Wednesday, March 5, 2008

Gelanggang Masuk Pusingan Kedua

Gelanggang Masuk Pusingan Kedua

Semalam semasa pulang daripada tempat kerja untuk ke usrah . Saya singgah sebentar di bengkel motorsikal untuk membetulkan lampu, brek motorsikalku dan beberapa lagi alat pada motorsikalku telah diganti. Dengan kesempatan yang ada. Saya turut mengambil kesempatan untuk menukar minyak hitam motor saya.

“sudah sebulan lebih tak tukar minyak pelincir nih” Cetus benak hati ku. Lebih kurang 30 minit motorsikal siap dibaiki. “Alhamdulillah”.

“Berapa tauke?”
“RM 65 ringgit maa”
“Boleh kurang ka? Tauke?, banyak barang motor wa ganti maa”
“Haiya..talak boleh loo..semua barang harga naik maa..itu pasal minyak punya harga maaa..”
Tiba-tiba hatiku terasa mahu menguji taukeh ni.
“Haiya tauke..minyak naik, ekonomi negara makin besar maa..negara untung maaa”
“Mana ada maa..minyak naik , mana ada rakyat rasa maa”
Jawapan yang biasa saya dengar apabila saya menguji rakyat kebanyakkan. Pemandu teksi. Orang India. Orang cina.

Beberapa catitan nota.

Hari ini telah masuk rabu 5 Februari 2008. Pada hemat peribadi. Gelanggang kempen memalu gendang perang pilihanraya mula memasuki pusingan kedua. Sebelum sampai ke pusingan masa tambahan. Beberapa peristiwa luar biasa dan gopoh gapah telah berlaku.

SPR oh SPR.

Suruhanjaya ini sekali lagi membuat lawaknya. Terus terang saya menyatakan saya bukan peminat politik tanah air. Tetapi , beberapa peristiwa yang berlaku lewat kebelakangan ini benar-benar membuatkan tekanan ardenalin ku naik.

Semalam SPR membatalkan “CALIT DAKWAT” didalam proses pilihanraya kali ini. Seperti biasa mereka akan membuat kenyataan yang pada fikiran mereka mampu membuat orang kebanyakkan percaya.

Keratan akhbar semalam

“PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat khas bagi menanda kuku atau jari pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu ini atas faktor perundangan, ketenteraman dan keselamatan awam.”

Alasan (mana ada reka ..benar-benar ni..jangan tak percaya)
“Keputusan itu dibuat selepas SPR menerima laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung empat individu yang dikatakan sudah membeli dakwat khas dari luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi sebelum hari pengundian.

Empat kes berasingan itu dilaporkan antara 16 hingga 21 Februari lalu, iaitu dua kes di Perlis serta masing-masing satu kes di Kedah dan Kelantan. Kes yang diklasifikasikan sebagai cubaan menipu oleh empat lelaki berusia antara 33 tahun hingga 40-an itu sedang disiasat polis.”
Terpulanglah kepada para pembaca untuk melihat perkara ini. Ketelusan dan kejujuran SPR untuk melihat pilihanraya adil.

Cuma kita bimbang. Sekiranya penipuan terus berleluasa. Kita bimbang negara kita menjadi seperti beberapa negara yang berkocak hebat kini. Pakistan contohnya. Apabila sesetengah pihak menjadi putus asa dengan keadilan Suruhanjaya Pilihanraya. Kelak nanti beberapa pihak akan mengambil jalan lain selain demokrasi. Kebanyakkan negara yang bergolak kerana politik adalah berpunca daripada suruhanjaya pilihanraya yang gagal memainkan perananya dengan adil. Kita bimbang dan sangat bimbang. Yang paling membimbangkan ialah apabila phak mengambil jalan ekstrem,. Inilah yang perlu kita elakkan.

Sebelum ini SPR turut mengarahkan tiba-tiba peraturan baru pilihanraya untuk mematikan setem untuk calon-calon yang bertanding. Sehari sebelum hari penamaan calon. Arahan itu ditarik balik. Sama seperti kes “CELUP-CELUP” dakwat ini. 4 hari sebelum hari pembuangan undi. Perbelanjaan untuk membeli dakwat ini yang sekitar RM 1 juta ini (duit siapa ini? SPR ke Rakyat ke?). Di tarik balik. Pelikkan.. Siapalah yang mahu pengundi tandakan dulu pada jarinya sebelum ke pusat pembunagn undi. Daripada ada pihak yang nak memabzir macam tu. Baik dia minta rakyat jangan turun mengundi.

Tak mengapalah bagi mereka yang nak percaya. Tak mengapalah juga bagi mereka yang tidak mahu nak percaya. Saya tidak ada hak nak memaksa. Tetapi sebagai rakyat Malaysia dan mengikut perlembagaan. Saya ada hak untuk bersuara dan memberikan pendapat.

“Semalam aku tak nampak”

Semalam aku ke KL Sentral.
Di “Maju Junction”.
Sebesar-besarnya bendera biru dan neraca.
Biru mata hitamku.
Entah daripada mana duitnya datang.

Semalam aku di KLCC.
Ketika keluar daripada perut “PUTRA”
Eh iklan-iklan dah bertukar biru.
Birulagi mata hitamku.


Semalam aku,
Buka yahoo.
Sebesar-besarnya iklan bendera biru dan neraca.
Yahoo turut dibeli,
Sumber beritaku,
Yahoo news,
Turut menjadi berita hairan.
Hairan-hairan.
Sama
Sebijik.

Semalam aku ada di jalan-jalan.
Eh mana pergi Iklan Billboard besar tentang Celcom.
Yang ada.
“Tekadkan pilihan, pada yang satu, Kita berada di landasan yang betul”
Eh,
Dah tiada iklan celcom.
Di Damansara pun serupa, Di “one utama” pun serupa.KLCC pun serupa. Di bangunan DBKL pun serupa.

Ohh..aku tak nampak.
Aku tak nampak duit rakyat sedang dijamah.
Ohh..aku tak nampak.
Suruhanjaya menjalankan tugas dengan adil.
Ohh…Aku tak nampak.
Mana ada VK Linggam menipu.

Kasihan kau .
Yang tidak nampak.
Kau hanya menempelak aku

Ya ya.
Aku mereka-reka cerita.
Memang semua yang aku cerita tentang DBKL, KLCC, Dataran Merdeka, Maju Junction. VK Linggam, Damansara, Yahoo Mesengger, Yahoo News semuanya karut.

Ya ya,
Percayalah
Memang aku mereka cerita.
Aku tak nampak.
Engkau sahaja yang nampak.
Ya..ya
Aku akan percaya pada engkau.
Mana ada mereka menipu. Aku tak nampak..aku tak nampak.
Aku tak nampak kerana. Telah biru mata hitamku.


Kasihan aku tak nampak ini.
Ya ya.
Aku setuju dengan engkau.

“tak baik kita menyebar berita yang tak betul”
Ah ah.. betul ..Apa yang aku nampak tadi semuanya tipu.

Engkau betul.
Aku duduk dibandar. Mana sama dengan engkau.
Aku selalu membaca. Mana sama dengan engkau.
Jadi maklumat engkau betul.

Aku tak nampak apa. Kasihan Aku.

Percayalah. Aku akan percaya pada engkau.

No comments: