SEUSAI PROKLAMASI KEMERDEKAAN
Sdr.Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Sdr.Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada yang Maha Esa kerana pada tahun ini kita menyambut usia kemerdekaan ke 50 negara secara legitimasinya daripada penjajahan setelah selama 450 tahun kita dijajah.Usia kemerdekaan yang sangat muda sekali berbanding usia tanah air kita dijajah oleh penjajah kolonial. Kemerdekaan adalah satu kenikmatan yang begitu berat tangunggungjawabnya. Perjuangan sebenar bagi kemerdekaan ialah mengisi makna bagi kemerdekaan itu dan mengisi makna selepas perjuangan itu. sendiri. Maka atas kesedaran inilah perjuangan kemerdekaan negara telah dimuali oleh golongan cerdik pandai dan ulama-ulama Melayu.
Perjuangan dalam merintis jalan kemerdekaan tanah air sendiri. Dalam zaman awal kemerdekaan, 5 tahun selepas kemerdekaan, lahirlah PKPIM sebagai wadah dakwah gerakan pelajar dalam mengisi usaha menyambung risalah ar-Rasul. Setelah hampir 450 tanah tanah air dijajah, pada waktu itu jiwa kehambaan kepada ‘Orang Putih’ masih membelengu rakyat. Lahirnya PKPIM untuk membebaskan pemikiran umat daripada minda dan jiwa penjajah. Tidak keterlaluan pada ketika itu melihat peranan Islam ini dalam aspek yang sempit sekali. Cukup Islam ini setakat ibadat solat, zakat, puasa dan haji semata-mata. Sedang Islam adalah “Way of The Life”. Bermula daripada perkara yang paling asas dalam kehidupan seperti bersuci,adab tidur sehinggalah merangkumi aspek ekonomi,undang-undang dan pemerintahan negara.
Inilah agama yang paling syumul dan lengkap sekali tanpa menninggalkan satu aspek pun fitrah kehidupan manusia. Misi pembebasan ini diunggkapkan oleh Rab`iy Ibn Amir kepada Rustum, ketua angkatan Bersenjata Parsi ketika ditanya mengenai misi kedatangannya.
Kami adalah pembawa misi Ilahi untuk membebaskan manusia daripada pengabdian sesama manusia kepada pengabdian kepada Allah semata,mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat,mengeluarkan manusia daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.Allah telah mengutuskan RasulNya untuk tujuan ini supaya rasul itu mengajar makhluknya dengan agamanya.
Menyoroti usaha kemerdekaan
Sejarah amat penting. Sejarah yang benar dapat mengenalakan siapa diri kita ini. Apa asal usul kita. Siapa leluhur kita. Oleh itu sebagai anggota gerakan Islam yang menjunjung budaya keilmuan sebagai teras gerakan perlu benar-benar meneyelidiki sejarah yang benar.
Dr.Burahnudin al-Helmy kebelakangan ini seolah-olah menjadi wira yang semakin tidak didendangkan.Pada hal beliau adalah tokoh yang penuh iltizam dan tidak mengenal putus asa dalam usaha kemerdekaan negara.
Beliau mula dikenali pada seawal tahun 1935 apabila ditahan oleh British di Palestin kerana menentang penjajahan British. Beliau adalah seorang doktor homeopathy yang mendapat PHD dalam psikologi dan metafizik Islam dari Aligarh Muslim University,India. Beliau juga pernah ditahan pada tahun 1937 di Singapura kerana kritikannya ke atas penjajah dalam majalah “Taman Bahagia”. Usahanya yang berterusan dan penampilannya sebagai ulama Islam yang berpendidikan tinggi telah menjadikan beliau tokoh yang sangat berpengaruh di tanah melayu ketika itu. Perjuangannya dalam kemerdekaan negara sangat jelas.
Dalam satu ucapan beliau ketika memimipin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menjelaskan tentang perjuangan menyebut,
Perjuangan kita dalah perjuangan yang sederhana dan di tengah-tengah, yang saya sebutkan disini ialah kebangsaan yang bulat. Kita menentang penjajahan tetapi kita tidak pula pro komunis. Kita mahu balik keadilan tanah kita dan kebangsaan dan kebangsaan kita yang berdaulat,sebagaimana kita belum dijajah dahulu
Madrasah sebagai asas idealisme kemerdekaan.
Apabila kajian dilakukan, peranan madrasah sebagai memberi impak kepada usaha gerakkan kemerdekaan negara. Nama-nama besar madrasah yang mewarnai pendidikan Islam di tanah air antaranya ialah Madrasah al-Masriyah, Pulau Pinang yang di asakan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Fuad(1906),Maahad al-Ihya As-Syarif,Gunong Semanggol yang dirintis oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir 1934, Madrasah al-Masyhoor al-Islamiyah di Pulau Pinang(1919),Madrasah dan al-Hadi di Melaka (1917) pula telah diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi. Sebenarnya banyak lagi madrasah-madrasah yang memberi pendidikan dan akhirnya mencetuskan gelombang kebangkitan penentangan penajajahan dan melahir tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan. Peranan madrasah sebagai wadah menyemai ilmu dan kesedaran bangsa sememangnya tidak dinafikan.
Hubungan Dr.Burhanudin Al-Helmy selaku Presiden PKMM waktu itu dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir pula adalah pengetua Maahad al-Ihya As-Syarif yang sangat mashur di Nusantara ketika itu. Nama-nama ini wajar dikenali oleh ahli gerakan Islam tanah air kerana perjuangan mereka sangat jelas dan konsisten dengan Islam itu sendiri. Hubungan kedua-dua tokoh ini adalah kerjasama yang simbiosis. Objektif utama Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan penubuhan Maahad al-Ihya As-Syarif adalah semata-mata untuk memajukan pendidikan umat Islam ketika itu. Bukanlah politik yang menjadi agenda utama. Manakala Dr.Burahnudin Al-Helmy mahu kemerdekaan negara terisi dengan mereka faham akan Ilmu.
Pada waktu itu peringkat paling tinggi para pelajar Melayu ialah setakat darjah 5 dan darjah 6. Bagi Ustaz Abu Bakar al-Baqir, kerjasama ini adalah untuk menjaga kepentingan agama Islam yang dianggap tidak dibela oleh UMNO ketika itu yang agak sekular dan dikuasai oleh golongan bangsawan. Perjuangan PKMM ketika itu dan UMNO ketika itu juga mewakili dua golongan iaitu PKMM didokong oleh rakyat kebanyakan dan UMNO didokong oleh golongan yang hanya mahu kemerdekaan dicapai dan status-quo golongan ini masih tetap.
Kesan Maahad al-Ihya As-Syarif,Gunong Semanggol sangat berpengaruh ketika itu. Sehinggakan kata-kata Dato` Onn yang terkenal ada menyebut.
Saya tidak melarang,tetapi saya tidak sudi membenarkan …bahaya dari gunung itu masih ada lagi …
Maahad al-Ihya As-Syarif memainkan peranan yang aktif sekali dari segi keilmuan dan oraganisasi.Antaranya pada 24 Mac 1947 Majlis Agama Tertinggi Se-Malaysia(MATA) telah ditubuhkan. Dalam ucapan penubuhan MATA ini Ustaz Abu Bakar Al-Baqir membidas bahawa golongan feudal Melayu yang menjadi penyebab kemunuduran masyarakat Islam dan Melayu. Penubuhan MATA ini turut disertai oleh Haji Abdullah Fahim datuk kepada Perdana Menteri Malaysia sekarang.
Piagam Taiping dan Pengisytiharan Kemerdekaan
Dr.Burhanudin al-Helmy berusaha keras untuk menggerakkan ulama-ulama dan mempertahankan kepentingan Islam dan beliau juga berusaha keras untuk mencapai kemerdekaan bagi tanah Melayu. Pada tahun 1945,atas dasar hubungan baik dan bidak catur politiknya dengan Jepun, beliau dan Mustapha Hussein telah menemui pemerintah Jepun. Dalam rundingan itu , pihak Jepun telah meminta mereka menyediakan satu piagam bagi Tanah Melayu Merdeka. Dr.Burhanudin al-Helmy dan Mustapha Hussein telah meneyediakan satu piagam yang dinamakan “Piagam Taiping” sebagai draf perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.
Kesan daripada “Piagam Taiping” menyebabkan pemerinah Jepun dari Singapura dan Tokyo telah melakukakan beberapa kali rundingan bersama Dr.Burahanudin Al-Helmy. Mereka akhirnya mencapai kata sepakat Tanah Melayu akan diisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos 1945. Pengisytiharan ini akan dilakukan di Stesen Radio Pulau Pinang yang dijaga oleh Komender Flkotilla. Namun begitu, manusia merancang, Allah SWT jualah yang menentukan. Jepun telah meyerah kalah pada 15 Ogos 1945 setelah bom atom menghancur luluhkan Nagasaki dan Hiroshima. Pengisytiharan kemerdekaan tidak dapat dilakukan dan British kembali menjajah Malaya. Perjuangan tokoh ini tidak terhenti disitu sahja bahkan berterusan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan secara legitimasinya kerana Ulama reformis ini sedar bahawa umat Islam masih tidak terbebas dari jiwa penjajahnya.
Kemerdekaan dari segi maknanya.
Inilah sebenarnya ang kita perlu perdalami. Kemerdekaan itu sebenarnya adalah bermula daripada diri sendiri. Prof.Dr.Wan Mohd Nor Bin Wan Daud ketika membecarakan soal kemerdekaan meneyebut bahawa kemerdekaan pimpinnalah yang akan membawa kepada kemerdekaan sejati. Menurut beliau lagi setiap pemimpin adalah pemimpin apabila diri aklinya (al-nafs al-natiqah) memimpin diri haiwaninya (al-nafs al-haiwaniyyah). Jika kita gagal memimpin organisasi pada peringkat ini ,kita akan gagal memimpin organisasi besar seperti keluarga,jabatan mahupun negara. Sentuh beliau lagi bahawa kegagalan bangsa yang dijajah mengisi kemerdekaan secara keseluruhan adalah disebabkan oleh kegagalan pemimpin memerdekakan diri masing-masing dan institusi daripada penjajahan.
Beliau juga menyebut penjajahan fikian dan rohani adalah berlaku dari dua segi.
a) Kejayaan sistem pendidikan dan budaya penjajah.
b) Kegagalan diri menguasai tekanan-tekanan dan pujuk rayu diri haiwani seseorang.
Penjajahan dari segi pertama akan menyebabkan sesuatu bangsa akan hilang jatidirinya dan menjadi sangat bergantung bekas penjajahnya.Penjajahan diri pula akan menyebabkan menghilangkan sifat malu,sikap akhlak dan keagamaan bermakna dalam diri perilaku.
Manusia merdeka?
Bagaimanakah kita ini mahu merdeka dalam erti kebebasan total. Adakah wujudnya kebebasan total dan kebebasan fikiran yang total sedangkan kita ini ada penciptanya,ada penguasanya?Seperti yang di ungkap oleh Rab`iy Ibn Amir diatas. Kemerdekaan sejati didunia ini ialah kita mengakui diri kita ini adalah hamba kepada Yang Maha Berkuasa. Kerana taraf hamba adalah darjat yang paling mulia sekali disisi Allah SWT.
Prof.Dr.Wan Mohd Nor Bin Wan Daud menyimpulkan bahawa umat yang merdeka terkandung kepada 4 ayat penting dalam al-Quran yang menajdi asas kepada tarbiyah.
“Manusia diciptakan untuk menajdi Hamba Allah” Al-Dzariat 56
“Dan dimuka bumi ini sebagai khalifahnya” al-An`am 65
“Islam sebagai agama sempurna dan universal” Ali Imran 19 dan Al-Maidah 3
Daripada 4 ayat diatas maka peranan umat Islam ialah untuk menjadi umat yang terbaik iaitu mereka melakukan kebaikan (al-Makruf)dan mencegah kemungkaran (Al-Mungkar) dan beriman kepada Allah SWT. (Ali Imran 110)
Perlaksanaan ketiga-tiga syarat ini menurut beliau akan menajdi tunjang dan tanggungjawab akhlak yang akan secara automatiknya menjadi umat yang merdeka.
Dalam erti kata lain, dengan kelemahan yang kita ada dan sifat bergantung kita,mana mungkin kita menjadi bebas lepas tanpa ada lingkungan syariat dan peraturan yang telah dicipta oleh Allah SWT yang Maha Tahu tentang keperluan dan apa yang pantang pada makhluk ciptaanya.(Manusia).
Bagaimana pandangan semangat kebangsaan kita.
Siapa yang tidak cintakan tanah air? Pada hal inilah tanah air tempat lahir kita dan asal kita. Siapa yang boleh mengatakan bahawa dia tidak rindu untuk pulang kekampung halamannya. Benarlah kata pepatah
“Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sendiri,baik lagi dinegri sendiri”
Buya Hamka membicarakan dengan jelas tentang faham kebangsaan ini dalam bukunya Pandangan Hidup Islam. Beliau menyatakan bahawa kita percaya pada Tuhan dan mengabdi diri padanya. Kita bersyukur kerana Allah SWT telah mencipta dan melahirkan kita ditempat yang cukup indah ini. Ada gunung ganangnya,rimba yang menghijau, alur sungai yang dingin dan bersangatan keindahannya sehingga kita timbul kecintaan kepada tanah tumpah kita.
Perkara yang penting disebut oleh Buya Hamka ialah.
“ Kadangkala cinta itu terlepas daripada daripada uratnya, terbongkar dari asalnya, Cinta itu terlepas daripada urat Tauhid maka jadilah musyrik”
Ini menjelaskan bahawa cinta kita pada negara juga perlu jangan terputus daripada urat tauhidik. Apabila ini berlaku,maka sifat faham kebangasaan akan menjadi sempit. Kita perlu cinta pada bangsa kita tetapi jangan samapai hilang norma kemanusiaan yang didik dalam tauhid. Jangan sampai kita memperkecil bangsa lain.Inilah juga yang disebut oleh Buya Hamka sebagai pandangan Kebangsaan yang sempit.
Usah semangat nasionalisma itu disemai seperti Hitler,Napleon,Firaun dan beberapa lagi pemimpin. Seperti yang pernah disebut Hitler bahawa bangsa Jerman adalah bangsa yang teratas daripada bangsa lain. Mereka yang berkiblatkan cinta kebangsaan yang telah tercabut daripada urat tauhid akan sanggup menghilangkan nilai-nilai kemanusiaan. Natijahnya,pembantaian dan pembersihan etnik menjadi senjata untuk memenangkan satu bangsa sahaja.
Menurut Buya Hamka lagi,kebangsaan yang luas ialah melihat umat manusia itu “Satu”.
“Tidaklah sempurna iman kamu sehingga dia belum mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (Bukhari dan Muslim)
“Adalah manusia itu terdiri daripada umat yang satu” Al-Baqorah 213.
Khatimah
Sewajarnya kita menginsafi dan mensyukuri nikmat kemerdekaan ini. Segala semangat adalah penting di latari dengan asas keilmuan yang benar. Kesyukuran kemerdekaan dengan kita mengisi ma`na kemerdekaan dan mempertahankannya dengan berpegang erat pada sendi urat tauhidik.
Bibiliografi
1. Hamka (1975) Pandangan Hidup Islam.Pustaka Aman Press, Kota Bahru.
2. Riduan Mohamad Nor,Mohd Fadli Ghani (2007) Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan.MHI Publication.Selangor.
3. Dr.Haron Din(2002)Manusia dan Islam.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur
4. Asraf Wajdi Dasuki(2000) Ucapan Dasar Memimpin Perubahan Menjana Generasi Rabani.PKPIM.Kuala Lumpur.
5. Prof.Dr.Wan Mohd Nor Bin Wan Daud.(2006) Masyarakat Islam Hadhari:Satu Tinjauan Epistomologi.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.
6. Ramlan Adam(2004)Gerakan Radikalisme di Malaysia,Dewan Bahasa dan Pustaka.s
No comments:
Post a Comment