Sepagi sebelum Pilihanraya di negara Burung.
Hari ini aku membuka surat khabar,
Mencari maklumat dan berita,
Sekadar meneruskan rutin harian ku yang biasa,
Tapi entah mengapa,
Yang ada,
Hanya ada dua warna,
Bukan biru,bukna hijau,bukan juga merah,
Tetapi hanya warna hitam dan putih,
Jenuh aku menatap akhbar,
Semua akhbar,
Ah..dengus ku sendirian,
Tiba-tiba,
Aku terbaca di dada akabar,
Sebuah cerpen,
Tentang sebuah negeri,
Kisah sebuah negeri burung,
"Sekiranya kami dipilih kamu, wahai unggas dan margasatwa, kami akan membina sebuah landasan yang moden dan bertahap antaraburung" Kata Yang Berhormat Enggang.
Bergembiralah para unggas dan burung-burung di rimba.
Padahal mereka lupa,
Anak-anak mereka baru tumbuh sayap,
Masih tidak pandai untuk terbang,
Namun mereka terpesona dengan janji yang mengataraburungkan.
Janji melangit dihamburkan,
Mereka lupa,
Mereka memerlukan pendidikan dan latihan,
Agar anak-anak mereka menjadi burung-burung yang berguna untuk segenap warga rimba,
Berkatalah pulak sang gagak di rimba,
Sang gagak yang tidak pernah putus asa mencalon namanya,
Sebagai calon pemilihan wakil rimba raya,
"Sekiranya kalian memilih aku, Seluruh pengurusan dan latihan dirimba ini aku bagi percuma, malah mereka yang tiada pekerjaan juga aku akan memberi gaji"
Ah...Sang Gagak terlupa, Belanja mengurus negara Rimba ini bergantung kepada pendapatan yang sedikit ini.
Demi kemenangan,
Tiada lagi ruang untuk warna kelabu,
Walau siapa yang menang,
Adakah rakyat tetap kalah?
Sebelah pihak dengan senarai kejayaan terangnya,
Adakah rakyat tidak perasan akan senarai gelapnya pula,
Sebelah pihak dengan janji dan semangat,
Adakah rakyat yakin dengan janji retorik?
Bukalah mata, Celiklah minda,
Usah kita jadi "BODOH" lagi,
Teruja dengan janji "KOSMETIK" dan "PLASTIK"
Pilihlah mereka yang ada prinsip,
Prinsip untuk memenangkan rakyat dan umat,
Pilih "SIAPA" jagan pilih "APA".
Tak salah memilih pembangunan,
Tapi jagan pilih "WANG,DIVIDEN,HONORIUM" yang tiba-tiba muncul entah dari mana,
Adakah rakyat begitu samar tahap penglihatannya,
"WANG" itu hanya hadir ketika pilihanraya,
Bukanya engkau dapat selamanya,
Aku menulis bukan aku membangkang jauh lagi aku bukan pembangkang,
Tetapi aku sayang,pada sebuah negara,tempat tumpah darah dan lahir ku,
Aku kecewa, Aku gusar,
Mengapa mereka tidak gusar,
Dengan mendidik rakyat dengan "WANG"
Mengapa tidak mendidik dengan "ILMU"?
Tanpa Ilmu, Tidak akan hadir kesetiaan pada negara,
Dengan "WANG" tidak akan hadir "PENGORBANAN" dikalangan ahli parti dan gerakan.
Dengan "DENDAM" hanya menghadirkan kebenciaan dan permusuhan.
Mengapa kita hanya dibenarkan memilih hitam atau putih?
Aku mahu meilih kelabu,
Kerana di antara keduanya,
Meraka masih mempunyai kalbu,
Masih ada kebaikan di antara mereka,
Aku yang mencintai semua, Hitam dan Putih.
(KERANA MEREKA BANGSAKU,DAN MENGANUT AGAMA YANG SAMA DENGANKU DAN AKU MELIHAT DARIPADA KACAMATA DAKWAH, KACAMATA YANG MELIHAT,BETAPA SEMUA ORANG PERLU MENANG DAN SEMUA ORANG PERLU KESYURGA.........SEMUA ORANG)
--> PENA SYURGA.
--> GOMBAK
--> 15 FEBRUARI 2008
-->
No comments:
Post a Comment