat sama sekali apabila kita merujuk kepada maksud dan epitomology istilah idol itu sendiri.

           Oleh yang demikian yang paling baik ialah kita menggunakan istilah teladan atau contoh yang baik. Dalam diam tanpa kita sedari bahawa sebenarnya terdapat agenda tersembunyi dan terancang yang cuba meracun semua penganut agama agar meninggalkan agama sebenar. Pihak ini pastinya mahu kita menjadikan artis-artis sebagai idola. Inilah sebenarnya apabila pihak-pihak ini mempopularkan istilah idola iaitu kita memuja artis-artis sebagai contoh dan panduan dalam masyarakat. Keadaan ini bertambah gawat apabila sudah banyak filem dan drama yang meletakkan pendakwah ditempat yang salah. Banyak pendakwah didalam drama atau filem yang diberikan gambaran salah malah  banyak yang melanggar syarak. Bila \"perkara ini terjadi masyarakat akan menggagap segala watak ini memberi contoh yang “betul”. Sedangkan ia bertentangan dengan syarak. Jarum pemujaan keterlaluan ini akhirnya menyebabkan masyarakat hilang arah pemujaan yang sebenar iaitu Allah Yang Maha Esa dan berlakulah penyembahan hiburan dan dunia yang melampau. Akhirnya suburlah benih-benih hendonisma kedalam minda dan jiwa generasi muda.

Kesalahan Kejayan hanya dalam dunia hiburan.

    Begitu banyak sebenarnya contoh dan teladan yang baik yang boleh dijadikan Inspirasi kepada masyarakat untuk mencapai kejayaan. Memang benar saban tahun media akan memberi laporan khusus kepada pencapaian pelajar terbaik dan cemerlang UPSR,PMR dan SPM. Namun selama 365 hari tolak kepada hari-hari laporan khas mengenai peperiksaan awam negara berkenaan. Selebihnya adalah cerita tentang dunia-dunia artis ini. Cerita mengenai kejayaan inspirasi didalam bidang akedemik adalah sangat sedikit.

     Itu tidak termasuk berita mengenai kejayaan negara dalam bidang sains dan teknologi. Itu belum lagi cerita anak bangsa tanah air kita yang menjadi ahli akedemik di di Universiti utama dunia. Yang dikejarkan ialah rangking. Bagaimana mahasiswa akan maju setanding mahasiswa teremuka dunia yang lain seandainya mahasiswa menjadi begitu gersang sumber inspirasi. Yang dipaparkan ialah bagaimana seseorang boleh berjaya dalam masa yang singgkat (beberapa minggu).  Tidak mustahil ada mahasiswa yang bosan dengan masa yang begitu lama untuk mendapat segulung ijazah, akhirnya berhenti daripada akedemi realti (universiti/ipt) kepada akedemi yang fantasi sahaja.

    Masyarakat kita semakin dihalang untuk pandai. Apa sahaja yang ada di barat . Maka kita juga mahu. Malangnya yang baik sangat kurang kita ambil. Benar di barat juga ada American Idol dan sebagainya. Namun perlu diingat pencapaian ilmu juga sudah jauh sehingga ke angkasa. Anak-anak kecil mereka sudah boleh berbicara tentang nama-nama planet di sistem suria. Kita boleh tanya para guru disekolah apakah yang sering dibualkan oleh para pelajar sekolah. Hiburan adalah majoriti topik perbincangan anak murid ini. Agak sedikit yang boleh memberitahu kita siapakah Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ar-Razy,Ibnu Khaldun danAl-Ghazali. Agak sukar bukan. Itu bukan lagi tokoh ilmuan negara yang kita ada. Inilah akibatnya apabila gejalakita dibanjiri banyak idola tetapi  kemarau teladan. BUkan juga sebenarnya barat itu adalah negatif semata-mata. Malah Barat juga sebenarnya ada dalam diri kita.

    Kejayaan sebenar adalah gagal senadainya kita tidak meletakkan ilmu sebagai asas kejayaan. Hanya dengan ilmu yang sebenar ia akan menyebbakan seseorang tahu kejayaan hakiki. Kejayaan hakiki apabila manusia menggunakan ilmu yang ada padanya ke arah yang sebanr dalam hidup mereka. Bukan hanya untuk popular sahaja. Kejayaan juga sangat bergantung kepada masa dan daya usaha yang kental. Kita perlu ingat tiada jalan pintas untuk berjaya.

Kesalahan definasi Bakat.

    Pencarian bakat. Hari Bakat Sekolah. Bintang Bakat Daerah/Kampung. Apakah yang anda fikir apabila anda terbaca ayat-ayat di atas. Tidak mustahil sebahagian besar daripada kita akan secara automatik akan berfikir bahawa bakat adalah sama ertinya dengan kebolehan menyanyi,berlakon atau berlawak. Sedangkan definasi sebenarnya adalah lebih luas dan bermakna.

    Keadaan ini berlaku apabila masayarakat dihidangkan dengan program pencarian bakat secara besar-besar dan sistematik di seluruh negara adalah bertumpu kepada sudut hiburan. Publisiti yang meluas dan berkesan menyebabkan masyarakat ditanam dengan fahaman bahawa bakat adalah nyanyian dan lakonan semata-mata. Sedangkan definasi ini adalah sangat kecil sudutnya.

    Mengikut Ahmad Naim Jaafar dalam bukunya “Apa Bakat Saya” bahawa bakat adalah keupayaan atau kemampuan semulajadi . Ia adalah satu bentuk cara fikir,perasaan atau perilaku yang mampu membuat sesuatu aktiviti berhasil. Malahan Horward Gardner adalah tokoh yang mempopularkan bahawa manusia ini terdiri daripada beberapa kelompok “Kepelbagaian Kepintaran”. Beliau menjelaskan bahawa terdapat lapan jenis kepintaran utama bagi manusia iaitu.

1.      Kepintaran Bahasa.

2.      Kepintaran Matematik dan Logik.

3.      Kepintaran Muzik.

4.      Kepintaran Ruang.

5.      Kepintaran Gerak Badan.

6.      Kepintaran Interpersonal.

7.      Kepintaran Intrapersonal.

8.      Kepintaran Semulajadi.

   Definasi bakat ini adalah wajar diambil tahu dan diberitahu kepada seluruh masyarakat. Agar masyarakat tidak terkeliru dan akhirnya mendapat pencerahan ilmu. Kepintaran muzik adalah satu daripada senarai kepintaran pelabagai yang diperknalkan oleh Horward Gardner.

    Pencarian bintang segera ini sangat kritikal sehingga anak-anak kecil turut dieksploitasikan untuk keuntungan syarikat-syarikat media sahaja. Anak-anak kecil wajar ditunjukkan dengan contoh yang baik. Bukan anak-anak kecil diketengahkan dalam dunia glamour yang plastik ini semata-mata. Bukan juga diwarnakan rambut mereka,diketatkan selura,dipendekkan kain dan mereka disuruh menyanyi seperti aliran rock  dan sebagainya Adalah wajar juga anak-anak kecil ini digalakkan untuk terus pandai dan mendapat ilmu .

Masih ada teladan.

    Sesungguhnya umat Islam perlu sedar bahawa dengan Islam yang sebenar. Kita tidak kontang dengan suri teladan yang baik. Begitu banyak remaja di zaman  Rasullah SAW yang boleh dijadikan teladan dan inspirasi untuk anak-anak kita. Contohnya ialah sahabat-sahabat yang memeluk Islam diusia yang sangat muda seperti Ali bin Abi Thalib dan az-Zubair bin al-Awwam yang baru berusia 8 tahun. Ja’far bin Abi Thalib yang berusia 18 tahun, Qudaamah bin Abi Mazh’un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib ar Rumi berusia dibawah 20 tahun, ‘Aamir bin Fahirah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan al Miqdad bin al Aswad berusia 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun dan  Umar bin al Khathab 26 tahun. Usamah bin Zaid ketika dilantik  oleh Rasullah SAW sebagai  panglima untuk memimpin pasukan kaum muslimin memasuki wilayah Syam dalam usia 18 tahun.


   Sudah tentu suri teladan teragung kita adalah baginda Rasullah SAW itu sendiri.  Allah SWT merakamkan perkara ini.

“Sungguh pada (diri) Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik bagimu,  iatu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."

(Al-Ahzab:21)



    Michael H Hart di dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History  turut mengakui dan bahkan menempatkan Muhammad sebagai manusia paling berpengaruh di dalam  sejarah dan peradaban dunia.Negara kita  sendiri sebenar tidak kontang dengan sumber inpirasi dan teladan yang sesuai boleh diketengahkan sebagai teladan yang baik dan contoh ikutan oleh para belia kita.  Cuma kitalah yang perlu memainkan peranan penting untuk membimbing belia ke arah hala tuju hidup yang benar. Para belia pula perlu sedar bahawa kehidupan ini sebenarnya mempunyai matlamat dan tidak patut disia-siakan.

2 comments:

mael said...

ko kena tengok banyak sudut dalam hal ni....cuba ko kupas isu ni dalam konteks 'lebih mengaut keuntungan dari mencari bakat'.....

firdaus khairi said...

ok .terima kasih mael