Wednesday, September 10, 2008

Adab-adab orang berilmu.

Ta`dib bukan sahaja terlibat bagi sesetengah pihak sahaja. Selama ini mungkin kita sering mendengar adab murid dengan guru. Pada hari ahad(7 Ramadhan 1429/7 September 2008)  yang lepas, Alhamdulillah di Izin Allah untuk aku dan sahabat ku mengikuti pengajian kitab SAIRUS SALIKIN karangan Syaikh Abdusshomad al-Falimbani  yang disampaikan oleh guru yang dikasihi TUAN GURU SYEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM AL-MALIKI AN-NADAWI di MAsjid Al-Falah USJ 9. 

Masyallah di dalam kitab Ini Syaikh Abdusshomad al-Falimbani telah mengajar kita bahawa guru juga perlu beradab dengan anak murid. Masyallah, sekira semua manusia beradab, bertolak ansur, tidak korup dalam peradaban pastilah kita yakini dunia ini akan aman damai. Apakan daya , manusia yang tidak beradab tetap akan lahir. Ini lah Islam yang selama-lamanya mengajar kita tentang peradaban. Malah nilai budi Islami itu sendiri telah membumi di dalam budaya melayu sehingga lahir ungkapan . 
"Yang muda menghormati yang tua, Yang tua mengasihi yang muda". Indah bukan .

 
Ketika awal pengajian didalam bab awal kitab ini. Aku berfikir, Ohh..alangkah baiknya andai dapat aku modulkan bab ini untuk disebarkan. Insyallah. Mungkin ada pemabca yang membaca entry ini dapat mengolahnya dalam bentuk modul turut aku alu-alukan.  Boleh kita berkongsi Ilmu.

Adab orang yang alim yang nmengajar akan ilmu.

Ada 17 perkara.

1. Ihtimal, yakni guru perlu menanggung atau menerima pertanyaan dan pekerjaan daripada muridnya yang mana hal ini dapat menyusahkannya. hendaklah ia bersifat sabar.

"Maknanya disini guru perlu menanggung setiap pertanyaan dan pekerjaan. Meskipun hal ini kemudiannya akan menyusahkan dia. Contohnya..mungkin ada soalan yang tidak mampu dijawab oleh guru yang akan menyebabkan guru perlu balik mengulangkaji. Inilah adabnya. Jika guru yang tidak mengendahkan hal ini, guru tersebut akan mengabaikan pertanyaan anak muridnya itu. Guru maknnya telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai guru".

2. Luzumul Hilm. sayugialah orang alim itu bersikap tidak lekas marah.

" Marah penting, tetapi lazimkan dengan sifat Hilm..lemah lembut, sabar ".

3. Duduk dengan Haibah atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

"Guru perlu mejaga haibahnya  sebagi guru. Tarafnya sebagai guru adalah perlu guru menjaga taraf kemuliaannya. Ertinya, guru adalah contoh ikutan, oleh yang demikian guru tidak boleh tidak perlu menajaga lebih akan tingkah lakunya".

4. Jangan membesarkan dirinya atas segala hamba Allah melainkan atas orang yang zalim kerana menegah ia akan zalimnya.

"Adab ini meneutralkan adab yang ketiga tadi. Menjaga kemuliaan adalah berbeza dengan perasaan ujub,riak dan takbur. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa rasa bersyukur dengan kelebihan ilmu yang sebenarnya hanya datang daripada Allah SWT Yang Maha Mengetahui."

5. Sentiasa memilih sifat Tawadu` ketika diperhimpuan atau dihadapan orang ramai.

6. Jangan bergurau-gurau dan bermain-main pada perhimpunan orang banyak.

7. Sentiasa berperasaan kasih sayang dan berpelakuan lemah lembut terhadap pekerjaan dan perkataannya terhadap muridnya, Hendaklah ia memperlakukan anak muridnya seperti anaknya sendiri.

"Masyaallah, As-Syeikh Abdusshomad al-Falimbani  memeberiak perumpamaan  kasih sayang diantara guru dengan murid dengan jalinan anak dan ayah atau ibu. Perumpamaan ini amat tepat sekali. Mengapa tepat.? sebagai contoh . Seorang ibu melihat anaknya keletihan setelaah pulang daripada berkemah. Anaknya tadi baru pulang ke rumah pada pukul 3 pagi. Adakah benar kasih sayang seorang ibu yang membiuarkan anaknya yang keletihan itu tidak solat subuh kearana keletihan atau dikejutkan juga kerana terlebih kasih akan anaknya kerana tidak mahu melihat anaknya dihumban ke dalam api neraka?. Beguitulah juga guru. Marah, rotan dan sukanya adalah berasaskan kasih sayang yang benar".

8. Menanti dan memeriksa dengan perlahan-lahan atas pertanyaan orang yang bebal dan dungu serta memperbetulkan merereka. Tetap bersabar melayan anak murid yang dungu dan bebal. 

"Bagi yang bukan guru mungkin kita tidak faham mengapa ada orang bebal dan dungu. Dua hal ini bukanlah kekurangan , namun ia adalah cabaran bagi guru untuk menahan kesabaran dan kesungguhanya."

9. Jangan ia meminta upah atas mengajarnya itu tetapi hendaklah qasad mengajarnya itu klerana Allah SWT.
 
10. Seorang guru perlu berani mengatakan "Aku tidak tahu" sekiranya benar-benar tidak ahu. Ini dapat mengelakkan kesesatan dan kecelakaan yang besar.

11. Hendaklah seorang guru bersungguh-sungguh ia terhadap orang yang bertanyakan masalah.

12. Menerima dalil yang membenarkan orang lain walaupun dalil itu datang daripada anak muridnya. Janagn ditolak dalil itu hanya kerana malu dia terhadap orang banyak.

13. Mengikut kepada yang benar dan kembali jika tersalah.
14. Guru perlu menegah orang belajar ilmu yang membawa mudarat.

15. Guru perlu menegah orang bekajar qasadnya (niatnya) bukan kerana Allah SWT. Guru perlu menyuruh orang yang belajar ilmu kerana Allah SWT.

16. Guru perlu menegah orang belajar ilmu kifayah selagi seseorang itu tidak selesai Ilmu fardhu Ain.

17. Hendaklah guru itu mengamalkan akan ilmunya supaya diikuti oleh orang akan amal dan perkataannya.


Semoga perkongsian ini mendapat manfaat oleh kita semua. Tulisan diatas dimudahkan dan dan disunting serta penambahan bagi contoh-contoh dan huraian. untuk rujukan yang jelas sila berguru dan membaca kitab ini.

sumber-Kitab Sairus-Salikin (Perjalan orang-orang yang salik kepada Allah)    
 


       

1 comment:

Anonymous said...

salam...cukup bagus pengisiannya...tapi ada x artikel/kupasan kitab pondok yang menerangkan adab2 pelajar terhadap guru..minta emel ke rakanmasjid@gmail.com jika ada...

p/s:kalo blh kitab yg ditadah bersama ust hafiz semasa kuliah hai'ah dulu2..tq