Wednesday, March 19, 2008

Siapa Zaid Ibrahim Yang Di Lantik PM Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) .

Siapa Zaid Ibrahim Yang Di Lantik PM Sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) .

Saya amat terkejut dengan perlantikan dia sebagai menteri di portfolio ini. Saudara saudari pelawat blog saya boleh membuka minda dengan mengetahui sisapakah Zaid Ibrahim. Apa yang beliau pernah CAKAP tentang Islam. Apa perasaan dan kepeduliaan kita tentang Islam. Adakah masih ada rasa SENSITIF??

Oleh Pauline Puah
The Sun


Penggunaan kuasa dan paksaan tidak akan dapat menyelesaikan isu-isu agama, kata ahli Parlimen Kota Baru Datuk Zaid Ibrahim.

"Kuasa, kekerasan dan paksaan tidak selesaikan apa-apa ... Anda boleh letakkan mereka (yang murtad) dalam penjara. Tetapi perkara berkaitan kepercayaan dan akidah, bagaimana mengubahnya?" tanya Zaid dalam sebuah forum anjuran Suhakam, sempena Hari Hak Asasi Manusia Malaysia.

Zaid yang merupakan penceramah dalam forum Article 11 mengenai hak perlembagaan yang telah diganggu oleh sekumpulan 500 orang yang protes pada Mei lalu, memulakan dengan menyatakan kebimbangannya terhadap perkembangan mutakhir mengenai isu-isu agama dalam negara.

Dalam ceramahnya bertajuk "Freedom of Religion and the Federal Constitution" (Kebebasan beragama dan Perlembagaan Persekutuan), dia menempelak sesetengah pihak, termasuk beberapa peguam Muslim, yang mendakwa Islam sedang diancam.

"Islam tidak terancam. Otak anda yang mereng yang terancam," katanya disambut sorakan para hadirin.

Memberi dua contoh kes mahkamah berprofil tinggi – kes Lina Joy dan S. Shamala - Zaid, yang juga seorang peguam berkata, kes-kes tersebut patut dianggap sebagai situasi perundangan sahaja.

"Kita tidak boleh bercakap mengenainya kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)? Apa masalahnya? Dia bukan Islam lagi, jadi Tuhan akan pasti hukum dia?

"Tetapi adakah kita mahu main peranan Tuhan pula? Bagaimana anda tahu Tuhan tidak akan maafkannya? Bagaimana anda tahu?" dia bertanya kepada para hadirin yang senyap.

"Saya fikir dia hanya mahu dapatkan kad pengenalannya ditukarkan. Jadi, biarlah mahkamah yang tentukan. Tidak perlu mengatakan Islam sedang diancam," kata Zaid.

Lina Joy, seorang Muslim yang murtad kepada Kristian, telah merayu dikeluarkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya, mencetuskan perbahasan mengenai kebebasan beragama di negara ini.

Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang telah menghadiri perbicaraan bagi pihak Majlis Peguam dalam kes Lina, baru-baru ini telah menerima ugutan mati kerana menyuarakan pandangannya dari segi undang-undang mengenai isu berkaitan.

Menurut Zaid, dalam ajaran Islam, jika seseorang terpesong dari jalan yang lurus, lebih belas kasihan dan persefahaman patut diberikan kepadanya.

Zaid menasihatkan orang Islam supaya lebih yakin dengan agama mereka yang disokong penuh oleh kerajaan.

"Kita patut merasa cukup yakin. Tidak perlu bimbang. Mahkamah sivil bukan musuh kita. Sistem kehakiman kita menegakkan undang-undang negara ini."

Zaid berkata, kerajaan wajar menjelaskan isu-isu agama kepada orang awam bagi mengelakkan ketegangan yang tidak diperlukan.

Dia juga menuduh ketegangan wujud disebabkan ada ahli-ahli politik yang menggunakan agama untuk mendapat kelebihan politik.

"Tiada (ahli politik) yang mahu menerangkan isu berkaitan agama kerana terdapat risiko politik di situ ... Memang mudah untuk mendapat sokongan dan pengiktirafan apabila anda membangkitkan isu-isu agama dan kaum."

Zaid menggesa kerajaan mengekalkan kesucian dan integriti Islam dengan membenarkan perbincangan.

JADI, NILAI-NILAIKANLAH SEJAUH MANA RASIONALNYA PERDANA MENTERI MELETAKKAN BELIAU DIDALAM PORTFOLIO BERKENAAN.

(AKU BUKAN BLOGGER YANG YANG BERKATA-KATA TANPA BUKTI)

No comments: