SEJENAK DI DAERAH KHANDAK
“Wahai Rasullah, adakah arahan itu satu wahyu ?” baginda merenung wajah bersih Salman Al Farisi. Baginda menjelaskan bahawa perancangan yang di putuskan sebentar tadi bukanlah wahyu. Lalu Salman Al-Farisi mengemukan cadangannya. "Wahai Rasulullah! Kami di negeri Parsi, apabila kami bimbang untuk menghadapi serangan tentera berkuda maka kami bertahan dengan menggali parit".
Senario ini berlaku ketika baginda Rasul sedang bermesyuarat bersama sahabat untuk mengatur strategi menghadapi tentera kufar musyrikin.
Matahari semakin tinggi di ufuk kepala.Bahang
Baginda dan penduduk Madinah terus menggali parit. Peluh mulia baginda terus meleleh jatuh ke bumi. Bumi yang tandus itu berasa sangat sedih. Pemimpin mulia ini membanting tulang bersama rakyat-rakyatnya tanpa mengira penat dan lelah. Namun, inilah kekasih Allah yang Mulia. Tidak pernah diminta dimuliakan oleh manusia.Perjuangan dakwah tetap akan diteruskan.
Sebentar lagi Madinah akan diuji dengan hebat. Bekalan makanan semakin tandus. Kemarau melanda.
Tiba-tiba datang penduduk Madinah yang sama-sama mengali parit .“Wahai Rasullah, kami lapar..”. Abu Talhah dan rakan-rakanya datang mengadap Rasullah.Mereka menunjukkan batu-batu yang diikat diperut mereka kepada baginda.Baginda sayu melihat mereka. Seketika baginda menyelakkan bajunya . Jelaslah kelihatan batu-batu yang diikat bersama di perut baginda. Siapa sangka. Pemimpin agung ini rupa-rupanya bersama-sama mengikat perutnya bersama-sama rakyat untukmenyiapkan parit itu. Abu Talhah terkedu seketika. Begitu juga rakan-rakannya yang lain. Lantas kecintaan dan keimana mereka bertamabh. Sehangat mentari yang membahang itu. Kolam air mata mereka bergenang namun ditahan daripada mengalir Inspirasi ketabahan baginda menjadi sumber kekuatan. Sebak didada mereka bertukar menjadi semangat jihad yang membara.
Itulah Baginda ketika menghadapi perang khandak. Pemimpin agung yang mulia. Baginda memimpin dengan mengutamakan akhlak. Sesungguhnya sebagai pemimpin dan pendakwah. Rasullah SAW lah sumber suri teladan kita yang patut di contohi.
Siapa Salman Al-Farisi?. Siapa beliau yang hendak memberi cadangan ketika mesyuarat tertinggi Rasullah ?. Namun inilah tarbiyah Islam. Tidak sesekali kita menolak cadangan dan pandangan orang lain. Jika difikirkan tentang tahap pimpinan. Pasti cadangan Salman Al-Farisi di tolak mentah-mentah. Inilah corak pemerintahan dan pengurusan yang perlu gerakan Islam contohi. Baginda SAW tidak sesekali mencemuh dan menidakkan cadangan pihak-pihak lain. Semua pihak layak mengemukan cadanagan selagi cadangan itu tidak bercanggah dengan syarak dan memudaratkan.
Begitulah kita hendaknya. Menjadi pimpinan. Rasullah SAW lah contoh yang perlu kita teladani. Janganlah kita menidakkan pendapat dan pandangan anak buah kita. Mungkin cadangan itu baik untuk kampus kita. Mungkin cadangan itu adalah cadangan yang tidak terfikir kita. Sebagai pemimpin. Adalah tidak wajar kita menolak mentah-mentah dan mencemuh cadangan pengikut-pengikut kita. Bila pimpinan mempertahankan sifat “ke AKU annya”. Itulah saat runtuhnya organisasi Islam. Usah kita menidakkan kemampuan anak buah kita. Kita perlu melatih lebih ramai pimpinan. Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang melahirkan ramai pimpinan. Sifat keakuan yang ada hanya bisa meruntuhkan ukhwah. Sifat ini menjauhkan madhu` kita daripada mendekati jemaah.
Kerana di dalam Islam. Persaudaraan adalah puncak tertinggi. Apapun yang terjadi. Faktor persaudaraan perlu di utamakan.
Jika saudara kita tidak tahu.Kita perlu memberitahu. Bila saudara kita salah ,perlu ditegur secara berhikmah. Bila saudara kita tersesat, kita perlu membimbing.Apabila saudara kita mencederakan perasaan kita, maafkanlah. Usahlah kita membelakangkan akhlak mulia dalam perjuangan. Buya Hamka pernah berpesan.Akhlak itu adalah buah daripada agama.
Usah terlalu fikirkan tentang hati kita. Kita terlalu mahu hati kita dijaga. Namun sejauh mana kita menjaga hati saudara kita. Sebanyak mana hati baginda dilukai. Namun kemaafan tetap mekar melakar di dalam hati baginda. Mendoakan umatnya bahagia. Meskipun dikala itu, darah pekat baginda masih hangat mengalir dek kerana dibaling batu-batuan dan segala macam.
Agungnya peribadimu…..
Begitu banyak pengajaran yang wajar dicontohi pimpinan. Himbauan sejarah kadangkala amat mensyahdukan. Kadangkala himbauan sirah mengenangkan kita kepada Baginda Rasullah. Kadangkala bergelombang dada menahan rindu kepada baginda Nabi. Masihkan kita dapat ketemu pemimpin sebagaimana baginda. Bersama-sama lapar dan dahaga. Bersama-sama susah payah bersama umat. Kedudukan baginda sebagai kekasih Allah selayaknya baginda mendapat pelbagai keistemewaan. Namun tidak, baginda tidak pernah menyalah gunakan keistemewaan baginda.
Himbauan sejarah bukanlah sekadar kita memenuhkan kolam air mata. Mengenangkan baginda. Yang lebih perlu ialah kita mengambil contoh teladan. Cinta Nabi perlu dipahat kukuh. Cinta Nabi dan kepada perjuangannya perlu disemarakkan dan dikobarkan. Jalan-jalan baginda perlu dilalui.
Siapalah kita ini. Jauh sekali mengharapkan anugerah sebagi kekasih Allah. Yang termampu kita, hanyalah mengemis cintanya.
No comments:
Post a Comment