Tuesday, May 29, 2007

Mengupas JIWA RABBANI

Mengupas JIWA RABBANI

Oleh:Sdr Mohd Firdaus Bin Mohamed Khairi

Jalan Dakwah adalah jalan sunnah. Sejauh mana kita yang menggelarkan diri kita ini umat Nabi Muhamaad SAW benar-benar mahu mengikut jejak langkah baginda Rasul SAW.Sejauh mana cinta kita pada Nabi Muhamaad SAW tetapi kita tidak pula cinta dan mahu mengikut jalan-jalan yang pernanh dilalui baginda. Itulah jalan dakwah. Jalan yang menuntut kita seribu satu pengorbanan. Pengorbanan yang bukan untuk kita..tetapi untuk manfaat manusia sejagat.

Cinta pada kekasih…sudah tentu cinta pada jalan-jalannya. Sejauh mana bukti kita cinta pada Rasul ialah dengan kita sanggup terjun dan bersama-sama dalam kancah dakwah ini. Jalan yang suci dan mulia. Namun penuh ranjau dan rintangan.Oleh yang demikan , para pendakwah perlu benar-benar memahami dan menjiwai satu bekal yang amat perlu di sepanjang jalan dakwah.

Bekal itu letaknya dijiwai,dari jiwa akan terpancarlah kejernihan gerak geri aktivis dakwah. Itulah yang dinamakan JIWA RABBANI.

Apakah maknanya JIWA RABBANI?

Prof.Dr.Sidek Baba banyak menyentuh tentang ertinya JIWA RABBANI. Menurut beliau dalam bukunya Pendidikan Rabbani:Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia.

Konsep rabbani mempunyai makna yang sangat luas dan sangat dalam pengertiannya. Perkataan-perkataan Rabbana,Rabbuna,Rububiyah yang berasal daripada kata akar Rab semuanya merujuk kepad TUHAN Yang Maha Esa. Allahlah puncak sesuatu.Dialah yang mentadbir dan menguasai sesuatu.

Ertinya disini , bekal para aktivis dakwah perlu sarat dengan keyakinan yang utuh tentang adanya Allah SWT ,Tuhan Yang Maha Agung. Segala sesuatu itu datangnya dari Allah. Segala perbuatan kita adalah kerana Allah SWT. JIWA RABBANI itu adalah jiwa yang yang total keyakinan dan keimananya kepada Allah. Jiwa ini adalah jiwa yang terpasak kukuh ketauhidan nya pada Tuhan. Tida sekutu dan tiada duanya.

Daripada kefahaman JIWA RABBANI inilah,para aktivis dakwah akan kuat jiwanya. Kuat dengan ertinya aktivis dae`i tahu bahawa kerjanya kerana Tuhan. Bukan kerana manusia.

Daripada memahami JIWA RABBANI, para aktivis akan sedar tentang sifat kehambaanya.Dariapda kehaman inilah insan akan mengenali sifat fitrahnya.

Menurur Dr. Sidik Baba lagi. Atas faktor Rabbani inilah yang memberikan landasan akidah yang kukuh antara Pencipta dan makhluk.Apbila pertimbangan ini kukuh dan teguh, apa sahaja pertimbangan manusia sama ada niat,perbuatan dan tingkah laku sentiasa mengambil kira pertimbangan Rab sebagai faktor utama. Tidak ada satupun yang terlepas daripada pertimbangan Rab Makhluk akan mengakui akan keagungan dan kekeuasaan Tuhan yang menciptakan.

Betapa pentingnya JIWA RABANI pada jiwa setiap aktivis dakwah. Dalam jiwanya sentiasa ada Tuhan. Apa sahaja bicaranya adalah bicara yang mengambil kira kiraan Tuhan. Dengan jiwa Rabbanilah para aktivis dakwah akan menyedari betapa perlunya dia pada Tuhan. Betapa lemahnya dia di pangkuan Gerbang Tuhan.Dengan sifat JIWA RABANI ini aktivis akan memancarkan qudwah qudwah terbaiknya pada sasaran dakwah. Para aktivis dakwah akan insaf dan sedar ,tak cukup sekiranya hanya dai yang menjadi baik dan terlindung daripada kejahatan. Para aktivis dakwah akan berasa betapa bertanggungjwabnya dia untuk mengajak lebih ramai orang lagi ajuh daripada pintu neraka. Denagn sifat baik dan hikmah inilah para sasaran dakwah akan timbul rasa percaya dan mengubah peribadinya. Para ativis Dakwah akan berusaha dengan tingkah laku yang terbaik,percakapan terbaik dan jiwa yang baik.Sehingga peringkat komunikasinya adalah nasihat buat manusia. Katanya dan tuturnya adalah mutiara yang tidak sia-sia.

Para Aktivis Dakwah akan sentiasa sujud hatinya pada Allah SWT. Jiwanya setiasa rukuk dan tunduk patuh pada Tuhannya. Para Aktivis akan segar kefahamanya tentang hubungkait horizon dan vertikal.Iaitu konsep asas tarbiyah kita iaitu hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Para aktivis dakwah akan sentiasa dekat hubungannya dengan Allah SWT. Hubungan hatinya dan ibadahnya hanyalah yang terbaik dan hanya untuk Allah SWT. Segala hak-hak Allah akan dipatuhinya dan dipersemabhakan hanya hasil yang terbaik pada Rabbinya.

Namun kadangkala kita mengabaikan sifat kemanusiaan yang juga perlu kita lestarikan dalam nurani. Kadangkala kita kita tidak mempraktikan hak-hak kemanusiaan dalam kerja dakwah ini. Kadangkala kita lebih rakus dalam kerja dakwah ini. Kita mengabaikan hubungan kita sesama manusia. Inilah antara penyakit yang perlu dibasmi segera. Adakalanya pimpinan tidak menjiwai erti pendakwah itu. Sifat Arrogant nampaknya semakin menyubur dalam jemaah Islam. Kadangkala kita lebih mengamalkan Micheveli lebih daripada qudwah baginda Nabi. Kikislah sifat itu. Sifat mengadu domba. Sifat merendah-rendahkan usaha dakwah adalah sifat yang tercela. Yang membinasakan hati para aktivis Islam yang lain. Kekuatan dakwah bukan terletak pada duit atau kuasa. Tetapi kekuatanya adalah terletak pada hubungan hati dan ukhuwah islamiyah yang sejati dan murni. Kita kadangkala terlalu keras dengan jemaah kita sendiri atas nama Tuhan,Atas nama Gerakan.

Jiwa Gerakan adalah diibaratkan Skeleton (tulang rangka) bagi dakwah. Jiwa Gerakan sangat penting sebagai kekuatan kerangka dakwah aktivis dakwah. Namun, apabila sifat Tuhan tidak dihadami. Jiwa Gerakan akan menadi tulang rangka dakwah semata-mata. Tidak ada penggerak yang mahu dekatinya kerana tak cantik dan menakutkan. Tulang Rangka kekuatan Dakwah ini memerlukan JIWA RABANI untuk mencantikkannya. Dengan JIWA RABANI yang murni. Tangan,Kaki,Mata,Telingan dan tubuh badan dakwah akan terdiri. Hal ini akan memperlihatkan betapa indahnya Islam itu. Dan terzahir betapa agungnya Tuhan Yang Maha Esa.

Menurut Dr, Sidik Baba lagi. Daripada kefahaman dan menjiwai JIWA RABBANI ini akan meneyebabkan jiwa seseorang itu memiliki takwa yang tinggi terhadap penciptanya.Asas ini adalah sangat penting supaya manusia sentiasa rukuk dan sujud kepada-NYA.Kekuatan iman ini apabila diterjemahkan dengan amalan soleh akan menghasilkan rasa takwa yang tinggi. Daripada takwa yang tinggi ini akhirnya akan melahirkan Ihsan yang tinggi dalam jiwa aktivis dakwah. Ihsan pada manusia. Ihsan pada setiap sesuatu di alam ini.Melakukan Ihsan meskipun kita tidak dapat melihjat Tuhan. Tetapi keimanan kita bulat dan keyakinan kita kental terhadap Tuhan.

JIWA RABBANI adalah jiwa penuh keinsafan tentang adanya Tuhan Yang Maha Esa. JIWA RABBANI adalah jiwa yang segar ahtinya dengan aliran jernih zikir zikir dan ingatan pada Tuhan. Kerja dakwahnya, kerja gerakkan adalah kerja kerana Tuhan Yang Maha Agung. JIWA RABBANI adalah jiwa seorang hamba yang paling kudus. Yang sentiasa merasa kerdil diriinya dan merasa betapa perlunya dia pada Tuhan. Hikmah hatinya akan terpancar tanpa perlu dipaksa-paksa. Hikmah hatinya akan mendekatkan manusia pada dirinya. JIWA RABBANI adalah jiwa yang sangat tenang dan sakinah. Daripada jiwanya, wajahnya akan cerah dan berseri seri lantaran cahaya ketaqwaan dan nur ihsannya. Dan Tuhan akan memandangnya sebaga a`bd khaira. Hambanya yang baik dan berprinsip. JIWA RABBANI adalah jiwa yang kental dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi. Panggilan Jihad adalah panggilan yang paling dirinduinya. Pengorbanan adalah kemanisan yang tak terhingga baginya. Memberinya tanpa mengharap balasan. Berjuangnya tiada sempadan dan perbatasan.

Sakit rindunya hanya pada baginda Rasul SAW.Cintanya dilestarikan dengan bergabung dalam jalan dakwah ini.Dibuktikan kesungguhannya dalam jalan dakwah ini. Sahabat-sahabatnya adalah teman yang ingin sekali dia bersama berjiran-jiran disyurga. Dan nanti disana. Para pendakwah ini akan berkata…”Wahai Rasullah SAW…kami telah melalui jalan-jalan mu..tanda cinta kami pada mu.Kerana kami pernah mendengar firman Tuhan, mencintaimu adalah mencintai Tuhan Yang Maha ESA”

Selamilah hati kita… JIWA RABBANI

CARA ISLAM MENANAM TATA RABBANI DALAM JIWA DAN

KEHIDUPAN MANUSIA

Prof. Dr. Yusuf al-Qharadhawi


Islam telah berusaha untuk menanamkan tata Rabbani kepada jiwa setiap Muslim di dalam kehidupannya melalui pelbagai cara. Cara-cara tersebut ialah:

1. Melalui Jalan ‘Ibadah

Melalui ibadah-ibadah wajib dan sunat yang digalakkan oleh Islam. Melalui pengulangan solah lima waktu setiap hari. Solat merupakan roh seperti roh yang ada pada setiap jasad. Ia sentiasa menemukan muslim dengan Allah SWT.

Tatkala manusia tenggelam dalam permasalahan hidup, maka bangunlah mu’azzin melaungkan kalimah Allahu Akbar, mempersaksikan hanya Allah SWT Ilah yang ditauhidkan dan Muhammad adalah Rasulullah, mengajak menunaikan solah pada waktunya dan mengajak kepada kemenangan yang hakiki. Lalu terangkatlah muslim dari kesibukan dunia untuk berhadapan dan mengadap Allah bagi beberapa waktu yang khusus. Solat akan mendorongnya untuk menyeru ke arah kebaikan diri dan umat. Solat mengangkat dirinya dari alam kebendaan ke alam keruhanian dan daripada keegoan diri sendiri kepada mengutamakan orang lain.

Berpuasa sebulan yang diulangi pada setiap tahun juga menanamkan ruh rabbani ke dalam jiwa muslim. Ketika berpuasa, muslimin mengharamkan dirinya daripada terlalu menurut hawa nafsu samada ketika makan minum, hubungan jenis dan segala aktiviti kehidupan.

Setiap hari, bermula dari terbit fajar hingga jatuh matahari, merupakan tarbiyyah bagi kemahuan dan kehendak nafsu. Puasa melatih muslim untuk menuju taqwa demi mencapai kesempurnaan ibadah kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam sebuah Hadith Qudsi, mafhumnya:

“Puasa itu kepunyaanKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya; hamba yang meninggalkan makanan keranaKu, hamba yang meninggalkan minuman keranaKu, hamba yang meninggalkan isteri keranaKu dan hamba yang meninggalkan kelazatan keranaKu.”

Berzakat, dengan selalu mengeluarkan harta dapat menghapuskan sifat bakhil, membersihkan harta dan membersihkan jiwa. Disamping itu memupuk rasa syukur kepada Allah SWT di atas segala ni’mat pemberianNya. Firman Allah SWT:

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan.”- Surah at-Taubah: 103

Zakat mengandungi makna pembersihan, penumbuhan dan keberkatan. Manakala perkataan Dharibah (cukai) pula mengandungi makna pemaksaan, kekerasan dan hutang. Dengan demikian tuntutan Islam menunaikan zakat adalah secara suka rela dan redha meredhai serta memohon kepada Allah SWT dengan do’a yang bermaksud:

“Ya Allah! janganlah jadikan (zakat ini) sebagai barang rampasan tetapi jadikan (zakat ini) sebagai hutang.”

Haji pula memisahkan seseorang Muslim dari tanah air, keluarga dan sanak saudara. Orang yang menunaikan haji berhijrah kepada Allah SWT, mengorbankan diri dan harta, menanggung beban perpisahan dan beberapa kesusahan kerana menunaikan kehendak Allah SWT hinggalah sampai ke Tanah Suci. Di Tanah Suci itu telah didirikan rumah ibadah pertama di muka bumi ini. Di situ terdapat sejarah penghijrahan Nabi Ibrahim AS dan pengorbanan Nabi Ismail AS. Juga kesan-kesan peninggalan Nabi Muhammad SAW dan da’wah baginda.

Di Tanah Suci orang Islam dari pelbagai bangsa dan keturunan meninggalkan sesuatu yang melambangkan gejala-gejala perbezaan seperti kedudukan, pangkat, keturunan dan negeri. Mereka memakai pakaian seakan-akan kain kafan orang mati. Pakaian itu lahir semasa haji dan lebih tinggi kedudukannya. Muslim menghalakan segala hati, lisan, perasaan dan harapan kepada Allah SWT:

“Aku perkenankan seruanMu wahai Tuhanku, aku perkenankan seruanMu, yang tiada sekutu bagiMu. Sesunguhnya segala pujian dan nikmat adalah kepunyaanMu dan juga segala pemerintahan, Dan tiada sekutu bagiMu.”

Ibadah fardhu yang asasi merupakan batasan minima yang mencorakkan hubungan manusia dengan Allah SWT. Islam juga membuka pintu bagi seseorang melakukan amalan-amalan nawafil demi mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping melakukan perkara yang disukaiNya. Antaranya solah-solah sunat di samping solah-solah wajib lima waktu, puasa-puasa sunat di samping puasa wajib Ramadhan, sadaqah-sadaqah di samping zakat yang wajib, umrah di samping haji yang wajib. Berdasarkan amalan-amalan ini, terjadilah perlumbaan di kalangan mereka yang ingin berlumba-lumba membuat kebaikan dan dahulu mendahului di kalangan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Dalam sebuah hadith Qudsi Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Tiada yang lebih sempurna taqarrub hambaKu kepadaKu kecuali dengan menunaikan fardhu-fardhu yang Aku wajibkan ke atasnya, hambaKu yang sering mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan Nawafil sehingga Aku senangi dan Aku cintai. Apabila Aku telah menyenanginya, Aku melindungi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, matanya yang dengannya ia melihat, tangannya yang dengannya ia mempergunakannya. Jika ia meminta perlindungan, Aku beri perlindungan kepadanya dan jika ia meminta sesuatu Aku beri kepadanya.” - Hadith Riwayat Bukhari

BUKANLAH ibadah itu (samada fardhu atau sunat) hanya menghubungkan seseorang makhluk dengan Khaliknya semasa melakukan ibadah itu sahaja, selepas itu ia tidak lagi berhubung dengan Allah sehingga ia kekal atau kembali semula kepada kehidupan mengikut hawa nafsunya. Sama sekali tidak. Peranan ibadah adalah menanamkan Islam ke dalam hati orang-orang yang menunaikannya, menanamkan taqwa kepada Allah SWT yang Maha Tinggi kedudukanNya, memberikan bekalan ingatan kepadaNya tatkala lupa, menguatkan azam tatkala lemah dan menerangi jalan hidup tatkala lampu-lampu yang menerangi kelilingnya menjadi malap atau padam.

Islam tidak menyukai seseorang Muslim yang hanya menjadi manusia Rabbani di dalam masjid. Di dalam masjid ia ruku’, sujud, bermunajat dan berdo’a, tetapi apabila keluar dari masjid corak hidupmya berubah dari Insan Rabbani kepada Insan Haiwani atau Insan Syaitani.

Islam juga tidak menyukai seseorang Muslim yang hanya menjadi manusia Rabbani di bulan Ramadhan. Apabila hilang bulan Ramadhan maka hilanglah padanya sifat ibadah dan taat kepada Allah SWT. Seolah-olah ia menyembah bulan Ramadhan bukan Rabb bulan Ramadhan. Salaf as-Saleh di kalangan Umat Islam berkata, “Jadilah orang-orang Rabbani, tetapi janganlah menjadi orang-orang yang hanya beribadat di bulan Ramadhan sahaja.”

Islam juga tidak suka seseorang itu hanya menjadi Rabbani ketika ia berada di sisi Bait al Haram, Masjid al-Haram, Masjid an-Nabawi dan Masya’ir Muqaddasah. Apabila selesai sahaja ibadah haji maka selesailah sudah tuntutan umrah, haji dan ziarah. Apabila berkira bicara untuk pulang, maka ia lupa udara Rabbani serta makna Rabbani. Tenggelamlah ia di dalam perut kehidupan kebendaan sebagaimana tenggelamnya orang-orang yang lalai.

Islam tidak suka Muslim seperti ini. Islam menghendaki seseorang Muslim sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah di masjid, di jalan, di tempat kerja, di bulan Ramadhan dan di semua tempat serta keadaan. Rasulullah S.A.W. berpesan yang bermaksud:

“Bertaqwalah kamu kepada Allah SWT di mana sahaja kamu berada.”
- Hadith Riwayat Tirmizi.

Firman Allah SWT:

"Dan kepunyaan Allah timur dan barat, maka ke mana kamu menghadap di situlah wajah Allah.” - Surah al-Baqarah: ayat 115.

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:

“Sebaik-baik malan yang disukai Allah ialah amalan yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit.”
- Hadith Riwayat Bukhari.

2. Melalui Jalan Akhlaq

Jalan seterusnya untuk menanam tata Rabbani ke dalam hati Muslim dan kehidupannya ialah melalui jalan akhlak assalimah. Akhlak lahir pada setiap ketika dalam kehidupan muslim samada yang merupakan tingkah laku individu atau masyarakat.

Islam mengambil kesempatan menghubungkan seseorang Muslim dengan Allah melalui akhlak seharian. Apabila ia duduk di hadapan hidangan makanan, ia dahulukan dengan menyebut nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim. Allah SWT yang menyediakan sebab-sebab sehingga sampai rezeki yang halal kepadanya.

Apabila ia merasa kenyang dan beredar daripada hidangan maka disudahi pula dengan pujian kepada Allah, Alhamdu Lillah.

Apabila minum ia berkata (yang bermaksud):

“Segala pujian bagi Allah SWT yang menjadikan air seenak sungai Furat dengan rahmatNya dan tidak menjadikan air masin dan pahit dengan sebab-sebab dosa kami.”

Apabila memakai pakaian ia berkata (yang bermaksud):

“Segala Pujian kepada Yang telah memberikan pakaian kepadaku. Wahai Rabbku, bahawasanya aku memohon kepadaMu daripada kebajikan pakaian ini dan daripada sesuatu pakaian ini dibuatkan untuknya. Dan aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan pakaian ini dan daripada kejahatan sesuatu yang pakaian ini dibuatkan untuknya.”

Begitulah ia berdoa apabila memenfaatkan sesuatu ni’mat pemberian Allah SWT.

Apabila ia menunggang binatang atau menaiki sebarang kenderaan ia berkata (yang bermaksud):

“Maha Suci Yang menggerakkan kenderaan ini untuk kita, pada hal sebenarnya kita tidak memiliki kekuatan untuk menundukkannya dan bahawasanya kita pasti kembali kepada Rabb kita.”

Apabila bersafar ia berkata (yang bermaksud):

“Wahai Rabb, Engkaulah teman di dalam safar ini dan Engkaulah yang menjadi pengganti penjaga keluargaku. Wahai Rabb temanilah kami di dalam safar kami dan lindungilah keluarga kami.”

Dan apabila pulang dari safar ia berkata (yang bermaksud):

“Kami adalah orang yang kembali, orang yang bertaubat, orang yang beribadat, orang yang memuji Allah, Rabb kami.”

Apabila meletakkan rusuknya untuk tidur ia berkata (yang maksudnya):

“Dengan nama Engkau, ya Rabbku, aku letakkan rusukku dengan nama Engkau dan dengan nama Engkau juga aku mengangkatnya.”

Dan apabila bangun dari tidur untuk menaiki bahtera kehidupan ia berkata (yang bermaksud):

“Segala pujian bagi Allah yang telah menghidupkan aku sesudah mematikan aku dan kepadanya tempat kembali.”

Malah ketika menyetubuhi isteri, seseorang Muslim masih mengingati unsur Rabbani, yang mengurangkan kerakusan dan membawa ia ke ufuk yang tinggi. Ia berkata (yang bermaksud):

“Dengan nama Allah, wahai Rabb, jauhilah kami daripada godaan Syaitan dan jauhkanlah pula daripada godaannya terhadap apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepada kami.”

Begitulah kehidupan seorang Muslim. Ia tidak pernah lupa kepada Allah. Tidak pernah lalai dalam hubungan dengan Allah, malah merasa dekat denganNya dan jinak dengan-Nya. Tata rabbani sentiasa bersamanya ke mana sahaja ia pergi.

3. Melalui Jalan Pendidikan Dan Pembentukan

Jalan pendidikan dan pembentukan merupakan jalan yang paling penting dan berkesan.
Pendidikan hendaklah bermula di rumah, kemudian di sekolah. Tata rabbani hendaklah ditanam ke dalam fikiran anak-anak yang sedang membesar dengan menggunakan cara yang baik dan berhikmah.

Jika bapa merasai bertanggunjawab untuk menyediakan makanan dan kebendaan kepada anak-anaknya supaya mereka tidak terdedah kepada penyakit dan maut, maka lebih-lebih lagi bapa bertanggungjawab untuk memberi makanan ruh kepada mereka. Bapa tidak patut lalai daripada menunaikan tanggungjawab yang membawa kerosakan lebih dahsyat daripada kelaparan atau maut. Kelalaian pendidikan akan mendedahkan anak-anak kepada kematian hati atau ruhani. Kematian hati akan membawa kepada kerosakan yang berkekalan. Sebab itulah pendidikan sangat penting. Sabda Rasulullah SAW:

“Setiap orang adalah pengembala dan setiap daripada kamu bertanggungjawab terhadap gembalaannya.” - Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari

Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, periharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.”
- Surah at-Tahrim: ayat 6

Ibu bapa diwajibkan mendidik anak-anak mereka agar taat kepada Allah SWT. Apabila anak-anak telah sampai kepada umur yang boleh menerima pengajaran iaitu tujuh tahun, mereka dididik agar menunaikan apa yang difardhukan Allah SWT. Ketegasan pula perlu digunakan ketika mereka berumur sepuluh tahun. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):

“Latihlah anak-anak kamu menunaikan solah ketika berumur tujuh tahun, pukullah mereka ketika berumur sepuluh tahun.” -Hadith Riwayat Bukhari

Suruhan memukul bukanlah bererti menganiaya atau menyiksa kanak-kanak. Bahkan memukul itu sebagai tanda kesungguhan bapa mentarbiyyah anak-anak lelaki dan perempuan mereka agar mentaati Allah. Ibubapa yang murabbi tentulah tidak sanggup membiarkan keingkaran anak-anak lahir begitu sahaja tanpa dihukum.

Rasulullah SAW ada menegaskan bahawa, pada kebanyakan keadaan, pergaulan ibu dengan anak-anak kecil lebih memberi kesan daripada pergaulan dengan bapa.

Sekolah pula berperanan untuk mendidik pelajar lelaki dan perempuan dengan nilai-nilai Rabbani. Tidak mencukupi jika sekolah hanya memberikan ilmu pengetahuan, kemahiran kebendaan dan ilmu kehidupan, kemudian meninggalkan mereka teraba-raba serta jahil tentang isu kewujudan yang hebat dan mengkagumkan. Mereka ditinggalkan dengan soalan-soalan yang tidak dibekali jawapan-jawapan seperti “Dari mana kita datang?”, “Siapa yang menjadikan kita?”, “Mengapa kita dijadikan?”, “Ke mana kita akan pergi selepas kehidupan dunia ini?”, “Apakah itu risalah Islam dan sipakah yang menentukannya?”, “Apakah balasan bagi orang yang menunaikan ajaran Islam?” dan “Apakah balasan bagi orang yang mengingkari ajaran Islam?”

Hanya keimanan kepada Allah SWT sahajalah yang dapat menjawab segala persoalan di atas dengan jawapan-jawapan yang yakin dan menenangkan hati. Itu keimanan hakiki yang ditentukan oleh Islam. Jawapan yang berasaskan iman akan terselamat daripada kesilapan manusia, keraguan, lintasan hati yang salah dan pertentangan fikiran.

Sekolah yang tidak menanamkan keimanan kepada jiwa pelajar-pelajar akan melahirkan generasi yang gelisah dan mempunyai unsur penentangan dalam diri. Generasi ini akan mengharung gelombang hidup dengan rasa resah dan gelisah. Tanpa panduan dan petunjuk, sudah tentu mereka akan bertambah sesat dan tidak menjumpai jalan pulang iaitu jalan yang lurus.

Wallahu A’lam

No comments: