SOROTAN GENERASI KELUARGA DAKWAH
Sdr.Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Timbalan Presiden PKPIM 06/07
PKPIM-ABIM-WADAH adalah kelahiran yang melengkapakan tri-wadah perjuangan yang lahir hasil daripada keperihatinan para pendokong dakwah yang tidak pernah mengharapkan apa-apa melainkan yang mahu dilihat oleh keluarga besar PKPIM-ABIM-WADAH ini hanayalah mahu melihat cahaya Islam ini merata ke seluruh bumi bertuah Malaysia ini. Siapakah yang dapat menyangkal peranan besar keluarga besar perjuangn ini dalam mencorak warna Islam di Malaysia ini. Dalam satu ucapan Dasar Oleh Mantan Presiden ABIM yang juga pernah lahir dari PKPIM, Dr.Siddiq Fadzil telah merakamkan situasi ini dalam ucapan dasar beliau dalam Multamar Sanawi 18 ABIM 1989. Beliau berbicara
“Lapan belas tahun dahulu ,bersama-sama wadah-wadah seangkatan seperti PKPIM, AL-Rahmaniah dan lain-lainnya kita telah dengan susah payah memupuk dan membelai tunas kebangkitan yang sekarang kita sama-sama menyaksikan semarak dan gejolaknya.Kebangkitan semula semula Islam dalah merupakan suatu amanah sejarah buat generasi masa kini”.
Dengan izin Allah SWT, Keluarga besar ini memberikan impak yang cukup besar kepada negara. Generasi yang ada didalam keluarga besar ini telah ditakdirkan untuk kita menerima beban galas yang besar untuk meneruskan risalah nubuwah. Perjuangan kita tidak akan berhenti selagi “Watan” kita masih belum terbebas dari anasir dan saki baki penjajah.
Siapakah PKPIM
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Sejarah penubuhan
Penubuhan PKPIM ini diusahakan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pemimpin pelajar daripada lima institusi pendidikan tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur (sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), Kolej Islam Malaya (sekarang Maktab Perguruan Islam) dan Maktab Perguruan Bahasa. Tujuan utama penubuhan persatuan ini pada awalnya adalah untuk menjadi wakil tunggal pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada waktu itu untuk berhubung dengan badan-badan pelajar Islam di luar negeri.
PKPIM ditubuhkan atas dasar inisiatif yang timbul kesan dari Seminar Pelajar Islam Se Malaysia yang pertama kali dianjurkan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya. Beberapa persatuan pelajar Islam dari luar negara seperti Malaya, Indonesia, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon menjadi perwakilan pada hari tersebut. Seminar ini merupakan seminar pertama yang dianjurkan oleh para pelajar atas nama Islam.
Hasil dari seminar tersebut beberapa resolusi telah dibentuk iaitu persatuan pelajar-pelajar Islam PTM perlu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di PTM dan perlunya PTM mengadakan satu institusi pengajian tinggi (universiti) bagi memenuhi keperluan pengajian Islam yang ada di negara ini. Hasil dari resolusi yang dibuat, maka Jawatankuasa Seminar memberi mandat untuk membentuk satu Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIM. Hasilnya, terbentuklah satu Jawatankuasa Perancang penubuhan PKPIM yang kebanyakan ahlinya terdiri dari Jawatankuasa seminar tersebut.
Penubuhan ABIM dan Universiti Islam
Setelah genap usia PKPIM ke sepuluh tahun usianya. Para aktivis dakwah ini tahu dan sedar bahawa usia perjuangan dalam pentas dakwah ini bukanlah setakat usia pelajar sahaja. Setelah menggegarkan Negara dan mencorak Iklim Islam di persada tanah air. Para aktivis dakwah meneruskan kelangsungan perjuangan ini ke usia belia. Kesedaran ini adalah sangat bertepatan dengan firman Allah SWT;
“Dan hendaklah takut kepada Allah seandainya meninggalkan dibelakang mereka zuriat-zuriat yang lemah,yang mereka khuatiri terhadap kesejahteraan mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan mengucapkan perkataan yang benar”
An-Nisa : 9
Maka pada persidangan muktamar PKPIM ke sepuluh, lahirlah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ada pada hari ini.Kongres PKPIM ini telah diadakan diadakan di Fakulti Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 3-5 Ogos 1971. Dalam kongres ini juga, seluruh warga konggress telah bersetuju sebulat suara atas satu resolusi iaitu kearah penubuhan Universiti Islam Malaysia yang akhirnya melahirkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) seperti yang ada pada hari ini.
Berkut adalah sedutan daripada kata aluan yang tertulis dalam buku cenderamata bersempena kongres tersebut oleh Setiausaha Agung PKPIM ketika itu, iaitu saudara Kamarudin Mohd Nor.
“Bersempena dengan persidangan Agung kali ini, PKPIM menganjurkan dua kongres yang diadakan bertutut-turut pada masa persidangan agung PKPIM. Satu kongres iaitu kearah penubuhan Universiti Islam sebagai memenuhi hasrat dan cita-cita umat Islam ,sesuai dengan Islam sebagai Agama rasmi Negara kita dan Satu lagi kongres yang membincangkan tentang pengembelingan tenaga-tenaga belia islam arah penyatuan utuh demi untuk manafaat umat Islam di Malaysia yang tercinta ini.”
Apakah peranan kita generasi penerus?
Sejarah dibelakang kita adalah satu tanda yang telah berlaku. Kita sebgai generasi penerus dah tidak sewajarnya hanya menjadi generasi yang pasif dan hanya berbangga dengan kegemilangan yang telah lalu.Kita perlu segera keluar daripada label generasi yang “Jiwa santai Mati Rasa.” Kita hanya enak dibangku-bangku kampus sedangkan umat sedang dilanda masalah yang begitu mencabar. Dengan ledakan teknologi maklumat yang amat pesat, pertembungan dan kekeliruan budaya menajdi semakin pantas berubah. Bahkan jurang perbezaan antara generasi semakin meruncing dan sangat berbeza.
Untuk medepani dan menangani kemelut ini. Kita perlu sama-sama mendepani cabaran yang perlu kita kuasai ini.
- Mencapai kecemerlangan total dalam keilmuan dalam ruang lingkup yang besar demi UMAH bukan bersifat individualistik.
- Mengusai ilmu teknologi maklumat.
- Mengetahui fungsi sebenar Insan iaitu Hamba dan Khalifah.
- Berjiwa besar untuk lahir memimpin umat.
Penutup
Belajar sambil mencabar,
Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang,
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman(mencabar) DAN terpelajar.
Prof .Ungku A Aziz
Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan Jiwa Merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Dr. Burhanuddin al-Hilmi
No comments:
Post a Comment