Monday, October 6, 2008

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dapat Naib Canselor baru 1 Oktober



JOHOR BAHRU - Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor Pembangunan dan Inovasi (P&I) UTM dilantik menggantikan Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali yang tamat tempoh perkhidmatan pada hari ini.

Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat UTM, Sabri Ahmad dalam kenyataannya kepada Kosmo!, surat pelantikan Zaini telah ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin.

Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang

"Zaini mula berkhidmat di UTM pada tahun 1988 sebagai Staf akademik, seterusnya dilantik sebagai Pengarah Institut Alam Sekitar dan Sumber Air pada tahun 2001 hingga 2006,'' katanya.

"Beliau kini menjadi Ahli Suruhanjaya Air Negara. Pihak universiti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd. Zulkifli di atas khidmat yang telah diberikan sehingga membawa kejayaan dan kecemerlangan kepada UTM sepanjang menjawat jawatan Naib Canselor selama hampir tujuh tahun," katanya.


JOHOR BAHARU, Sept 29 (Bernama) -- Universiti Teknologi Malaysia's (UTM) Deputy Vice-Chancellor for Development and Innovation, Datuk Prof Dr Zaini Ujang, has been appointed Vice-Chancellor for a three-year term, effective Wednesday.

He replaces Tan Sri Prof Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali whose service ends Tuesday, a UTM statement says.

Zulkifli had held the post since Jan 2001.

Zaini started his service in UTM as an academic staff before being appointed lecturer at the Environment and Water Resources Institute from 2001 to 2006.

He was later appointed Dean of the Chemical Engineering and Natural Resources Engineering Faculty before being made the Deputy Vice-Chancellor for Development and Innovation in March 2007.

Zaini is also a member of the National Water Service Commission.

No comments: