Monday, September 10, 2007

Ketirisan Dalam urus dana awam.

Apa yang hendak jadi pada Negara kita apabila ketirisan yang begitu besar berlaku. Pembaziran dan penyalahgunaan harta benda rakyat usah dipandang ringan. Berita laporan ketua audit Negara pada Jumaat lepas adalah sangat mengecewakan rakyat. Itu pun bagi rakyat yang peka dan saying pada Negara Malaysia yang tercinta ini. Mungkin saya tidak mahu apa salah guna itu. Namun berita itu boleh saudara-saudara baca di bawah.

Kemudian hal ini akan menjadi perkara “ Baling batu sembunyi tangan”.

Semua pihak lepas tangan dan menayalahkan pihak lain.

Maka BPR pun akan menjalankkan tugasnya. Biarkan BPR menjalankan tugasnya tanpa ada tekanan daripada “Kerajaan Langit”. Usah ada pihak yang cuba mengaggang usah baik ini untuk memastikan ketelusan di dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Pada hemat saya, perkara ini bukan kecil kerana ia melibatkan jumlah wang besar. Bila lihat fakta Nombor di bawah ini. Barulah kita mengerti betapa perkara yang “Tidak Bijak “ ini sewajarnya tidak terjadi dikalangan pentadbir harta awam

RM5.72j
Harga dua menara kren dibeli IKBN berbanding RM2.98j harga pasaran

RM5,741
Harga seunit alat pengangkat kereta dua tan berbanding RM50 harga pasaran

RM10,700
Harga satu set buku teknikal dibeli Kementerian Belia dan Sukan berbanding RM417 harga di Koperasi DBP

Sumber-Berita Harian 10/9/2007

Jumlah jumlah diatas jelas menunjukkan “Harga Yang Tidak Masuk Akal”.

Ketirisan Dalam urus dana awam.


Pada Jumaat lalu (7/9/2007) Laporan Ketua Audit Negara membuat pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006 yang dikemukakan di Parlimen, Ia berhubung kelemahan beberapa kementerian dan jabatan menguruskan dana awam, termasuk dalam pembelian pelbagai barang serta peralatan.

Antaranya, pembelian 13 peralatan dan kelengkapan bagi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dengan harga semua barang itu dilaporkan melebihi harga pasaran sehingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM8.39 juta.

Ini termasuk pembelian dua menara kren membabitkan perbelanjaan RM5.72 juta berbanding RM2.98 juta mengikut harga pasaran, selain alat pengangkat kereta dua tan berharga RM5,741 seunit berbanding harga pasaran hanya RM50 seunit.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga didapati membeli 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk pada harga RM181,900 atau RM10,700 satu set, sedangkan harganya di Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cuma RM417 satu set.

Turut didedahkan ialah mengenai tindakan ketua setia usaha kementerian berkenaan menandatangani 11 kontrak bernilai antara RM7.99 juta hingga RM74.2 juta berkaitan projek IKBN bagi pihak kerajaan, tetapi tiada surat penurunan kuasa menteri dikemukakan ketika pengauditan dijalankan.

Mengikut Akta Kontrak Kerajaan 1949, kontrak bernilai lebih RM5 juta perlu ditandatangani sendiri oleh menteri sebagai mewakili kerajaan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh menteri berkenaan.

Kementerian Kewangan pula ditegur kerana gagal merancang dan melaksanakan dengan baik projek Sistem Maklumat Kastam (SMK) menyebabkan Kastam Diraja Malaysia terpaksa menambah 10 lagi kontrak bernilai RM30.18 juta.

Selain itu, pembinaan bangunan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Seremban dilaporkan tidak dirancang dan dilaksanakan dengan teratur oleh Kementerian Penerangan menyebabkan kos projek itu meningkat daripada RM23.47 juta kepada RM38.51 juta.

Sementara itu, Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohd Shukri Abdull, berkata pihaknya akan menyiasat sama ada wujud unsur penyelewengan dalam prosedur pembelian peralatan berkenaan.

“BPR akan mengkaji laporan itu terlebih dulu untuk mengenal pasti kelemahan tertentu yang memerlukan siasatan kita. Sekiranya kita dapati ia mempunyai asas untuk disiasat, kita akan siasat dan panggil semua yang terbabit.

“Bagaimanapun, sekiranya kelemahan yang berlaku itu hanya membabitkan pelanggaran prosedur dan tiada unsur rasuah, maka tindakan selanjutnya tertakluk kepada kementerian atau menteri terbabit,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ditanya bagaimana Ketua Setiausaha KBS dibenarkan menandatangani kontrak melebihi nilai sepatutnya, Mohd Shukri berkata, perkara itu akan turut disiasat.

Selain KBS, katanya, BPR juga akan memberi tumpuan kepada kementerian dan jabatan lain yang prosedur tendernya dilaporkan mengalami kelemahan hingga menjejaskan dana awam dan perbelanjaan kerajaan.

FAKTA NOMBOR
Antara pembelian barang melebihi harga pasaran

RM5.72j
Harga dua menara kren dibeli IKBN berbanding RM2.98j harga pasaran

RM5,741
Harga seunit alat pengangkat kereta dua tan berbanding RM50 harga pasaran

RM10,700
Harga satu set buku teknikal dibeli Kementerian Belia dan Sukan berbanding RM417 harga di Koperasi DBP

Sumber-Berita Harian 10/9/2007



APA PENDAPAT SAUDARA- SAUDARA YANG PEKA DAN MENCINTAI MALAYSIA?

No comments: