Pada 28 Ogos 2007.Akhirnya parlimen Turki memilih juga Abdullah Gul sebagai Presiden Turki selepas melaui tiga kali pusingan pengundian.Beliau adalah menteri luar Turki sebelum ini.
Undian parlimen Turki menyaksikan Parti Pemerinah yang memenangi pilihanraya Turki baru-baru ini (Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP)) yang menduduki 340 kerusi daripada jumlah keseluruhan 550 kerusi parlimen. Undian itu menyaksikan kemenangan mudah Abdullah Gul sebagai.
Pengundian sebelum ini mendapat masalah kerana tidak mendapat undi yang mencukupi dua per tiga suara parlimen sehingga menyaksikkan pilihanraya Turki diadakan.
Ketakutan yang tidak berasas.
Al-Jazeera melaporkan Jeneral Yasar Buyukit ketua pemerintah tentera Turki membuat kenyataan bahawa dia melihat bahawa “Pusat Kejahatan” Centre of Evil” sedang meresapi republik sekular Turki. Beliau juga menyatakan sekiranya terdapat usaha untuk menghilangkan pemisahan diantara republik dan masjid (Islamisasi dan Pemerintahan),tentera dicadangkan untuk tidak berdiam diri. Menurut beberapa orang penganalisis,adalah di khuatiri proses Islamisasi akan menjadi subur dibawah pemerintahan Presiden Abdullah Gul.
Dalam kenyataan bertulisnya,Jeneral Yasar Buyukanit menyatakan bahawa adalah tugas utama tentera untuk melindungi Turki sebaga republik sekular dan sosial berdasarkan peraturan dan undang-undang.
Akhbar Milliyet melaporkan bahawa "Pemilihan President Abdullah Gul sebagai Presidenakan menjadi titik tolak peralihan didalam sejarah politik Turki dan menjadi tanda aras kematangan demokrasi Turki.."
Pihak liberal menyatakan bahawa keadaan semasa ini menyaksikan satu ancaman kepada system sekular Turki pada masa hadapan. Pihak pembangkang pada pilihanraya baru-baru ini tidak dapat menandingi popularity yang di raih oleh parti AKP ini.
Pihak liberal juga melihat Presiden Abdullah Gul adalah simbolik kepada kebangkitan dari ahluan konservativ yang mendapat sokongan padu daripada parti pemerintah AKP
'Secret agenda'
Ketika pencalonan Abdullah Gul dicalonkan sebagai presiden pada April lalu, pihak pembangkang telah memulaukan undian presiden dan pihak tentera juga ketika itu mengeluarkan amaran mereka “Bersedia untuk Mempertahankan” sistem sekular. Sejak 1960,pihak tentera telah melakukan ramapasan kuasa sebanyak empat kali.
Krisis ini telah meyaksikan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, mengadakan pilihanraya awal Turki pada 22 Julai lalu dan parti AKP mendapat kemengan yang sangat besar dan memudahkan parti pemerintah mencalonkan kembali Abdullah Gul sebagai presiden.
Pihak lawan mendakwa Parti AKP mempunyai agenda tersembunyi untuk menggantikan rejim sekular kepada republik Islam.
Puak sekular turut menyeret isteri Abdullah Gul kedalam konflik ini. Dengan penampilannya sebagai wanita yang bertudung,puak sekular menganggap ia iadalah simbol yang bertentangan dalam sistem sekular.Sejarah menyaksikan tidak ada seorang pun wanita atau isteri Presiden yang bertudung menginap di Istana Presiden.
Namun begitu,akhbar Milliyet yang menjalankan bancian pada Selasa mendapati majority rakyat Turki - 72.6 peratus –tiada masalah dan bantahan sekiranya wanita pertama(first lady) memakai tudung kepala dan 19.8 peratus tidak kisah atau tidak endah samada wanita pertama memakai atau tidak tudung kepala.
Tahniah kepada rakyat Turki dan Presiden Abdullah Gul.
1 comment:
Yes indeed, in some moments I can bruit about that I acquiesce in with you, but you may be in the light of other options.
to the article there is still a question as you did in the go over like a lead balloon a fall in love with publication of this beg www.google.com/ie?as_q=aston desktop 1.9.2 with 26 themes ?
I noticed the axiom you have not used. Or you partake of the dreary methods of inspiriting of the resource. I take a week and do necheg
Post a Comment