Semalam nahas paling buruk berlaku dalam sejarah tanah air kita. Punca sebenar masih disiasat. Namun rekod pemandunya yang buruk dan masih dibenarkan untuk memandu adalah sesuatu yang tidak dapat dimaafkan. Dua puluh orang maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang di sini, semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata bas milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd yang didaftarkan pada 1987 itu pula mempunyai 19 saman sejak 1991 dan pemandu bas ekspress itu sendiri mempunyai 15 saman trafik dan dua waran tangkap.
Seperti biasa maka negara akan digemparkan dengan pelbagai arahan. Yang biasa didengar
“Kami akan tubuh pasukan penyiasat”
“Kami akan lebih tegas”
“Kenderaan akan diperiksa”
“Sistem akan dinilai semula”
Malah inilah yang berlaku setiap kali ejadian buruk berlaku. Dan kemudian pada kenudian harina ia masih berlaku.
Apa hal ni?
Perdana Menteri mengarahkan setiap kenderaan pengankutan awam diperiksa. Mentri berkenaan pula akan mengarahkan pemandu kenderaan perdagangan seperti lori dan bas ekspres diwajibkan menjalani program latihan khas penambahan kecekapan berkuat kuasa serta merta.
Solanya disini ialah apabila segala benda hendak di komersialkan. Hendak di dagangkan. Kita tidak ada masalah dalam hal ini. Namun dalam Islam. Setiap perkara yang dibuat ada bahagian yang perlu di perhatikan iaitu aspek kemanusiaan atau tanggungjawab. Inilah yang menjadi asas dalam perkhidmatan dan perniagaan dalam Islam.
Hendak berniaga. Beri yang terbaik. Contohnya makanan. Untuk berjaya,sesebuah restoran perlu fikirkan bahawa dia perlu memasak sepertimana dia hendak makan. Bukan seperti keadaan dibeberapa kafe di Universiti. Sperti tak mahu masak sahaja.
Begitulah hal keadaannya apabila aspek tanggungjawab tidak dititk beratkan. Kenapa hanya kenderaan seperti pesawat kapal terbang diberi perhatian sempurna?
Mungkin sudah sampai masanya kenderaan awam seperti bas ekspress perlu di urus secara professional. Tidak keterlaluan jika pemandunya sendiri bukan sahaja hanya perlu ada lessen memandu , tetapi juga ijazah memandu atau ijazah dalam bidang mekanikal. Pakaian kemas. Tidak merokok dan mengambil dadah. Pengalaman saya sendiri kadang-kadang sesak nafas di belakang pemandu yang merokok.
Itu kita tidak sentuh lagi isu ulat tiket, keadaan Hentian Puduraya yang tercemar yang entah bila hendak siap pemandangannya. Sepatutnya Hentian Puduraya selepas 50 tahun kemerdekaan telah berubah wajah kerana ia nadi penting dan pintu masuk utama ke ibu kota.Ini tidak , seperti kapal hendak pecah sahaja rupanya. Sikit lagi pecah lah tu.
Saya tak tahu samada nahas ini akan menjadi yang terakhir atau akan ada yang lebih dasyat lagi. Memang benar ajal maut di tangan Allah SWT. Namun sikap kita kadang-kadang memang mengundang maut dengan sengaja.
Hehehe..sengaja cari pasal.
No comments:
Post a Comment