Belia adalah aset paling penting bagi masa depan negara. Belia adalah faktor penentu kemana arah Negara pada masa hadapan. Pada masa ini golongan belia di Negara kita dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah seramai 28 juta orang. Di atas kepentingan ini kerajaan telah menjadikan belia sebagai fokus utama tumpuan pembangunan Negara terutamanya dari aspek pembangunan modal Insan. Sehubungan dengan itu saban tahun negara kita akan meraikan Hari Belia. Satu usaha yang patut dipuji dalam usaha memartabat dan mengiktiraf peranan belia. Pada Hari Belia 2010 yang lepas kerajaan berjaya menghimpunkan lebih 200 ribu belia di Putrajaya dan pada tahun ini kerajaan menyasarkan untuk 1 juta belia berhimpun di Putrajaya pada 27-29 Mei 2011.
Kita yakin dan percaya kerajaan cuba untuk meraikkan segala macam ragam Belia yang ada di Negara ini. Oleh yang demikian pelbagai acara telah dihimpunkan untuk meraikkan belia.Seperti yang di ucapkan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. “Ia adalah hari khas untuk menghargai orang muda yang juga bertujuan merapatkan jurang antara pemimpin dengan golongan yang berjiwa muda.Sebanyak 200 program berorientasikan golongan belia telah dikenal pasti bagi menarik perhatian mereka untuk turut serta”
Namun demikian yang digusarkan ialah cara sambutan hari belia ini di adakan. Segala macam perayaan yang di adakan di Putrajaya hendak mengambil kira penghormatan kepada waktu solat dan dua masjid besar yang ada di Putrajaya ketika ini. Ia itu Masid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra. Pada sambutan Festival Belon Panas 2011 yang diadakan pada Mac lepas. Jelas penganjur tidak mengambil kira sensitiviti Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Apabila azan Maghrib dan Isyak berkumandang. Bunyi muzik yang kuat daripada kawasan festival juga berbunyi amat kuat. Malahan ketika itu majlis bacaan Yasin sedang di adakan di masjid berkenaan. Keadaan ini menimbulkan rasa dukacita dan marah dikalangan jemaah masjid ketika itu. Bunyi amat kuat sehingga kami terpaksa bersabar dan meneruskan bacaan yasin dengan suasana berdentum-dentum dek kerana bunyi muzik yang kuat. Pada perayaan festival berkenaan , program berkenaan tidaklah memfokuskan kepada hiburan melampau, namun kesannya amat besar. Mungkin silap warga putrajaya yang tidak menzahirkan kegusaran ini terhadap kemuliaan masjid sebagai Rumah Allah Yang Mulia. Oleh yang demikian penganjur tidak tahu. Oleh yang demikian adalah sewajarnya samabutan Hari Belia 2011 ini mengambilkira sensitiviti Masjid-masjid ini serta para jemaahnya.
Daripada sumber portal http://www.haribelianegara.org.my bermula dengan Persembahan pelancaran Hari Belia Negara 2011 bertempat di Simpang Empat berhadapan Menara KBS bermula jam 8.30 Malam sehingga 11.00 malam.Kemudian Jom Heboh Edisi Hari Belia 2011 dengan Persembahan Pentas bermula 10 pagi sehingga 10 malam di Laman 1 Malaysia pada 27 sehingga 29 Mei 2011. Selain itu program G.I.G Dance bermula 10 pagi sehingga 10 malam di Presint 4 Malaysia pada 27 sehingga 28 Mei 2011.Program Clash Of The Band pula pada pada 27 sehingga 29 Mei 2011 bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Malahan banyak lagi program dan acara yang diadakan di sekitar masjid-masjid Putrajaya. Bayangkan kebanyakkan program-program ini bermula seawal 10 pagi dan berlanjutan sehingga tengah malam. Berapakah zon waktu Solat yang akan dilanggar. Berapa kalikah bunyi dengun muzik-muzik ini akan berlawan dengan gema Azan dan bacaan solat?.
Memang benar belia mempunyai pelbagai ragam dan karenah untuk di santuni. Namun demikian kitalah para pemimpin yang dapat membentuk corak pemikiran dan gaya hidup para belia kearah yang lebih positif. Memang benar Program belia kali ini mempunyai program bina Insan. Namnu apa yang melahirkan resah dan dukacita ialah bagaimana program-program ini dapat membawa belia yang ada pada Himpunan Sejuta Belia pada hari tu ke arah belia yang benar-benar boleh diharapkan memimpin negara pada suatu hari nanti. Tahniah kerana para pemimpin kita turut memikirkan bagaimanakah program yang dapat membina diri belia pada hari berkenaan.Antaranya solat Hajat,Tahlil dan Doa Selamat,Program tadarus dan khatam Al-Quran, Khutbah Jumaat Khas Hari Belia Negara, Forum kecemerlangan diri dan banyak lagi. Namun isunya adakah sejuta beliau yang berhimpun pada hari berkenaan turut juga akan sama-sama menunaikan waktu berjemaah di masjid-masjid berkenaan pada setiap waktu berkumandang?. Adakah pihak penganjur akan menghormati waktu solat apabila Azan dilaungkan.
Adalah sangat wajar para belia diarahkan pemikiran,gaya hidup,gaya fikir dan gaya tindak ke arah pembinaan generasi Ulul AL-Bab. Dalam ucapan Mantan Perdana Menteri Malaysia di Pusat Pengajian Islam, University Oxford pada 1 Oktober, 2004, YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri . Beliau berkata “Ulul al Bab atau golongan yang berakal sempurna, sepertimana yang disebut dalam Al Qur’an adalah mereka yang mempunyai kekuatan akal fikiran, yang menguasai sains, falsafah dan teknologi.Ayat tersebut adalah satu tuntutan agar umat Islam menggerakkan minda, dan yang lebih penting menguasai sains dan teknologi, agar dapat terus kekal relevan di zaman moden ini.” Sebenarnya hanya generasi Ulul-albab sahaja yang dapat kita yakini mampu membawa negara kita ke arah kemajuan dan kebahagiaan.Hanya generasi belia seperti ini menjamin kemakmuran dan kemajuan negara di masa depan. Apalah guna negara kita maju apabila identiti dan jatidiri para belia hilang. Apalah gunanya kita berdiri sama tinggi dengan negara maju lain tetapi kita membawa budaya yang bukan budaya asal kita.
Oleh yang demikian kita perlu bersungguh-sungguh membina atau membuat program ke arah pembangunan belia yang dapat melahir generasi hebat ini. Usah di campur adukkan antara program yang baik dan buruk sekaligus. Perkara ini tanpa kita sedari akan menyuburkan pemahaman Plurisma yang sangat bahaya. Fahaman ini jelas banyak merosakkan pemikiran rakyat.
Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara sekaligus juga Bandar kebagaan negara. Di Putrajaya juga Islam sebagai agama rasmi Malaysia di tadbir . Di situ juga majority penduduknya adalah penganut beragama Islam. Di situ juga terletaknya dua Masjid besar iaitu Masid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra. Oleh yang demikian, sehinga bila-bila pun . Aspek penghormatan dan sensitiviti faktor ini perlu diambil kira. Perlulah hormat kepada Rumah Allah ini. Bimbang nanti akan mengundang murka Allah Yang Maha Agung.
Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan generasi belia negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.
Sumber:
a) Khutbah Jumaat Sempena Hari Belia Negara 2010
b) http://www.kbs.gov.my
c) http://www.haribelianegara.org.my/
d) Beberapa blog terpilih
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
www.firdauskhairi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment