Tuesday, June 10, 2008

Sokong PTPTN ubah kiraan caj 3%

Sokong PTPTN ubah kiraan caj 3%

http://www.malaysiakini.com/news/84210

Jun 9, 08 10:23pm

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj tiga peratus yang dikenakan kepada para pelajar selama ini.

"Langkah ini sangat tepat dan langkah segera perlu diambil oleh PTPTN untuk menghilangkan keresahan dan kegelisahan di peringkat mahasiswa yang selama ini berada didalam keadaan kegusaran samada caj yang dikenakan itu berlandaskan syariat atau tidak," kata timbalan presidennya Firdaus Khairi.

Beliau bekata gesaan majlis fatwa itu wajar menjadi panduan kepada semua pihak apabila berurusan dengan permasalahan muamalat Islam.

"Langkah merujuk ini bukan sahaja hanya pada permasalahan kewangan sahaja.

"Langkah merujuk ini (majlis fatwa) perlu diperluaskan oleh segenap aspek termasuklah undang-undang, sistem pendidikan dan pembangunan," katanya, mengulas keputusan majlis fatwa baru-baru ini agar PTPTN mengubah kiraan caj.

Majlis itu, melalui kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dilaporkan telah menemui tabung pendidikan itu dan menerangkan garis panduan mengenakan caj itu sesuai dengan kehendak agama.

Pada 2002, majlis itu berfatwa bahawa PTPTN boleh mengenakan caj perkhidmatan dengan syarat kos itu sebenar.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi pernah meminta nasihat majlis fatwa untuk menentukan sama ada caj tersebut termasuk kategori riba atau tidak.

Firdaus berkata PKPIM amat prihatin dengan permasalahan ini dan telah lama memperjuangkannya.

2 comments:

INSPIRASIHANA said...

Setuju...sangat2....takde langsung caj..lagi bagus..(",)utk masa depan generasi akan datang...bagi semua bakal ibu dan bapa..menyimpanlah dan melaburlah utk anak2 anda..supaya tidak terdesak dengan pinjaman PTPTN pada masa akan datang (",)

rafi cyber said...

betul2.. bayangkan pinjam rm28 ribu, kena bayaq balik rm35 ribu lebih.. huhuhu bila thn ler nk abis bayaq..