Thursday, June 7, 2007

Merdeka kah ??

Di atas robohan Kota Melaka,

Kita dirikan Jiwa Merdeka,

Bersatu padulah segenap baka,

Membela hak keadilan pusaka.

Inilah satu bait-bait keramat yang lebih tinggi daripada sajak, lebih mulia daripada gurindam yang dilafazkan Oleh dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi ketika Kongres Kebangsaan Ke-2 PKMM yang telah diadakan di Melaka. Dalam kongres ini; telah diadakan perayaan dan rapat umum secara besar-besaran di Bandar Melaka dan diserikan dengan perbarisan angkatan API dengan memakai baju dan seluar berwarna putih sambil memegang kayu yang diibaratkan sebagai senapang. Pemimpin-pemimpin dari parti politik telah membuat ucapan-ucapan yang membakar semangat untuk merdeka semasa perayaan tersebut.

Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Haji Abdul Rahman bin Mahmud, Ibrahim Yaakub dan Dr. Burhanuddin al-Hilmi,Ustaz Abd. Rabb al-Tamimi Ustaz Abd. Rauf Nur.Shamsiah Fakeh. Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Adakah generasi kini masih kenal dengan nama-nama ini?. Malahan adakah generasi kini rajin berfikir mengenai asal usul negara kita yang tercinta ini. ? Dan adakah sejarah negara kita terlalu bias sehingga kita meminggirkan mereka yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaann tanpa mengahrapkan ssatu balasan pun melainkan mahu melihat pencerahan umat Melayu Islam di Tanah Melayu ini.

Nama-nama tokoh dan Persatuan-persatuan diatas adalah antara warna-warna yang melarikkan corak-corak kemerdekaan kita. Bagi mereka, kemerdekaan itu bukan sahaja terbebas negara kita daripada pendudukan “orang putih” . Dan apalah ertinya kemerdekaan jika segala kekayaan negara hanya dikaut untung oleh segolongan pihak sahaja. Maka mereka meluluh lantakkan segala isi perut Tanah Melayu yang tercinta ini.

Mengapa mereka ini dilabelkan haluan kiri? Sedangkan asas perjuangan mereka dalah berteraskan Melayu dan mengangkat martabat Islam itu sendiri. Adakah Islam ini “Haluan Kiri”.

Kawan-kawanku yang dikasihi

Di belakang duri di depan api

Kita tidak bisa undur lagi

Duri dan api, tajam panasnya kita hadapi

(Usman Awang)

Benarlah perjuangan kita belum bisa berhenti malah masih jauh daripada destinasi. Kemerdekaan hakiki kita ialah apabila kita sedar benar bahawa kita ini hamba Ilahi. Hamba Ilahi bukan sehina hamba manusia. Kerana darjat tertinggi insan ialaj menjadi Hamba Ilahi. Hamba Manusia namanya “Kuli”..Hamba Allah itu lah Wali,yakni yang paling dikasihi.

Kebenaran dan Keadilan ,tidak akan berhenti daripada memperjuangkan kebenaran. Buya Hamka juga pernah berpesan , Kehidupan adalah antara rantai-rantai kesulitan yang perlu ditempuhi. Itulah perjuangan. Hidup tidak beerti tanpa perjuangan.

Oleh itu, anak muda. Di mana perjuangan mu. Adakah kamu mahu hidup bacul dan tidak bermaruah?

M. Nasir

Anak Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu


Tulisan Aku..


No comments: