Super Tuesday hari ini. Pemilihan penentuan untuk calon berhasrat ke White House
Calon-calon dalam persaingan ke White House melancarkan kempen hari terakhir hari ini sebelum pengundian Super Tuesday melibatkan 24 buah negeri di seluruh negara, esok.
Calon Demokrat, Hillary Rodham Clinton perlu dan Barack Obama bersaing hebat di antara mereka didalam perlumbaan untuk menjadi calon presiden untuk Demokrat pada hari pemilihan terbesar dalam sejarah negara ini.
Senator John McCain dari Parti Republikan hampir pasti untuk disahkan sebagai calon Republikan dengan syarat beliau mencapai keputusan cemerlang pada pengundian Super Tuesday ini.
Hujah paling kuat bagi Hillary Rodham Clinton ialah. Masyarakat US memerlukan calon yang calon yang lasak dan sudah teruji.
Manakala di Kem Obama pula menyanggah hujah itu dengan sinis berpendapat (Terlalu veteran dan tidak relevan.)
Obama pula berhujah bahawa beliau dan bukan Hillary yang patut bertarung menghadapi calon Republikan pada November ini.
“Saya tidak fikir boleh dipersoalkan lagi bahawa penyokong Republikan menganggap Hillary sebagai tokoh yang memecahbelahkan rakyat,” kata Senator dari Illinois itu pada rancangan CBS, Face the Nation.
Kedua-dua tokoh Demokrat itu mendakwa dialah yang mampu mengalahkan McCain, 71, jika terpilih sebagai calon Parti itu.
APA ITU SUPER TUESDAY?
Nama ini diberi kepada 5 Februari 2008 kerana pada hari Selasa ini adalah hari pemilihan yang paling besar dalam pemilihan calon presiden US bagi parti Demokrat dan Republican. Sebanyak 24 negeri akan mengadakan pemilihan serentak samada untuk kedua-dua parti atau salah satu parti.
No comments:
Post a Comment