Mat Rempit, Mat Gian, Kutu Lepak, Ponteng Kelas, Hubungan Seks Bebas, Vcd Lucah, Laman Web Porno, Gagal Subjek Matematik, Ectasy, Pil Kuda, Bohsia, Bohjan, Gian Mesin Slot, Menagih Dadah, Ahli Kumpulan Kongsi Gelap dan Gengstar, Kaki pukul, kaki perempuan, anak luar nikah, Tahi Judi, Hisap Gam, Ketagih Ubat Batuk, Pukul Rakan Sekolah, Cabul Anak Murid, Haruan Makan Anak, Mencuri, Meniru Di dalam Peperiksaan, Plagiat, Tidak tutup Aurat, Tidak Solat, Tidak Tahu Membaca Al-Quran, Kaki Kelab Malam, Gagal tamat pengajian, Peras Ugut, Edar Dadah, Kaki Botol, Melawan Guru, Mencalar Kereta Guru, Tidak Tahu Rukun Islam dan Rukun Iman,Tahi Politik, Tidak tahu apa itu Iman, Islam dan Ihsan serta banyak lagi masalah yang sedang berlaku kepada umat Islam. Terlalu banyak dan sangat banyak.
Baru-baru ini Konsert Rihanna. Alhamdulillah Allah Maha Besar. Agaknya kita semakin jauh daripada dakwah dan tarbiyah. Hairan, sedih dan musykil sekali. Tidak ada seorang pun yang tampil membantah (sekurang-kurangnya) terhadap konsert Artis yang terkenal seksinya. Artis yang lebih muda daripada Gwen Stefani.
Suasana sekarang ini , semuanya kemaruk dan ketagih dengan tahi politik. Semuanya berlumba-lumba untuk jadi juara. Mungkin juga sekarang masa yang terbaik untuk Dakwah adalah sekarang ? Mungkin juga. Sehingga terlepas Konsert Rihanna.
Tahi Politik yang semakin ditagihi sekarang semakin melarat. Habis Mufti turut di keji sama. Seperti kata sahabat saya di dalam blognya: http://almukminun.blogspot.com/
“Apakah kita melupakan jasa-jasa beliau dalam menentang isu Interfaith Commitee yang jelas satu usaha memurtadkan masyarakat Islam secara seluruh? Pandangan dan lontaran beliau dalam menangkis pandangan taksub pihak yang tidak bermazhab? Pada isu tersebut ternyata lebih tinggi kesannya kepada akidah umat Islam di bumi Malaysia ini khususnya.”
Mana hala tuju gerakan dakwah dewasa ini? Tsunami politik melanda turut menghanyut sama dimensi dakwah agaknya. Kita semakin lupa dan di buai “Kuasa Rakyat” sehingga kita lupa pada Daerah Dakwah. Tidak salah kita sama-sama memperjuangkan siasah. Namun apa guna siasah tanpa pendirian yang teguh?.
Semua kita terpana dengan hujah-hujah sang ahli politik sedangkan kita sudah di asuh tentang bahasa politik. Meskipun kita sudah di asuh, Namun kita masih tidak mudah memahami bahasa dan lengang lengguk silat siasah. Kita cepat terkesima dengan Karisama. Aduhai pendakwah. Cepatlah sedar , dan basahkan muka mu dengan pedoman sunnah dan wahyu.
Oh.. Mungkin sudah tidak popular untuk kita perjuangkan masalah generasi muda. Gerakan dakwah dalam suasana semasa ini mungkin lebih akrab dengan ahli politik yang tidak bisa berkata tidak kepada rakan politik mereka itu yang lebih kita mahu jadikan kawan?. Oh mungkin tidak popular untuk kita perjuangankan berapa ramai yang tidak tahu solat dan rapuh akidahnya ? .
Berpolitik berpada-pada. Dalam Jemaah Sudah Sengketa. Agaknya kita lupa. Siapa yang membawa onar dan angkara. Sekali sudah kita bicara. Tetapi kita masih alpa dan lena. Pada siasah kita terpana. Akibat siasah kita hilang hormat bicara.
Mat Rempit, Mat Gian, Kutu Lepak, Ponteng Kelas, Hubungan Seks Bebas, Vcd Lucah, Laman Web Porno, Gagal Subjek Matematik, Ectasy, Pil Kuda, Bohsia, Bohjan, Gian Mesin Slot, Menagih Dadah, Ahli Kumpulan Kongsi Gelap dan Gengstar, Kaki pukul, kaki perempuan, anak luar nikah, Tahi Judi, Hisap Gam, Ketagih Ubat Batuk, Pukul Rakan Sekolah, Cabul Anak Murid, Haruan Makan Anak, Mencuri, Meniru Di dalam Peperiksaan, Plagiat, Tidak tutup Aurat, Tidak Solat, Tidak Tahu Membaca Al-Quran, Kaki Kelab Malam, Gagal tamat pengajian, Peras Ugut, Edar Dadah, Kaki Botol, Melawan Guru, Mencalar Kereta Guru, Tidak Tahu Rukun Islam dan Rukun Iman,Tahi Politik, Tidak tahu apa itu Iman, Islam dan Ihsan serta banyak lagi masalah yang sedang berlaku kepada umat Islam.
Manakah keutamaan kita? Agama? Nasib Bangsa? Ekonomi Negara? Dakwah Tarbiyah? Masalah Generasi Muda? Misi Menjana Generasi Tamadun Khaira Ummah? Misi Kaderasasi? Mawadah Warahmah? Usrah?.
Kesimpulannya tugas kita terlalu banyak . Hassan Al-Banna pernah berpesan. Tugas kita lebih banyak daripada masa yang ada. Penulis tidak pula tidak menyokong apa yang sedang gerakan dakwah lakukan. Namun kita perlu utamakan mana yang terdahulu. Mana tugas hakiki dan mana tugas sampingan.
Artkel ini di coret bukan ertinya memperkecilkan usaha dakwah. Cuma janganlah kita terlepas pandang daripada agenda membina generasi muda. Menjana generasi rabanni demi tamadun Khaira Ummah. Usah biarkan gerakan dakwah dan tarbiyah menjadi keutamaan terendah didalam jemaah seperti masa-masa yang lalu.
Masih Hidup Biar Berjasa.
No comments:
Post a Comment