Wednesday, June 13, 2007

Catatan Perang Isreal Lubnan 06






Adakah susunan gambar ini tidak menyusun hati anda?

Catatan Perang Isreal Lubnan 06

14 Ogos 06 , Israel telah mematuhi gencatan senjata. Selama 33 hari bumi Lubnan di hujani peluru-peluru berpandu tak bermata. Selam 33 hari juga Israel secara jelas telakukan melakukan jenayah perang dan mencabuli undang-undang antarabangsa apabila dengan sengaja memusnahkan infrastruktur awam Lubnan dalam perangnya . Menurut Amnesty International,kumpulan hak asasi manusia itu berkata, bukti awal termasuk bentuk dan skop serangan Israel, bilangan mangsa awam yang tinggi, kerosakan yang meluas dan kenyataan pemimpin negara Yahudi itu ‘menunjukkan kemusnahan yang terhasil adalah disengajakan dan adalah sebahagian daripada strategi ketenteraan Israel’ dan bukan kerosakan sampingan. Menurut Donatella Rovera, seorang penyelidik Amnesty menyatakan bahawa kerosakan yang berlaku amat memeranjatkan dan ada bukti menunujukkan serangan keatas orang awam adalah disengajakan.

Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) pula menganggarkan 1,183 terkorban dalam konflik Israel-Lubnan, satu pertiga daripadanya kanak-kanak, manakala Majlis Tertinggi Bantuan Lubnan berkata 4,054 rakyatnya cedera dan 970,000 menjadi pelarian akibat serangan Israel.

Namun seperti biasa Israel meneggaskan tindakannya itu adalah sah.

Melalui Mark Regev, jurucakap bagi Kementerian Luar Israel secara biadapnya berkata negaranya bertindak secara sah.“Tindakan Israel di Lubnan menepati tindakan yang biasa diterima dalam konflik dan mematuhi undang-undang antarabangsa,” katanya.Tentera Israel berkata, pihaknya daripada 12 Julai sehingga gencatan senjata pada 14 Ogos lalu melancarkan lebih 7,000 serangan udara terhadap sasaran Lubnan dan tentera lautnya melancarkan 2,500 bedilan.

Israel telah pun melancarkan perang kegilaannya atas alas mempertahan negaranya daripada Negara jirannya. Alasan mereka demi untuk membebaskan 2 orang tentera mereka yang kononnya menjadi tebusan jelas tidak dapat di terima akal apabila menghujani bumi Lubnan dengan beribu-ribu serangan yang membabi buta. Jelas yang menjadi korban adalah orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak. Bak kata pepatah melayu, kerana nyamuki seekor, habis satu kelambu dibakar.

Namun pejuang-pejuang Islam tidak gentar dan melawan kembali pengganas Israel. Meskipun Israel mempunyai teknolgi yang cukup ampuh, namun ini semua gagal memecahkan sempadan Lubnan. Selama 33 hari Israel cuba menembus kubu-kubu Hizbullah. Namun ia gagal. Malah situasi semasa peperang Israel-Lubnan itu menyaksikan kawasan jajahan di utara Israel seperti Nahariya, Kiryat Shemona, Haifa, Hadera, Nazareth, Nazareth Illit, Rosh Pina, Tiberia, Tzfat, Afula, Beit She'an, Karmiel dan Maalot dihujani kembali serangan-serangn roket Hizbullah. Semenjak penubuhan Negara haram Israel pada 1948 juga menyaksikan inilah kali pertama penghijrahan lebih setengah juta Yahudi daripada utara Israel.
Inilah antara situasi yang terjadi di Asia Barat. Kita harus mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Pertamanya ialah. Usah sangsi dengan janji-janji Allah. Allah SWT telah menjanjikan kemenangan yang pasti dan menjadi pembela kepada umat Islam yang benar-benar berjihad.

“Kami selalu berkewajiapa menolong orang-orang yang beriman”

Ar Rum ayat 47.

“Allah adalah pelindung orang orang yang beriman”

Al – Baqarah 257

Keduanya ialah, kita harus sedar bahawa al-Quds adalah milik semua kita umat Islam. Kita umat Islam adlah umat yang cintakan kepada kedamaian. Peperangan adalah jalan terakhir ujtuk mengakkan kebenaran . Namun semangat jihad perlu dikobarkan. Selama di dalam sejarah Islam juga menyaksikan kuantiti bukanlah faktor penentu kemenangan, namun jihad adalah kunci kemenagan. Peperangan Ahzab dan Peperang Badar al-Kubra menyaksikan kemenangan umat Islam.


Oleh yang demikian. Seluruh keluarga besar kerangka dakwah diseru agar kembali merapatkkan saf perjuang demi membela Islam tercinta. Rohul Jihad perlu di kobarkan kembali. Rahul jihad perlu disemarakkan semula didalam dada-dada kita. Alllah Amat Menyayangi mereka yang merapatkan saf perjuangan. Hanya saf-saf perjuangan yang tersusun rapi sahaja yang akan dijanjikan kemenangan.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalan Allah didlm barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bagunan yang kukuh” As-Saf 4

Wahai penolong-penolong Agama Allah, kepada siapa lagi kita perlu bergantung harap. Kemenangan adalah pasti. Oleh itu mari kita rapatkan saf perjuangan. Utamakan umat daripada kepentingan diri sendir. Hindari perpecahan dan perasaan hasad dengki dan Iri hati.Hapuskan sifat mazmumah yang besrang dihati. Gantikanlah dengan selaut sifat mahmudah. Akhlak terpuji perlu menadi sandaran di dalam pengurusan gerakan.Hapuskan gejala merasakan diri sendiri adalah terbaik. Hindari permusuhan dalaman. Buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Jernihkan hati, sucikan kalbu kita demi Islam sejati.

Musuh kita terlalu banyak. Yahudi dan Kufar yang memusuhi kita tidak akan berhenti menjalankan kerja-kera mereka. Untuk memadamkan cahaya agama Allah. Namun Allah lah perlindung kepada agama Islam ini.

Allah tidak memerlukan kita untuk melindungi agamanya. Sekiranya kita tewas daripada jalan dakwah ini, maka Allah akan menggantikan kita dengan umat yang lebih baik. Namun kitalah yang memerlukan dakwah, kitalah yang memerlukan jalan ini.

Janji apakah yang lebih kita yakini selain daripada janji Allah.?

“Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi , sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya dia meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhainya untuk mereka dan dia ebnar-benar akan menukar keadaan mereka ,sesudah berada dalam keadaan ketakutan klepada kesentosaan” An-Nur 55

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan. Merelka kekal didalamnya, sebagai janji Allah yang benar. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” Luqman 8-9

Peperangan Israel-Lubnan perlu dijadikan ibrah (Iktibar). Malahan sehingga ke saat ini. Kejahatan Israel masih berlaku. Bahkan bukan sahaja Palestin yang menyaksikan pembantaian umat Islam. Afganistan, Iraq, Jamu-Kashmir dan beberapa lagi kawasan di muka dunia ini masih menyaksikan penindasan Umat Islam. Usah menoleh terlalu jauh, nasib saudara kita di Negara jiran kita, Thailand juga masih tidak berubah. Peristiwa Krisek pasti masih terpahat di minda dan raga kita. Ramadan yang kian hampir juha perlu menggamit kembali ingatan kita kepada peristiwa kematian lebih 300 orang umat Islam pada beberapa Ramadan yang lepas. Mereka diperlaku sepertyi haiwan ternakan oleh tentera Thailand. Dimuatkan kedalam lori dan dibawa ke Bangkok. Peristiwa kejam dan menyayat hati ini pasti tidak dilupakan oleh umat Islam terutamanya penduduk Islam patani.

Jihad adalah kunci kemenangan. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita diberi kekuatan untuk menyemarakkan kembali roh jihad. Kita anak muda, masih kuat dan gagah. Kita perlu menyahut seruan jihad ini. Sekuarang-kurang kita berjihad dengan apa yang ada. Dengan Izin Allah, pasti suatu hari nanti fajar akan menyinsing yang menyaksikan Islam kembali terjulang, kembali dihormati dan digeruni.

Ingatlah….

“Katakanlah , jika bapa-bapa,anak-anak,saudara-saudara ,isteri-isteri, kaum keluarga kamu , harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalannya, maka tunggulah sehingga Alla mendatangkan keputusannya, dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq”

At Taubah 9
Satu syair darpada Ustaz Fathi Yakan pernah bermadah.




“Aku tetap tidak
peduli,

Asalkan aku seorang
muslim,

Biarpun diriku dibunuh
mati,

Untuk Allah Kematian ku Pasti”

Namun..apa pun perjuangan kita,haruslah diatas akidah yang benar,Ilmu yang benar. Allah Itu Maha Esa yang tiada kecacatan ,kelemahan dan kelupaan. Dan Nabi Muhamad SAW adalah Rasullah SAW.Utusan Allah dan sahabat-sahabatnya adalah mulia.

Firdaus Khairi

No comments: