Jam sudah menunujukkan pukul 7.00 malam. Sebentar lagi akan berkumandanglah gema yang paling indah. Mua`azin akan memanggil umat Islam untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Mega merah mula memenuhi ufuk langit. Kelihatan di dada langit juga unggas-unggas mula kembali ke sarang.
“Hmmhh aku mesti menyelesaikan dua tiga perkara lagi kerja aku ini” aku berbisik sendirian. Aku perlu menyelesaikan sambungan Pangkalan Data SQL ke Dreamweaver. Dari tadi aku masih memikirkan dan mencuba logik yang bersesuaian untuk menghasilkan graf daripada pengaturcaraan bahasa SQl. Jadual-jadual di dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) telah selesai dibina tadi. Namun aku masih tidak dapat mencari penyelesaian untuk menyambung data ke pembinaan graf.
“Allahu Akbar Allahu Akbar, Allahu Akbar Allahu Akbar”
Allah Maha Besar. Hmmhh aku tak dapat menyelesaikannya. Gema azan memenuhi segenap alam. Unggas-unggas tidak lagi kelihatan. Seolaha-olah sama telah bersedia menunaikan kewajipan. Aku manusia pula yang bergegas-gegas dan terkejar-kejar ke masjid. Lantas aku menekan butang “save” dan menyimpan segala kerjaku. Sambil itu, aku berdoa semoga dipermudahkan tugasan projek akhir aku ini.
Mujurlah Masjid Intan Abu Bakar tidak jauh daripada kolej kediaman ku. Motorsikal aku hidupkan lalu meluncurlah aku di dalam suasana yang mula samar. Alam mula diselimuti malam. Ketika di atas motor itu aku berfikir sejenak. “Hmmh…inilah budak teknologi..terlalu sibuk…sampai ke Masjid pun terkejar-kejar.” Namun aku tetap bersyukur kerana dengan izin Allah, Allah SWT masih mengizinkan aku untuk mengadapnya di rumahNya. Tidak semua manusia yang dimudahkan Allah untuk menunaikan solat sebegini.
Sampainya di Masjid.
Satu suasana yang amat menyenangkan mula meyelimuti tubuh ku, kalbu ku. Hmmh…sangat tenang sekali.
“Ya Allah…banyaknya kasih sayang mu. Engkau masih mengizinkan aku berjemaah. Nikmat yang tak terucap.”
“Ya Allah..tetapkanlah aku di jalan ini. Berilah aku kekuatan dan ruang untuk aku beristiqamah begini.” Bisikku di dalam doa selepas solat. Aku berdoa kerana aku sedar aku tidak kuat. Hanya izinnya dan limpahan kasih sayangnyalah kita dapat beribadat. Jika tanpa izinnya ,tak tahulah apa yang sedang aku perbuat sekarang ini. Mungkin sedang di
“Rabana Atina fidun ya hasanah, Wafil akhirati hasanah, waqina azabannar, Ameen ” Aku meraupkan doaku sesudah itu. Tiba-tiba di satu sudut masjid.
“Allahu Akbar” seorang makmun mula mengikut seorang imam yang baru hendak memulakan solat Maghrib berjemaah. Aku tersentak seketika.
Rambutnya dipotong nipis, dari jauh nampak seperti rambutnya yang nipis itu diwarnakan coklat. Dia memakai baju yang menampakkan bahunya. Jelas di bahunya lorekan corak tatu. Berbaju T dan berseluar “jeans” yang lusuh dan koyak di
Tadinya aku mahu bergegas pulang, aku membatalkan niat. Tergerak hati ku untuk terus memerhatikan mereka sambil dadaku mula beralun kecil.
Imam yang mengimamkannya berpakaian serba putih. Kemas bersih. Serban yang menutup kepalanya nampak “simple” dan kemas terbalut.
“Ya Allah, indahnya pemandangan ini. Seorang dae`I yang tidak meninggalkan sesiapa pun didalam kerja dakwahnya.” Aku berbisik sendirian.
Selama aku menyertai kerja-kerja dakwah ini, aku masih tak mampu nak berbuat demikian. Membawa seseorang yang jelas secara fizikal tersasar, kembali kejalan Allah.
“Bagaimanakah kita sekiranya berhadapan dengan madhu`I kita begitu?. Apakah tanggapan pertama kita?. Adakah kita akan mengarahkannya menanggalkan tatunya terlebih dahulu.?”
Amir ku berbicara ketika mengendalikan usrah. Di tanganya adalah satu keratan akhbar yang memaparkan anak-anak muda yang terbabit dengan budaya “punk” tidak lama dahulu.
Beliau menegaskan lagi
“Seorang pendakwah tugasnya adalah berdakwah. Memberi nasihat tanpa membezakan sesiapa.Tugas pendakwah bukanlah penghukum. Kita bukanlah hakim"
"Inilah yang dikatakan melihat dari kacamata seorang pendakwah. Melihat dengan penuh kasih sayang dan kasihan. Seorang pendakwah bukanlah penghukum. Pendakwah ialah pembimbing. Siapalah kita yang mahu menghukum manusia. Kerana semua yang berada di alam maya ini tertakluk di bawah kuasa Allah. Tidak sewajarnya klita meninggalkan mana-mana madhu`I di belakang kita. Dan tidak sewajarnya kita pilih kasih didalam memberi nasihat”. Jelas amir ku di dalam satu usrah yang pernah aku hadiri. Nasihatnya masih lagi terngiang-ngiang sekarang.
Allah Maha Besar. Mahgrib itu aku berfikir sendirian. Pesan amir ku masih jelas ku berfikir. Adakah aku layak digelar pendakwah?. “Ya Allah limpahkanlah taufiq dan kekuatan kepada ku untuk benar-benar memahami tentang jalan kekasih mu ini.
Tanpa sedar, linangan air mataku panas mengalir perlahan. Hatiku sebak….mengenangkan, apa usaha yang telah ku lakukan di dalam jalan dakwah ini?
Madhu`I = Golongan sasasaran untu di dakwahkan.
No comments:
Post a Comment