Monday, February 4, 2008

Cermin jenama baru !!!--> “Atas Nama Pembangunan” .

Cermin jenama baru !!!--> “Atas Nama Pembangunan” .

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan pelancaran Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. TTI yang dibina dengan peruntukan RM250 juta di tapak sebuah pulau seluas 23 hektar mengandungi 21 monumen Islam .

Hasil nasihat Timbalan Perdana Menteri pula . Felda telah bersetuju melancarkan pembinaan Menara Felda setinggi 50 tingkat di ibu negara .

Manakala Perbadanan Putrajaya pula akan membina menara tinjau setinggi 100 meter dengan anggaran kos kira-kira RM30 juta, sekali gus bakal menjadi ikon terbaru bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong asing dan tempatan ke sini.

Ini adalah beberapa pelancaran beberapa projek pembangunan yang dilancarkan pada minggu ini.

Nampaknya pembangunan kosmetik semakin mendapat tempat dalam agenda pembangunan utama negara kita yang tercinta ini. Sedangkan ramai rakyat yang kebuluran dan dipaksa membayar tol.Mahasiswa pula yang memerlukan hak pendidikan yang saksama terus didipaksa berhutang dan berbunga-bungaan. Mahasiswa dan rakyat menjadi sumber keuntungan

Mengapa projek pembangunan bersifat arca-arca ini diutamakan sedangkan negara kita sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang amat parah dewasa ini.

Dadah, Kecuriaan, Keciciran Pendidikan, Zina, Sumbang Mahram, Pergaulan Bebas, HIV-AIDS, Peras Ugut, Rogol, Pembunuhan, Penculikan, Pembunuhan dan banyak lagi jenayah dan masalah sosial melanda negara kita. Sehinggakan kita berasa tidak selamat dan timbul perasaan prajudis kita terhadap sekeliling.

Mengapa kita meletakkan kayu ukur kemajuan berdasar pembangunan “BANGUNAN” material fizikal semata-mata? Adakah itu kayu ukur pembangunan sebenar atau kita terlupa itulah kayu ukur pembangunan yang telah diambil oleh masyarakat barat sehinga kini telah menjahanamkan tamadun barat ?. Mengapa kita tidak mengambil pengajaran daripada keadaan ini ?. Atau kita memang “KAYU”?

Di dalam buku karangan Prof. Dr. Wan Noor Wan Muhamad yang bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu. Beliau menjelaskan perbezaan utama di antara tamadun dunia lain dan dengan tamadun Islam ialah kepada pembangunan keinsanan. Pembinaan nilai insan di dalam diri manusia itu sendiri. Sebab itulah tidak satu monumen dan bangunan pun yang melambangkan tamadun Islam secara keseluruhan. Lambang keunggulan tamadun Islam ialah hanya kepada pencapaian ketinggian Ilmu. Contoh-contoh ilmuwan Islam adalah lambang Tamadun Islam. Al-Farabi,Ibnu Sina,Al-Khawarizmi,Ibnu Khaldun adalah di antara contoh nama-nama besar ilmuwan yang sehingga ke hari ini memebri kesan kepada kemajuan dunia secara keseluruhan.

Adakah kita benar jujur melahirkan modal insan ? ataupun modal pusingan ?

Sebab itulah secara sisnisnya kita terpaksa mengumpul 21 monumen Islam dariapda seluruh dunia dan diletakan pada satu tempat. Mana mungkin hasrat untuk melahirkan generasi ulul albab dengan hanya kita memaksa generasi muda melihat arca-arca itu dengan harapan generasi muda akan terpukau dan terpesona lalu bersemangat untuk menjadi generasi yang berfikir. Saya yakin dan percaya dengan cara ini kita akan mampu dengan jayanya melahirkan generasi yang lembab.

Bagaimana kita mapun untuk melahirkan generasi yang berfikir sedangkan pendidikan negara sendiri telah dijadikan sebagai sumber keuntungan ?. Mahasiswa telah menjadi generasi yang berhutang sebelum ada pendapatan lagi.

Daripada ilmu saya yang sedikit ini. Guru-guru saya berpesan. "Untuk melahirkan manusia yang manusia hanyalah melalui sistem pendidikan yang memanusiakan." Tidak pernah saya lihat guru-guru menjadi manusia yang terbilang dengan menjadi pengkagum kepada bangunan-bangunan.

Serlahkanlah niat sebenar mengenai pembangunan yang bersifat kosmetik ini. Adakah benar-benar ihklas kepada rakyat atau sebenarnya hanya mengaut keuntungan dan memperbodohkan rakyat. Kononnya kayu ukur pembangunan ialah dengan cara kita dapat lihat berapa banyak bangunan yang ada.Bahkan menteri Besar Terengganu terang-terang menyatakan bahawa pembinaan TTI yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah projek menguntungkan. (Sila rujuk http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080204005340/Article/index_html )

Di bandaraya New York. Begitu banyak bangunan-bangunan pencakar langit. Namun jauh nun di dasar kota. Didiami manusia yang tidak berumah yang kadangkalanya mereka ini tidak jauh beza dengan tikus. Penuh dengan jenayah rakus dan kejam. Inikah pembangunan yang kita kejar?.

Kritik bukan erti membangkang. Kritikal ertinya tidak bodoh. Nampak dan faham apa yang berlaku sekarang.

Marilah kita semua bersatu ke arah mengeluarkan masyarakat daripada terus ditipu dan diperbodoh dengan kilauan kilat cermin yang berjenama “Atas Nama Pembangunan” .

"Bebaskan rakyat daripada gerakan memperbodoh rakyat."



(P/S..usaha memindahkan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Baitul Maqdis mengingatkan aku kepada usaha Raja Abrahah dan Burung Ababil. Tapi kali ini lagi teruk. Tiga-tiga sekali.)

Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi

No comments: