Rasa atau perasaan?
Seuntai mutiara ungkapan kata
Yang lahir dari lidah berbicara
Adakah untaian itu seikhlas sukma
Adakah terpancar dari sanubari yang sirna
Adakah engkau mengerti dengan apa yang engakau ungkapkan…
Ukhwah
Persaudaraan
Persahabatan
Ah…
Mudah benar melafaz kata
Tanpa memikir akan makna
Adakah dikau saudaraku?
Adakah dikau benar saudaraku….
Jangan kau bicara tentang “sahabat”
Andai dikau tak mengerti
Jangan dikau mengaku sahabat jikau dikau membiar saudaramu derita
Jangan dikau ungkapkan saudara andai penting dirimu satu keutamaan
Janagan dikau mengaku ukhwah andai sakitnya tidak dikau peduli,tidak ambil tahu
Engkau!
Engkau pandang enteng ungkapan ini.
Engkau tak mengerti tentang kata ini…
Mahu aku ceritakan padamu apa yang aku tahu?
Dalam satu perjalanan yang jauh,dua orang hamba Tuhan
Sedang merentas sahara yang saujana.
Siangnya panas,Malamnya membeku
“Wahai Abu Bakar, Mengapa engkau? Sekejap ke kiri,sekejap ke belakang,sekejap ke kanan”
“Wahai baginda Rasul yang ku kasihi, aku bimbang busur panah musuh mengintai-intai tubuhmu. Moga-maga apa yang ku lakukan ini biar menghindar ia. Andai diserang busur itu biarlah dijamahnya tubuh ku,bukan tubuh mu”
Aduh mulianya pengorbanan seorang sahabat.
Bisa kah aku ?
Bisa kah engkau?
Sedang lena Baginda Rasul.
Tetiba mengalir titisan airmata panas
“Mengapa di kau wahai sahabat ku Abu Bakar”
Terpandang Nabi ke wajah sahabatnya. Sedang mengetap bibir kesakitan dan semakin biru wajah merah kulit Arab Abu Bakar.
“Maaf wahai Rasullah, Ku telah menutup semua lubang-lubang ular dan haiwan berbisa yang ada di dalam Gua ini. Dengan selendangku dan denagan apa-apa yang ada. Daku tak berniat nak mengejutkan mu wahai Baginda Rasul”
Sambil Air mata menahan kesakitan terus mengalir.
Mengertilah baginda Rasul
Sahabatnya telah menutup sebuah lubang dengan kakinya.
Dan kakinya itu telah menjadi mengsa pagutan Ular yang berbisa.
Aduh mulianya,
Aduh cekalnya,
Bisakah aku?
Bisakah engkau?
Wahai lidah yang tidak berminda tak berakar di jiwa.
Jangan mudah melafaz kata andai tidak bermakna
Usah bicara tentang sahabat andai tidak mahu mengenal penat,
Usah mengaku tentang saudara andai tidak mahu susah bersama
Usah berkata tentang Ukhwah andai tidak sanggup menagguh lelah
Adakah dikau mengert bahawa setiap muslim itu bersaudara?
Namun dikau jelek sekali
Hanya mengaku tetapi tidak mengerti
Penting dirimu lebih sekali
Lantas engkau rela melihat perjuangan ini rebah.
(Mungkin aku juga begitu?)
penasyurga
No comments:
Post a Comment