Penjelasan Isu PTPTN.
Dalam isu PTPTN ini. Banyak polemik telah ditimbulkan. Dalam isu jelas menunjukkan masalah berhubung muamalat Islam telah ditimbulkan. Sewajarnya hanya pihak yang benar-benar pakar dalam kewangan Islam sahaja yang layak untuk menunujukkan hUkum yang jelas kepada umat Islam di negara ini.
Sesungguhnya riba adalah unsur yang amat buruk didalam Islam. Sehinggakan Allah SWT mengancam dengan amaran yang keras sepertimana Firman Allah SWT.
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman. Jika tidak, Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap kamu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu, agar kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”. (Al-Baqarah:278).
Kecelakaan riba ini turut ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. yang mengingatkan dalam satu hadis: “Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seseorang lelaki berzina dengan ibunya sendiri.” (At-Tabrani, 7/158; Riwayat Al-Hakim).
Demikianlah bahana riba yang dikategorikan sebagai dosa besar yang bukan sahaja diumpamakan seperti berzina dengan ibu kandung sendiri malah lebih parah lagi sehinggakan Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang terhadap pengamalnya.Dengan ancaman perang ini menunjukkan betapa seriusnya Islam membenteras sistem yang menindas ini.
Dalam hal ini, Di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-51 . Majlis Fatwa Kebangsaan didalam e-fatwa telah menyatakan bahawa Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan yang sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar. Fatwa ini selaras dengan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah Badan Kewangan & Perakauan Islam Antarabangsa (AAOIFI) (rujuk www.aaoifi.com) dan juga keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) bahawa caj perkhidmatan adalah dibenarkan dengan syarat bahawa ia adalah kos sebenar.
Mengikut keputusan majlis-majlis ulama ini menyatakan kos sebenar yang dimaksudkan disini adalah tidak termasuk kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337).
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.PKPIM merasakan bahawa PTPTN tidak telus dalam menjelaskan caj pentadbiran yang perlu dibayar kepada peminjam. PKPIM telah berkali-kali cuba menghubungi pegawai yang berkenaan beberapa bulan dahulu untuk mendapatkan penjelasan berhubung dengan nilai caj sebenar yang diperlukan untuk kos pentadbiran PTPTN namun talian seringkali tidak dijawab. Sekiranya kita melihat kepada laman web Al-Rajhi Bank, sebuah perbankan Islam dari Arab Saudi, mereka menjelaskan dengan terperinci mengenai nilai yang diperlukan untuk kos pentadbiran mereka bagi memudahkan para pencarum membuat penilaian. Inilah sebenarnya yang menimbulkan kekeliruan.
Selain itu. pengiraan kos pengurusan yang dinyatakan oleh pengerusi PTPTN Datuk Razali Ismail di dalam akhbar baru-baru ini juga menunujukkan bahawa pengiraanya hampir sama dengan pengiraan bank komersial.Perkara ini telah dinyatakan oleh seorang pakar kewangan Islam Malaysia. Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (http://www.zaharuddin.net). Menurut Datuk Razali Ismail Caj itu bukan riba tetapi adalah caj yang dikenakan selepas perkhidmatan diberikan . Yang kita gusarkan mengapa sistem kiraan ini adalah hampir serupa dengan pengiraan riba oleh bank-bank komersial yang lain.?.
Kos Pentadbiran Bulanan = 3 % x baki jumlah semasa x 1/12
Cara kiraan ini adalah hampir serupa dengan kiraan pinjaman Riba dalam pinjaman perumahan di bank-bank konvensional, bezanya ia lebih murah dari kadar riba bank konvensional yang bersifat komersial itu. - Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman.
Selain itu terdapatnya unsur-unsur yang mengelirukan sperti cara pengiraan yang ternyata mengaut keuntungan. Menurut surat pembaca daripada Latifah Abdullah. Pinjaman asalnya adalah RM19,500. Kos perkhidmatan yang dikenakan meningkat setiap tahun. RM19,548.75 untuk Disember 2006, RM19,597.50 pula untuk Januari 2007. Apabila dilihat semula, kos pentadbiran yang dikenakan semakin bertambah iaitu daripada RM3,821.38 bagi tempoh 120 bulan kepada RM5,850. Bukankah ini jelas membebankan?
Oleh yang demikian PKPIM sebagai persatuan yang berperanan menjaga kebajikan pelajar Islam Malaysia menggesa PTPTN untuk lebih telus dalam memperincikan perkara ini. PKPIM mencadangkan PTPTN sekurang-kurangnya mempunyai panel syariah yang menasihati perjalanan urus tadbir pinjaman ini. Usah kita menyataka sesuatu tetapi tidak tepat berlandas syariat.
Suara PKPIM juga adalah bertepatan dengan keputusan majlis fatwa kebangsaan. Kos pentadbiran yang dimaksudkan oleh para ulama adalah kos sebenar. Bukannya kos tidak langsung seperti gaji atau sewa bangunan.PKPIM juga menghormati kenyataan Mufti Negeri Johor Datuk Noh Gadut dalam akhbar hari ini. PKPIM Cuma menjelaskan perkara sebenar sekaligus mahu menjaga nama baik PTPTN. Cadangan PKPIM adalah untuk baik pulih PTPTN dan menggalakkan PTPTN untuk mengutamakan kebajikan.
Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Timbalan Presiden PKPIM
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.
820724075141
PKPIM,
Kompleks Anjung Rahmat,
53100 Jalan Gombak,
Kuala Lumpur.
T+603-6187 9520F+603-6184 2570
No comments:
Post a Comment