Wednesday, September 19, 2007

Senandika Bicara.

Senandika Bicara.

Adakah mereka yang merasakan merekalah yang paling banyak berjasa. Ada mereka yang berasa hati bila berasakan bahawa dialah yang telah membuat segala jasa dalam hidup yang biar berjasa ini. Lalu dia berasa sedih,kecewa dan rapuh jiwa. Dia berasakan hanya mereka sahajalah yang berbuat akan kerja dan berjasa. Dan segala benda dirasakan mereka yang perbuatnya. Di atas kekuatannya, di atas iradatnya.

Mengapa ini jalan fikiran kita. Kita akan berasa rentan kawan,

apabila asyik berfikir ini. Jangan meletakkan semua mereka di dalam kandang pesalah ,mereka tidak berjasa…sedangkan tahukah kau engkau akan setiap mereka apa yang diperbuatnya.

Kawan,usah begitu rentan..

Memikir ini sehingga kita salah laku. Meletak sesuatu bukan pada tempatnya.

Kita laksana sebutir hujan yang jatuh pada sahara yang gering. Lalu sang hujan ini berkata. Mana hujan-hujan yang lain …mengapa aku sahaja yang membasahi bumi sahara ini. Sedangkan dia tak tahu di sebalik gunung sana. Ada beribu-ribu rintik hujan yang membasahi bumi.Yang menyuburkan bumi.

Wahai sebutir hujan,usah kau membasahi muka matahari dengan sebutir yang kau ada. Pasti meruap hilang dan tidak tinnggal lagi jasa.

Kerana teman, kita hidup bukan kerana kita. Tetapi di sebalik sana ada insan dan wira yang tidak terdendang sedang melakukan jasanya. Inilah mereka yang ikhlas.

“Memberi tanpa mengharapkan apa-apa”

Kerjanya zikir,peluhnya kasturi,lelahnya tahmid memuji ilahi,mula kerjanya basmallah menyebut nama Allah,seusai kerjanya Alhamdulilah, tasyakur yang tak bertepian. Inilah kerja mereka yang takkan lelah.

Kawan,

Kita akan lelah apabila tidak mengharap Tuhan,Kita akan rebah apabila mencari mana kawan. Kita hanya gagah apabila bererja atas kekuatan Allah. Bukan kerana manusia. Dan bukan kerana kekutan kita.

Kita mencari reda,mencari pahala.

Usah mendengus kawan. Kelak jasamu umpama debu yang ditiup angin. Buatlah sehabis baik. Kerana di dunia ini bukan diri sahaja yang berbuat jasa.

Biarlah pergimu memberi kesan yang ndah,akan bekas-bekas jasamu.

Kita disini adalah medan tarbiyah, untuk membentuk hati yang tenang.

Kawan,gilaplah cahaya hatimu,biar tembus pandangan mu. Bahawa di balik sana, masih ada mereka yang ikhlas..memberi tanpa mengharap apa-apa sahaja balasan. Meskipun susah, Hati mereka tenteram sekali.

Peliharalah hatimu,peliharalah lidah mu. Usah membawa mudarat yang besar. Kita masih muda untuk merungut akan kesusahan jalan dakwah ini.

Pada malam itu ,aku tahu betapa gelisah kawan ku yang engkau tuduh tidak amanahnya. Adakah kau tahu bahawa dia sedang bertawakal mengharap pertolongan Tuhanya?. Mudahnya dikau membuat tanggapan salah itu.Bersama akulah dia mencari tak sudah akan amanahnnya. Adakah engkau bersamnya setiap ketika sehingga sanggup membuat tanggapan itu.

Syukurlah ujian itu menjadi sempadan ,siapa hati kita kawan.

Wahai teman, kelak nanti ujian kita lebih besar, usah lancar lidah mu memperkecil sang lelaki . Mahupun sang Hawa. Bagaimana kelak nanti dirimu dapat bersabar pada suami?pada Isteri?Pada anak-anak? Lancang tuturmu pasti menikam bias dalam lubuk hati mereka yang kelak akan dikau kasihi? Dapatkah dikau bersabar? Atau sudah adakah azam mu? Usah nanti di uji kita dengan sesuatu yang kitak mampu. Peliharalah lidah mu,kerana itu gambaran kalbu. Ingatlah,satu ujian kita lepasi, akan ada ujian yang lebih besar yang akan kita hadapi. Belajarlah bersabar, bersabar itu ilah tenang, bukan menahan rasa.

Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi

Mampukah kita membahagiakan suami dengan begitu tanpa sekelumit patah kata keluar dari lidahmu kerna sabar dan mengahrap reda? Fakir-fikirkanlah sekiranya kita masih tak mampu menangung sabar.

Berilah tanpa mengharap..pasti tenang jiwa.

Yang Pasti, bukanlah aku orang yang banyak berbuat jasa. Sekadar ingatan untuk aku yang sering mengeluh,menyalahkan orang lain dan sentiasa berasa bahawa akulah yang Hidup Paling Berjasa

1 comment:

KPIJUIAM said...

syukran...nsib baik terbaca...