TIGA FORMULA GENERASI MUDA BERKUALITI
Tiga Formula Generasi Muda Berkualiti*.
Sdr.Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
*Dibentangkan pada 25 Jun 2006, di Forum Mahasiswa, anjuran Kesatuan Pelajar Islam
Apa yang dimaksudkan dengan kualiti?. Menurut definasi Kamus Dewan Edisi Ketiga kualiti diertikan sebagai darjah kecemerlangan biasanya tinggi dan bermutu. Di dalam perbahasan ini kualiti ditekankan kepada kumpulan sasar remaja. Boleh dinyatakan disini bahawa kualiti adalah unsur atau kayu ukur yang dijadikan tanda aras untuk membezakan tahap seseorang indivividu remaja yang berkualiti dan dengan remaja yang lain.
Namun demikian, Allah SWT telah menjadikan manusia ini dalah sebaik-baik kejadian. Allah SWT telah berfirman
“Sesungguhnya kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” At-Tin :4
Menurut Prof.HAMKA di dalam Tafsir Al-Azhar menyatakan. Allah SWT telah memulakan ayat ini dengan sumpah bahwa makhluk manusia yang diciptakan Allah SWT di atas muka bumi ini adalah sebaik-baik bentuk. Bentuk lahir dan batin.Dan manusia juga diberi akal untuk membezakan di antara manusia dan haiwan serta dengan akal ini boleh diperguna manusia sebagai pedoman untuk mengatur urusan kehidupan dalam keadaan yang paling indah dann murni.
Inilah yang dijanjikan Allah SWT bahawa manusia ciptaannya telah mempunyai garis piawai (standard) kualiti yang tinggi. Namun begitu ayat seterusnya memperlihatkan bahawa kualiti ini boleh pudar dan luntur lantaran beberapa faktor. Seperti masa atau pilihan diri sendiri yang merendahkan garis piawai kualiti terbaik manusia atau manusia itu terus berusaha mempertingkatkan kualitinya.
“Kemudian kami kembalikannya dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amat soleh. Bagi mereka pahala yang tidak putus-putus” At-Tin:5
Menurut tafsir dari Ibnu Jarir. Beriman dan beramal saleh dalam erti kata di sini adalah di waktu badan masih muda dan sihat. Jelas kita telah memperbahaskan tetntang kualiti manusia yang telah dijamin Allah SWT. Lalu bagaimana atau apa ciri yang melengkapi generasi muda yang berkualiti?
Generasi muda yang berkualiti.
Menurut Dr. Yusuf Qardhawy.Anak muda adalah perbendaharaan yang paling berharga. Ini kerana usia muda adalah waktu yang paling berkualiti. Di kala ini anak muda amat cergas tubuh badannya. Di kala muda amat sehat tubuh badannya. Dan di kala muda. Anak muda amat kuat mahu dan azamnya. Dr. Yusuf Qardhawi juga menegaskan bahawa anak muda adalah entiti yang amat penting ketika zaman awal perkembangan Islam. Anak muda menjadi tulang belakang penting mengangkat cahaya Islam ke serata dunia. Dr. Yusuf Qardhawi mempersoalkan adakah anak muda yang mempunyai tenaga yang tidak sedikit ini perlu menjadi lalai dengan perkara yang sia-sia. Sedangkan anak muda adalah aset yang sangat penting kepada negara. Anak mudalah sebenarnya yang mendukung cita-cita dan bertanggungjawab merealisasikan cita sesuatu bangsa. Terlalu banyak contoh-contoh di dalam Al-Quran yang menampilkan tentang peri pentingnya peranan golongan muda. Pemuda Al-Kahfi, Pemuda yang tidak bernama di dalam surah Yasin,Nabi Yusuf A.S sebagai beberapa contoh. Ini menunjukkan bahawa anak muda adalah sangat signifikan di dalam arus permerkasaan sesuatu tamadun . Menurut Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhaw lagi katanya ;
“ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur’ tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.
Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah :
“ Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”.
Mohd Zawawi b. Ahmad Mughni,Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM Selangor di dalam satu penulisannya ada menyebut.
Sesungguhnya, peranan dan tanggung jawab belia pada hari ini adalah signifikan untuk menjana pembangunan negara bangsa dan cita-cita agama adalah cukup besar sekali. Peranan belia hari ini bukan sekadar membina kerjaya atau melakukan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi masa lapang dan hobi sahaja tetapi warga belia sepatutnya turut sama menyumbang idea, masa dan tenaga ke arah pembangunan modal insan menjadi sebuah bangsa yang dihormati dan disegani di persada dunia.
Di antara ciri-ciri kualiti yang perlu dilestarikan generasi muda didalam menghadapi globalisasi.
Setelah kita berbicara secara tuntas, kita akan menyedari betapa kualiti anak muda perlu diasah dan digarap dengan beberapa ramuan agar generasi muda yang lahir adalah mapan dan berdaya tahan. Letusan bahang globalisasi adalah satu fenomena yang tak boleh terelakkan. Lantaran itu arus gelombang ini kita sebagai anak muda tetap dan perlu mengahrungnya dengan seribu satu persediaan demi mencapai tahap kualiti yang perlu. Di dalam arus semasa ini,gelombang globalisasi seolah-olah mencabut keping-keping iman yang ada. Daripada itu beberapa ciri-ciri katerestik kualiti perlu dilengkapi oleh anak muda.
Spiritualisme.
Kekuatan rohaniah adalah unsur yang paling penting. Kekuatan spiritualisme akan memainkan peranan penting didalam membentuk peribadi seseorang remaja. Dengan kekuatan yang terbina dari dalam.Diri secara automatisnya akan menyanggah riak-riak negatif yang menghampir. Kekuatan dalam hanya akan terbina daripada kekuatan beragama seseorang. Dr Yusuf Al Qardawi ketika membicarakan tentang keutamaan pembinaan mencapai pembaikan menyebut bahawa pertama-tamanya yang harus dibina didalam diri ialah iman.
“Iman bermakna menanamkan akidah yang benar di dalam hatinya , yang dapat meluruskan pandangannya kepada dunia ini, manusia, kehidupan, kepada Tuhan alam semesta, Pencipta manusia, pemberi kehidupan”
Dari sini, Iman sangat berkaitan dengan pembinaan dalaman. Pembinaan Roh. Iman dapat memberi jawapan pasti mengenai pelbagai jawapan dalam kehidupan ini.Siapa aku?, Dari mana aku?, Kemana aku? Mengapa aku di cipta?, Apakah misi aku dan pelbagai persoalan yang tak bisa terjawab oleh akal fikiran. Hatta persoalan yang tidak dapat dijawab oleh sains dan teknologi.
Apakah dasar rujukan keimana kita?. Tidak lain ialah Al-Quran dan As-Sunnah.
Dari sebab inilah kekuatan spiritualisme sangat penting sebagai kriteria membina generasi yang berkualiti. Dengan terbinanya kekuatan dalaman ini. Maka manusia akan terus menjalankan misinya meskipun tanpa dilihat manusia. Begitu juga remaja akan menjauhi larangan. Meskipun hanya dirinya sahaja. Kerana dia tahu siapakah yang mengawasinya. Dengan terbinanya kekuatan dalaman. Seseorang remaja juga akan terus bekerja keras membaiki dirinya dan berusaha untuk dunianya. Di sini akan terlahir insan-insan yang berkualiti.
Idealisme
Dr Haji Mohd Fazilah Kamsah ada membincangkan tentang kualiti remaja. Beliau menyebut. Faktor utama yang menyebabkan kelemahan anak muda ialah apabila tiada agenda besar di dalam kehidupannya, Akibatnya, dirinya yang terlahir, kehilangan arah dan misi kehidupantampak pincang. Mana mungkin kehidupan beerti tanpa perjuangan kerana hidup adalah satu perjuangan.Hidup tanpa perjuangan adalah hidup yang bermakna Namun begitu apakah yang dimaksudkan dengan idealisme?
Dr.Haji Asyraf Wajdi Dasuki ketika memperihalkan tentang idealisme menyebut :
“Bahawa idealisme itu adalah merujuk kepada pegangan atau perinsip fundamental yang dihayati dan diamali. Ia berasaskan kepada dua perkara pokok. Pertama ialah Al-Amru bil Ma`ruf atau kecintaan kepada perinsip kebenaran, keadilan dan keharmonian. Keduanya ialah Wan Nahyu `anil mungkar atau kebencian terhadap kepalsuan, kezaliman dan kekacauan.”
Belia yang empunya idelalisme adalah individu yang berprinsip.Manusia yang berperinsip sangat perlu ketika dunia sedang dilanda kecamuk yang amat ruwet ini.Namun begitu idealisme perlulah barsandar pada realiti. Idealis yang buta realiti selamanya hidup di alam mimpi.Sementara realiti yang kehilangan idealis seumpama patung hidup yang mudah hanyut dibawa arus duniawi.
Intelektualisme.
Apa bezanya di antara intelektualisme dan idealisme.Seperti yang telah dihuraikan di atas., idealisme adalah berkisar tentang cita-cita atau pandangan jauh.Mengikut kamus Dewan edisi ke tiga.
“Idelisme adalah sifat (sikap atau perbuatan) melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal,sifat(sikap,cita-cita ,dsb) menghasratkan yang unggul (yang sempurna)”
Manakala intelektualisime adalah keadaan di mana sseorang itu menggunakan segala daya intelek dan daya fikir yang ada. Kamus dewan juga mendefinasikan tentang intelek. Intelek didefinasikan sebagai kemampuan daya fikir dan memahami,akal budi. Prof.Syed Naquib al-Atas juga ketika memperihallkan ilmu menyebut:
“Ilmu ialah kehadiran makna di dalam jiwa di mana Allah SWT adalah sebagai sumber ilmu.Kehadiran makna di dalam jiwa boleh memberi kesan dan perubahan....”.
Definasi kedua-dua ini memberi erti kepada kita bahawa di antara maklumat dan ilmu pengetahuan.Ilmu adalah sesuatu yang memberi kesan untuk menggerakkan individu untuk berubah dan melakukan perubahan. Idealisme tanpa ilmu akan menyebabkan idealisme terawang-awang dan kadangkala membawa kemusnahan.Ini tejadi kepada fahaman-fahaman yang hanya bertuhankan nafsu semata. Ateisme dan modernisme. sebagai contohnya. Menolak tuhan dan menganggungkan akal semata.
Mendepani suasana globalisasi memerlukan generasi muda amat perlu menguasai ilmu dan maklumat. Semua sedia maklum bahawa tercetusnya gelombang globalisasi moden hari ini adalah hasil ledakan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT). Segala-galanya menjadi begitu pantas dan merubah dunia menjadi sempit sekali. Bukan kerana perubahan sempadan geografi tetapi kerana kepantasan menguasai dan mengimplementasi maklumat.
Semua anak muda berperanan penting dalam menguasai ilmu dan maklumat. Anak muda ketika ini usah terlalu jauh ketinggalan dalam mengusai ICT. Dunia komputer tercipta tanpa batasan dan amat perlu anak muda pantas menguasainya.Kita perlu sama-sama mengisi ruang (space) yang tercipta.Memang benar ada pro dan kontra. Dari itu kita perlu memaksimakan ruang yang positif yang ada untuk mengisi “ruang” tanpa sepadan itu.
a) Internet
b) Sistem di atas talian
c) e-mail
d) Chating
e) sms
f) web blog
(item-item di atas adalah di antara perkara-perkara asas yang perlu dikuasai dalam era teknologi maklumat.Meskipun terdapat ruang-ruang negatif. Anak muda harus menggunnakan segala ruang yang ada untuk memaksimakan ruang positif)
Aktivitisme
Namun begitu apa yang dikatakan kualiti tidak akan tercapai bagi anak muda sekirannya ilmu-ilmu itu hanya berlegar di dalam kotak minda tanpa dicurahkannya dalam bentuk aksi.Aktivisme adalah keupayaan merealisasikan idealisme melalui tindakan-tindakan yang praktikal. Entiti ini sangat penting kerana ia sangat bertepatan dengan apa yang difirman oleh Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 3. Dalam ayat ini Allah SWT menyoal kenapa kita hanya berkata tanpa perbuat.Perbuatan ini hanya akan membawa murka Allah.
Cita-cita dan wawasan hanya akan terzahir dengan adanya aktivisme. Penzahiran idealisme melalui aksi.
Rasional empat komponen.
Keempat-empat komponen ini sangat berkait. Kekuatan spiritualisme menghasilkan diri yang sedar dan kenal pada diri.Tentang tujuan hidup,tentang kekuatan menghadapi dugaan dan ujian, dan tentang ke mana akhirnya kita. Kekuatan spiritualisme akan menghasilkan arah hidup dan idealisme kehidupan. Idealisme atau cita-cita besar ini akan menatijahkan hidup yang bermakna iaitu melahir insan yang berprinsip dan ampuh dalam mempertahankan perjuangan.Manakala idealisme pula memerlukan intelektualisme agar prinsip yang dilahirkan membawa kebaikan kepada alam sejagat. Dengan intelektualime,idealisme yang terbentuk akan terarah dan bermanfaat. Namun semua komponen ini tidak akan realistik tanpa penglibatan aktivisme. Hanya aktivisme sahaja yang akan melahirkan cita-cita dalam bentuk zahir. Didalam kesimpulan mengenai tiga komponen ini Dr.Asyraf Wajdi Dasuki menyebut:
“Intelektualisme adalah satu proses penghayatan budaya ilmu melalui olahan idealisme yang dikembangkan dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang mampu merangsangkn pemikiran kreatif hingga berupaya mencetuskan idea-idea baru sekaligus menterjemahkannya dalam bentuk yang tindakan yang praktis”
1 comment:
izinkan untuk copy......
Post a Comment