Lantaran politik. Sanggup menggunakan apa sahaja cara demi mendapatkan sokongan. Tidak kiralah sebelah mana pihak pun. Yang Memerintah mahupun yang mengimpikan pundak pemerintahan. Yang bergelar pendakwah juga mula menghamburkan kata-kata nista kepada sesama kita. Orang itu tidak berilmulah. Sudah ketinggalanlah. Jemaah sudah ada pendirian dan sebagainya.
Lalu kekalutan terus melanda bahkan lebih ribut daripada besarnya lautan tsunami. Akhirnya semakin luntur,lembik dan longgar pertahanan kita. Malah perkara asas dalam membela agama juga di pandang sinis. “ Orang tu dah ada kad AMNO agaknya”. Aduhai apakah malangnya Negara.
Kita seolah-olah bodoh. Bila ada perlembagaan yang melindungi agama Islam secara nyata mahu kita campak ketepi. Mungkin selepas saya menulis ini akan adalah yang mencerca tulisan ini. Tidak mengapa saya tahu saya tidak pandai macam kalian semua. Saya tidak ada ijazah undang-undang malah mengaji pun tak khatam. Tetapi sekurang-kurangnya saya ada pandangan dan iltizam. Iziinkan saya meneruskan tarian jemari saya di papan kekunci ini.
Aduhai bukalah mata. Apa erti mereka mahu Al-Kitab dalam bahasa Malaysia di sebarkan. Adakah selama ini mereka menggunakan Kalimah Allah. Aduhai tolonglah jelas.Saya yang tidak pandai secara mudah akan menjadi keliru dengan penggunaan kalimah Allah.
Adakah anak-anak kita nanti tidak keliru bahkan menganggap sama ALLAH yang kita sembah dengan ALLAH yang digunakan rakannya Joesph dalam pengajian Bible nya. Aduhai malangnya apabila kita berbahas berjela-jela sedangkan tujuan utama mereka hanya mahu keturunan kita nanti faham bahawa ALLAH adalah Tuhan yang sama. Sama ada Islam atau Kristian mempunyai tuhan yang sama. Aduhai perkara mudah pun kita nak bahaskan berjela-jela. Isunya mudah. Tak boleh kita murtadkan.Kita sesatkan.
Ini satu keadaan yang telah pun terjadi kini
Berkongsi fikiran, perasaan dan dewa
1 April 2011
April 1 - Beberapa hari lalu, seorang teman menelefon saya tentang masalah yang ia hadapi dengan anak-anak kecil yang berusia lima tahun, Hannah.
Gadis kecil itu pulang dari Tadika suatu petang dan terus menuju ke biliknya. Seterusnya dia telah meletakkan sejadahnya, mengenakan telekung dan sedang berdoa. Tentu saja, teman saya tersenyum sendiri melihat apa yang gadis kecil yang menjadi muslim yang baik .Kemudian, setelah dia selesai berdoa, gadis kecil disesuaikan sajadahnya menghadapi arah yang berbeza dan mula berdoa lagi.
Teman saya bingung dan selepas anak perempuannya dilakukan, dia masuk ke bilik dan bertanya mengapa dia melakukan itu.
"Hannah, anda tahu bahawa anda sedang berdoa menghadap ke arah yang salah, kan?" Tanya teman saya.
"Ya mama. Saya tahu, "jawab anak perempuannya.
"Sekarang kenapa begitu? Pokoknya, anda sudah berdoa beberapa minit sebelum ini. "
"Aku berdoa kepada Tuhan kedua saya, Jesus Kristian, mama."
Saat itulah teman saya mulai panik dan menelefon hampir semua orang dia tahu untuk meminta nasihat tentang bagaimana menangani situasi.
"Zan! Dia kata teman Inggeris-nya, Stephanie, menceritakan tentang dirinya Yesus. Tetapi Stephanie bukan bahasa Inggeris. Kulitnya adalah warna roti terbakar "teriak! Teman saya melalui telefon.
Rupanya, anak perempuannya telah membahas agama dengan rakan-rakan sekelas Tadika yang kebetulan menjadi seorang Kristian India.
Tentu saja, jawapan saya yang paling tepat situasi ini adalah untuk tertawa. Teman saya menutup telefon dengan rasa jengkel.
Sekarang aku tahu bahawa banyak Ultra-Melayu-Muslim-Supermen luar sana sekarang mungkin melompat-lompat panik saat mendengar tentang situasi seperti ini.
Aku yakin mereka sekarang akan menuntut bahawa gadis Inggeris kecil dibakar dicap dengan perkhidmatan yang diluluskan "memotong" menyatakan bahawa ia hanya dibenarkan untuk bercakap dengan orang Kristian.
Aku, bagaimanapun, akan lebih suka melihat sesuatu dalam perspektif yang berbeza dan lebih positif. Dan aku yakin bahawa sudut pandang Hannah kecil itu adalah satu positif.
Hannah tidak peduli tentang agama Stephanie dan berteman dengan dia. Dan mereka melakukan apa yang teman-teman lakukan dan itu adalah untuk berkongsi perasaan dan fikiran.
Dia tidak menghakimi temannya. Dia hanya mendengar dengan hati yang terbuka. Dan ketika ia pulang, ia berdoa sambil muzik seperti yang akan seorang gadis kecil Muslim.
Kemudian, jelas cukup cerdas untuk mengetahui perbezaannya, dia mengubah kedudukan sejadahnya dan memutuskan untuk berdoa kepada Yesus. Dia memutuskan untuk mencuba iman sahabatnya.
Saya tidak mengatakan bahawa semua umat Islam sekarang harus pulang dan berdoa kepada Jesus. Titik Saya cuba untuk membuat adalah bahawa kita harus memahami dan menerima.
Apakah pluralisme agama jika tidak memahami agama yang berbeza di sekitar kita dan menerima cara-cara orang memilih untuk percaya?
Baru-baru ini, saya sudah cukup malu tentang bagaimana kita telah melayan saudara-saudara Kristian dan saudari kita di Malaysia (anda semua telah membaca dan melihat berita!).
Surah Al-Baqarah dari Quran jelas menunjukkan bahawa Islam tidak menolak salah satu ajaran yang datang sebelum, seperti Kristian dan Yahudi:
"Rasulullah (Muhammad) telah percaya akan apa yang telah diwahyukan kepadanya dari Tuhannya, dan orang-orang percaya semua percaya kepada Allah, malaikat-Nya, buku-Nya, dan utusan-Nya. (Dan mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara (kenyataan) salah satu daripada Rasul-Nya ".
Bahkan, Islam tidak bahkan mendorong kita untuk menolak mereka yang tidak percaya pada salah satu agama Nabi Ibrahim, seperti yang ditunjukkan dalam Surah Al-Kafirun:
"Wahai orang-orang kafir! Aku juga tidak menyembah apa yang kamu sembah, juga tidak kamu sembah apa yang aku sembah. Aku juga tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, atau anda akan menyembah apa yang aku sembah. Untuk kamu akan menjadi agama anda dan bagi saya akan agama saya. "
Jadi bagi saya, itu benar-benar tidak apa dan okay Hannah sedikit untuk mencuba dan "berdoa" kepada Jesus Kristian. Dia baru lima tahun. Dan ini adalah tempat orang tuanya akan memainkan peranan penting.
Dia beruntung memiliki orang tua yang bersedia menjelaskan pentingnya dia memahami dan menghormati kepercayaan orang lain, sambil memegang kuat untuk sendiri.
Aku sangat percaya bahawa Malaysia, dan di seluruh dunia sebenarnya, akan menjadi tempat yang jauh lebih baik jika ada lebih banyak Hannah.
Zan Azlee
Saya menggunakan Google Translate dan sedikit penyesuaian. Harap Maaf
Mudah bukan tujuan mereka.Tidak dapat memurtadkan cukuplah dengan menyesatkan. Islam memang menganjurkan kita menghormati penganut agama lain. Tapi jagan sampai kita iktiraf itu agama yang boleh kita ikuti. Aduhai Malang.Ini apa yang guru-guru saya ajar dan saya yakini itu.
Kini lebih menyedihkan lagi bila berpolitik. Musuh kita sedang menggunakan pelabagai cara untuk masuk jarumnya. Demi memenangi undi. Semua orang membisu lantaran ucapan karisma pemimpinnya. Lantas terkemilau dek lantaran cahayanya yang terang sehingga mungkin ada yang sanggup menyatakan bahawa inilah orang yang boleh memenangkan Islam di Malaysia. Inilah “The Choosen One”. Mungkin benar dia sedang di fitnah dan saya akui perkara itu buruk dan tertolak. Tetapi tidak sampai saya simpati bila dia menyatakan ayat-ayat ini.
"Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu,” kata Anwar.
"Nabi orang Islam Nabi Muhammad, bapa Muhammad namanya Abdullah, nama Abdullah itu sebelum Islam, sebab Nabi belum ada nama sudah ada Abdullah, maknanya hamba Allah, 60-70 tahun sebelum Islam, jadi macam mana kita boleh kata orang Kristian tidak boleh pakai nama Allah,”
Aduhai apa maknanya ini. Cukuplah , berhentilah daripada menyakiti Rasullah SAW. Apakah maksud dia. Dalam ruang sosial saya ada sahabat saya yang menyatakan ..ohh rakan saya telah menarik balik komennya di dinding Facebook saya. Tidak sempat saya menyalinnya. Lebih kurang begini. Sebelum kedatangan Rasullah SAW 300 tahun Allh SAW tidak mengutuskan Nabi Dan Rasul. Dan mereka dimaafkan. Yang tinggal agama yang benar adalah seorang sahaja iaitu bapa saudara Saiditina Khadijah yang menafsirkan apakah yang berlaku ketika berlakunyanya wahyu pertama.
Cukuplah daripada menyakita baginda Rasullah SAW. Sesungguhnya Allah Pelihara keturunan Nabi Muhamad SAW. Yakinlah. Menurut Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan . Beliau menyatakan bahawa bukti Allah memelihara keturunan Rasullah SAW ialah
“Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi SAW adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219, surah al-Syu`ara’ yang bermaksud, “dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud”. Ibnu `Abbas RA, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi SAW telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi dikalangan nenek moyang yang sujud dan beriman. Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi SAW pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya sedangkan adalah tidak wajar Nabi SAW melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur. “
Sanggupkah kita berkata begitu? Adakah anda tidak berasa sakit hati apabila ibu bapa anda dicerca. Aduhai malang. Mohon Allah SWT jauhi kita daripada malapetaka yang besar. Ayuh semarakkan kembali roh cinta Nabi. Tolak Politik Fitnah, Tolak Orang yang Mempergunakah hujah palsu. Daif, Hina.Hina.Hina.
Demi politik pendakwah diam.
Demi politik pendakwah menyerang orang yang tiada ilmu penuh didada.
Demi politik Parti Islam rela “Allah” di guna pihak lain.
Demi politik ramai sudah naik semngat kuda..kononya inilah waktunya fajar menyinsing memabawa cahaya kemenangan. Sedangkan cahaya itu bukan jingga atau merah tetapi biru kekelabuan.
Hilang sudah warna hitam dan putih.
Yang tinggal adalah warna kelabu yang sangat kelam.
“Ah persetan inilah waktu kemenangan , engkau diam wahai anak muda, aku lebih tua engkau wajib hormat” laung pak tua itu. Sedangkan sahabatnya itu lebih rapat dengan rakan-rakan golfnya sebelum dipaksa turun dari puncak istananya,. Aku tak mahu turun ..sedikit lagi aku akan jadi presiden.
Itulah waktu yang menyedihkan seorang pemuda yang masih di bangku sekolah . Menagis kerana pemimpin karismanya dipaksa turun. Malah ditumbuk dan dihumban dalam penjara.
Berdekad sudah berlalu.
Fitnah dia terus dilagu.
Fitnah agama diletak nun yang paling hujung.
Fitnah dia harus diutamakan.
Dialah pilihan yang akan memenangkan agama.
Kelak nanti kita kutip kembali agama itu.
Maafkan aku. Aku benar marah bila Rasullah SAW.
Benar aku berasa keseorangan .
Tapi aku tak biasa diam bila baginda di cerca.
Keturunan Baginda tetap mulia.
Pasti Allah SWT pelihara kekasihnya.
Siapa kita mahu bilang mereka di neraka.
Inilah yang mampu ku perbuat wahai Rasul.Aku lemah , tak bias mempertahankan mu. Akulah pemuda yang bilang aku mencintaimu tetapi amalku amat lemah dan jelek.
Apapun aku tetap meratap mahu merindumu. Meskipun sinar wajah rambulan mu bisakah menyapa wajah ku. Namu pengemis ini tetap mahu mengemis rindumu.
Ya Allah ampuni kami yang lemah ini.Beri kami petunjuk
Saya yang faqir.
Firdaus Khairi
0 comments:
Post a Comment